Showing posts with label Jay Bee Singapura. Show all posts
Showing posts with label Jay Bee Singapura. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

JayBee Singapura - Day III

Hahahahha...nak gelak dulu. sebab nya hampir sebulan tak berupdate. dasar liat betul lah kan...ni haa nak citer sambungan Day 3 ke Singapore yg tak berapa menjadi. dh 2 bulan dh pun...layan jerlah..

Plan hari ke tiga kami menuju ke Kota Singa. Nak tengok apa beza KL dgn Singapura. Naik coach pukul 10.30 am kat depan hotel. Perjalanan lebih kurang sama jer ke USS. Bas drop passengers yg nak ke city di Coach Terminal kat basement Marina Bay Sands Hotel. So pastu pandai-pandailah nak berjalan yer. Sangat kagum bila jejak kaki kat lobi hotel tu. Sampai lupa lah nak amik gambar. Err ...segan pun ada gak sebenarnya sebab yang keluar masuk kat hotel tu orang yg check in check out & orang2-orang yang nak ke casino. Muka I tak mampu youuuuu nak stay kat hotel tu.. 

Keluar dari hotel tu, dah mula menggagau dah mana arah tuju. Sebab map tak ade. Pastu campur plak ngan panas terik! Serius panas! Sampai kitorang takut nak berjalan sebab panas dia lain macam. Lagi lah bwk budak kecik. Kesian. Disebabkan x tentu arah, kitorang decide nak naik MRT.Naik MRT agak confuse  jugaklah bg kitorang. X sama mcm Malaysia. Train dia ada yang interchange lah. So kena alert lah. Tp yang bestnya x perlu tunggu lama dan train dia pun agak laju dr kita punya ya. Okey make it short., Kitorang naik cab ke tempat wajib amik gambar . Merlion lah! Waaaa....amat panas key. Jalan sambil kecikkn mata.posing cepat2..amik 10-12 pict pastu cepat-cepat blah. Hahahaha dah blah,lepas tu tak tau mana nak pergi. 

Agak sadis gak lah lepastu, kitorang tanpa arah tujuan. Arah tuju kitorang ke tempat yg crowded ngn orang tapi tak tau apa nama hahahha. Sambil jalan makan sorang sekeping roti sapu jem peanut butter & blueberry. Lapar sangat dah masa tu. Tak tau nak makan kat mana...Cari taxi nak pergi Ochard Road. Tak tau pun OR tu cam mana rupanya. Pergi jerlah....sangat lega bila dah masuk taxi ada aircond plak tu.fiuuuhhhhh....dalam taxi otw ke OR, taxi driver tu borak kemain dengan kitorang. Siap kutuk negara sendiri plak tu. Hahah anti kerajaan betul! Tak yah citer lah ek apa apek tu ngomel. Cakap melayu plak tu.

Sampai OR taxi stopkan kitorang kat Lucky Plaza. Sib baik Sarah ada bagi info pasal LP. Masuk sana terus cari kedai perfume murah. Memang murah dari Malaysia tau. Kat sana u all boleh dapat harga less than Rm100 jer. Kat sini tak dapat ok harga tu...contoh ek perfume Guess Silver kat Malaysia about below Rm200 tp kat sana u dapat below Rm 100 tau. Nyesal tak beli. Lepas dah pening dengan bau-bauan , lagi sekali kitorang lost. Hahaha sian kan kitorang ni asyik lost jer. Dah tak larat sangat nak berjalan dah then kitorang decide nak gi rumah Makcik Salmah kat Jurong East. Nak ke MRT tu pun menggagau. Tak tau kat mana stesen dia. Malu bertanya sesat jalan. So , kitorang pun tanya lah orang kat situ. Stesen tu dekat jer sebenarnya tapi kitorang rasa macam jauhhhh sangat. masa tu dah penat , lapar, panas plak tu..Jalan jerlah kan macam orang kelaparan seminggu.Aku tak ingatlah apa nama tempat tu tapi stesen MRT kat dalam bangunan tu. Waahhhhhhhhhhhhhh.....masuk-masuk jer nampak Garret. Terus suruh hubby beli. Dahlah masa kat USS boleh lupa plak nak beli kan. Sungguh nikmat! 

Sebelum sampai kat rumah Makcik Salmah, kitorang dah terbayang-bayang lauk-lauk yang Makcik Salmah masak. Especially ikan masin masam di perah asam limau dan juga taburan bawang merah. Sedapnyee.....masa taip ni pun dah kecur-kecur dah. Lepas mandi semua, kitorang dijamu. Makan nasi pukul 5 petang. Aku makan lagi banyak dari hubby okey...Giler lapar. Giler sedap....!hahahahahha..maacam dah setahun tak jumpa nasi. Lepas makan nasi, makan mee rebus plak. Memang terbaik! Dah makan senyum jer.....Kenyang & puas.. Malam lebih kurang pukul 9pm kitorang bertolak ke Marina semula. Bas datang pukul 10pm. 

Balik hotel , tidur macam orang pengsan sebab kepenatan. 

Hari ke 4, dah nak kena checkout. Check out pukul 11 yer di Tune Hotel. Siap datang bilik lagi ingatkan. Akau tau lah nak balik kan. Kalau aku tak nak balik , aku bayarlah kan.. So far percutian 4 hari 3 malam kat JB & SINGAPORE ni memang awesome! walaupun hari ketiga agak mengsadiskan. Tak per, kitorang dah plan nak balas dendam datang balik ke city masa tengah SALE. Tunggu kami tau !
JOm layan gambar....................





MRT Station

oh no ! kata Aisy

tmpat wajib bergambar..

tak readylah mommy





siap wat show budak aisy nih

family singapore

with yan , kak nor & anak2 buah singapore...


Dalam bas

Add caption


Tip & komen
  • Ascelator kat stesen MRT laju tau. So sapa yang ada anak yg excited naik ascelator make sure you all hold & guide dorang. Kalau bwk brng banyak pun careful jugak tau.
  • Kalau korang return balik tix MRT kat machine, korang boleh dpt balik 2 SGD. byk jugak tukan. Rugi kalau tak amik.
  • Make sure korang ada map siap2 dan tau ke mana arah tuju. Kalau tak korang lost.
  • Jangan bwk banyak sgt barang. Sebab kat sana sentiasa naik public transport. Make sure bawak stroller yang kecik dan ringan. Kalau tak sian sang suami.


Tuesday, March 20, 2012

JayBee - Singapura Day II (Universal Studios)

Waaaa weee hari yang di tunggu-tunggu dah tiba. Aku book shuttle bus thru Tune Hotel ke Universal Studios . Return RM 25 sorang. Ok kan?. Bg aku sgt convenient sbb bus ni direct ke USS.So tak payah nk pening2 kepala kan.? Dan yg paling mengujakan ialah ini first experience Aisy naik bus! Pukul 6 kami dah bangun sebab bas amik kitorang pukul 7 depan hotel. Tapi macam biasalah orang ada anak ni dia mesti lambat sikit..heheee. Perjalanan ambil masa +- 1 jam jugaklah.

Ini first time aku masuk Singapore. Bila masuk negara orang ni of course lah kena lalu dia punya kastam
kan. Masa turun bas, kitorang lenggang mak limah jer nak ke kaunter cop tu. Sebab tak de orang & kaunter dia ada lebih kurang dalam 10. Bila dah sampai turn kitorang , tiba2 dengar orang berlari berdesup-desup . Bila toleh, orang –orang dari JB yang nak ke Singapore. Dorang semua tu nak pergi kerja lah, sekolah lah..Segerombolan turun dari bas dan lari selaju yang mungkin sebab tak nak stuck kat kaunter. Kagum jugaklah aku tengok dorang kan. Hari-hari macam ni ke dorang gi kerja? Hebat!.

Ok jom terus ke USS. Sampai kat USS lebih kurang pukul 8 am. Still early. Tak de apa yang buka  lagi tapi yang best nyer dapat berposing depan globe USS dengan tenangnya. Hanya kita sahaja dan tak yah nak rebut-rebut.


 Sebelum masuk ke main entrance, posing-posing lagi kat kedai-kedai yang comel-comel kat luar tu. Yang pastinya aku sangat frust sebab masa balik tak masuk satu pun kedai yang comel-comel tu. Sib baik dah amik gambar pagi tu. Rasa cam nak pergi lagi jer..



Ehem ehem


Aku si  Jelly Bean yang kurus


 Mak mak & anak anak ni kemain lagi posing santai kat lantaikan. Pagi-pagi buta mana ada orang.

 Aisy & Alya
 

 Mak-mak orang posing plak




Pagi tak ramai orang. Nak masuk pun tak yah queue panjang. Waahhhh…masuk-masuk jer dah teruja kat Hollywod. Terus amik gambar ngan Woody Woodpecker. Macam biasalah , mak-mak yang hover dulu. Barulah anak ikut terlebih hoverr kan..

 Kat Hollywood ni ada banyak kedai merchandise. Don’t worry sabab masuk dan keluar di tempat yang sama. Lepas enjoy-enjoy baru pikir nak perabih duit plak yer. Kalau perabih duit dulu alamat kat dalam tu nanti tak makan tak minum lah..

Lepas Hollywood kitorang ker Madagascar. Sangat happening key. Sure anak mak apak mesti teruja giler. First kitorang masuk Madagascar: A Crate Adventure. Kena naik boat lalu dalam gua. Dalam gua tu adalah kartun-kartun comel tu kan. Dengar dorang bercerita & menyayi . Fun. Serius!. Tapi kan nak masuk this park ada limitation height untuk kids. Tak berapa ingat berapa tinggi tapi umur 2 tahun ke atas boleh lepas. Anak Lylie yang umur 2 tahun tu ngam-ngam jer tinggi dia. Sib baik lepas. Next , ke King Julien’s Beach Party –Go-Round. Dia macam kat funfair tu. Naik kuda pusing-pusing tu. Yang ni Madagascar nyer kerekter . Lainlah sikit kan asyik kuda jerrr. Pastu, show Madagascar plak. Penguin dan kawan-kawan joget-joget. Aisy pun joget sekali. Sangat surprise sebab Aisy langsung tak takut ngan kartun-kartun hidup tu. Risau gak kan…Bila nak take photo kena beratur yer…semua karakter dapat amik…



yang transformers tu gempak kan. Disebabkan Aisy gugurl, belikan dia Shrek lah.

Water bottle Shrek ni kalau tak salah SGD 19.90 + air sekali. Resit dah bagi kat office untuk claim so tak berapa sure the price tp lebih kurang tu gak lah. hahahh.jangn marah ek. I boleh claim holiday expenses. Tapi ada limit dia. Air korang boleh top up kat mana-mana kiosk yang jual air & snack. sekali refill SGD 2



yang poison bottle ni Mommy & Papa punyer yer.



Posing dengan characters of Madagascar.



Madagascar: A Crate Adventures


King Julien's Beach Party-Go-Round


Penguin's of Madagascar


Gloria


Alex


King Julien



Goldilocks tempat kitorang lunch. Makan chip & chicken. 8 ketul ayam + 4 air + chips = SGD 30. oklah lah wat alas perut. kalau korang dari rumah boleh lah bawak bekal sikit2 kan dari rumah. Don't worry yer. this food halal.

Haaahahhahahah...yang ni aku berani naik. Dino Soarin' . Anak suka mak pun suka.


Masa  ni mak2 dah kepenatan dah. So kitorang tunggu suami2 tercinta kitorang kat luar jer lah sambil jaga puteri2 cantik yang dua orang tu.Suami2 terchenta tengah ride indoor roller coaster kat Ancient Egypt. Kalau korang rasa nak naik roller coaster sama2 ngan suami pastikan korang bawak bibik yer. kalau tak kena gilir-gilir naik. alamak! ignore kan ajer urat tangan yg nak tersembull tu.

Battlestar Galactica ni kat Sci-Fi City. Posing kemain excited kann tapi naik nyer tak . hahhah...I penakut you...none of roller coster aku naik. bila umur dah 29 ni, nafsu nak ride bnd2 extreme ni dah tak der dah.
oopsss..nak tau tak. husband I pun takut nak ride. hahahah...wat malu jer..


Ni kat area Transformers. Malangnya disebabkan kesuntukan masa, kitorang tak
 dapat explore kat dalam tu



Sib baik sempat amik gambar. tapi yang kurang best tak dapat salam ngan transformers 
yang boleh gerak2 tu.





WaterWorld ni kalau korang dok bawah kompom sure basah lenjun. kalau dok tgh manja2 jer basah. kalau dok atas kering kontang . kitorang tak nak dah basah membasahi baju so dok atas jer lah. Water world ni live water show. ada stunt & letop letop.

Lagi satu kat The Lost World ada Jurassic Park Rapids Adventure. Kena ride boat , lalu kat sungai, tengok dinosour mengaum ngaum pastu masuk tunnel yg gelap gelita, boat tu tiba2 naik & tiba2 korang pun jatuh kedebushhh lencun! ride bnd ni kena pakai rain coat tau. klu nak jimat bwk siap2 dari Malaysia. Klu lupa boleh jer beli kat entrance park tu SGD 3. rain coat dia ada logo USS lagi tau. bolehlah bawak balik tuk kenang2...naik boat & queu amik masa 1 jam. mak ngn apak kena gilir2 yer jaga anak. mula-mula mak mak naik dulu. sebabnya mak mak ni malas nak tunggu lelama. pastu apak apak pulak .

Yang ni kat Hollywood. Kat sini tak berapa sangat berposing sebab dah pukul 6pm & super penat. Pastu nak berkerja plak ke USS store.


Last posing.













All merchandise ni wat mak rasa nak balik Malaysia masa tu jugak!  Baju USS color kuning & biru tu for kids &  FOC bila u all beli sepasang t-shirt. tapi basic shirt jer lah. oklah jugak kan. jimat sikit. hehhe....
Pen purple & black : SGD 4.90 / piece
USS Fridge magnet : SGD 7.90 / piece
SHREK : SGD 3.90 / piece
Tshirt dewasa : SGD 29-40 / piece

total : kira lah sendiri yer.mengah mak bila ingat balik harga semua tu. kalau duit Malaysia ok lagi. tp bila kena darab 2.44?


Fuhhhh...abis dah cerita 1 USS tu. rasanya lah...tapi ada gak yg tertinggal. bagi aku korang mesti kena pergi USS ni. kalau larat balik hari pun boleh. tapi tengok korang penat ke tak kan, yerlah dah seharian kat USS tu mau tak penat. kalau ada extra duit boleh stay kat Hard Rock Hotel. senang pun senang. tak yah tekejar-kejar kat kastam tu kan. bangun lambat pun tak per.

Tips & Komen :

  • All park memang bersih. 
  • dun worry pasal sapa nak amik gambar korang satu family sebab staff kat situ sangat friendly & korang boleh guna your own camera. dorang akan suruh korang queu & dorang jugaklah yang akan tolong korang amikkan pict. 
  • Toilet kat mana2 ada.
  • baby room pun ada
  • komen aku , USS ni jauh lebih bagus dari tempat2 kat Malaysia. Semuanya senang. Kalau kat Malaysia, tak semua tempat boleh guna camera sendiri. kena guna camera dorang pastu kena charge 20-30 hengget. melampau. makan minum macam tak ikhlas jer nak jual. dibagi anak ayam tak cukup bulan lah, tawar hebehlah, masin lah. air tin charge sampai 5 hengget pastu total semua 30-40 hengget. memang makan tu wat syarat jer. tp kenyang nyer tak.
  • aku book tiket online kat travel agency cuti.com kat sini. harga sama jer. 1 tiket SGD 68. Total 2 orang RM 330. nanti dorang pos terus ke rumah korang. anak2 bawah 4 thn FOC!
USS SUPERB!

Wednesday, March 7, 2012

JayBee Singapura - Day 1

Mulakan perjalanan dengan Bismillahirrahmanirrahim, Alfatihah, 3Qul dan Ayat Kursi...Bertolak dari rumah pukul 10 pg. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Tune Hotel jam 3pm. Bilik dia agak kecik. Mmg hotel ni dibuat untuk tidur saje. You all boleh tgk pict kat bwh ek. Walaupun kecik tp bersih ok! Keladak2 x der mcm aku gi TBR dulu. Klu u all x amik pakej or add on mst jd lg murah. You know what total 4 days 3 night was below 300 ok! Murah x murah kwn2??? Murah kan...aku attached sekali key apa yg aku amik. Korang tgk sendiri ek.

Day 1 kitorang spent time kat JB saje. Oops lupa plak...for this vacation bff aku lylie pun ikot sekali. Tp 2 hari je sebab adik dia kahwin. Lepas rest kitorang lunch kat Sekinchan. Hahahha..kat tempat sendiri tak sempat merasa. Kat JB gak dapat makan. Banyak jugak dengar komen pasal Sekinchan ni. Bagi aku, ok ok saja lah. Boleh dimakan jugaklah. Sekinchan ni betul2 sebelah Tune Hotel. Nak gi makan jalan kaki sahaja.

Lepas Asar destinasi kami ke JPO. Agak jauh yer dari hotel ke JPO. Tambah plak dengan sesat sebab tak update GPS. Dalam kereta dah teruja sangat nih. Tapi bila sampai sangat mengecewakan yer. Semuanya butik. Nak masuk pun segan. Harga pun tak de yang murah. Masuk Charles & Keith, kasut & handbags agak murah jugak. Tapi design yang out season lah. Dulu aku tgk 1 sandal tu around 80 skang kat JPO jatuh sampai 29.90
Untuk dinner, Singgah Selalu jd tmpt kami. Tempat dia besar, byk stall, food pun sedap & dekat jer ngn hotel. Seberang jalan saje. Tapi nak kesana kena naik kereta .

Tips & komen

- Room kat Tune Hotel ialah basic room. TV, aircond , wifi is already installed tapi you all kena purchase kalau nak guna & dorang akan active kan.boleh tengok kat website Tune hotel ek for the additional tu. Lain tempat lain rate nyer yer. So far Danga Bay is cheaper than Penang.

- Kalau kat Danga Bay Tune hotel tak yah aircond pun tak per sbb kat aircond luar masuk bilik kita. kipas pun dah cukup sejuk.

- nak jimat lagi bawak towel sendiri. dun worry hairdryer disediakan. tak yah add on. boleh lah nak blow-blowkan?????

- dalam bathroom ada air panas & sejuk. sape yang ada baby tak yah risau yer. tp jangan plak wat susu anak ngan air toilet plak

-Korang yang ada anak kecil tu, sila lah bawa thermos yang besarrrrr punya or bawaklah kettel yer. dan jangan berangan kat hotel tu nak ada fridge / tea / coffee / sugar. semua tak ada. So korang kena bawak dari rumah yer. Kalau nka makan maggie cup, 7 Eleven ada kat bwh hotel.heheeeee...Korang datang mesti bawak kereta kan? angkut je apa yang boleh diangkut. bukan nak kena carry kan?

- Katil dia kecik sikit dari queen bed tau. kalau anak sorang boleh lah share 3 orang. kalau 2-3 aku tak syorkan this hotel ek. nanti kat dalam tu berlanggar-langgar bontotlah, ada yang tersepitlah, ada yg terhantuklah...so better cari hotel yang room dia besar sikit yer. untuk keselesaan semua.

































AKSI MELAMPAU






































kita jumpa di Day 2 - universal studios pulak key..