Tuesday, September 20, 2011

Qasryna.Love.Art

Hi peeps.....This entry nk tunjuk / share kat u olls my interest / hobi / jiwa / part time job/ passion..hahah semuanyalah....artwork2 kat bwh ni actually to my beloved bff lylieiqmal . dia nk wat majlis aqiqah tuk princess dia yg no 2,  Eryna Safiya. sorrylah beb aku dh advertise dululah ko nyer card. x perkan???? ada 3 proposal tuk lylie pilih..

proposal 1

proposal 2

proposal 3

End up, Lylie pilih artwork proposal 1 & edit sikit the caption serta size. below is final artwork.



so, sapa2 yang nk wat card for any event just drop ur message to mizz_reanna@hotmail.com  ya..

:::::::::::::::::::::::::::::::::Qasryna.Love.Art:::::::::::::::::::::::::::::::::

Monday, September 12, 2011

Ridza Home

Hari sabtu lepas pergi ke majlis rumah terbuka Carmita. Anjuran IJM Land. Actually majlis ni untuk pembeli2 rumah Carmitta dan Amanda. Juga launching untuk Benitta jugak. Alhamdulillah rumah kami dah start naik . Naik sampai cucur atap hihiiii. Maybe x smpi 2 thn dh siap dh nti. Normally IJM akan siap awal. Insted of 2 years jadi 1 1/2 je...best nyer. Dah lama x pikir pasal rumah ni. Pas ni pening pulak nk decor rumah..ongkosnyer pun nk kena pikir gak ni...






Gedik2 before gi open house





Naik sampai cucur atap


Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 7, 2011

Pap Smear

Last month aku ada post entry pasal hormone imbalance kan? Sepatutnya aku kena dtg jumpe doct after 2 weeks for review. Tp aku x gi pun. Sbb dh x bleeding lg dan appoinmnt tu masa raya. So just ignore kan jelah. Td hospital bersalin razif call. Dia suh dtg gak nk wat review. Aku ok jer. Dan yang paling best sekali kena wat pap smear.!

O O .... Kena seluk lagi. Base on experience, dh x takut dah ( ayat penyedap hati) tp takut lg sbnrnya..hehhe. Tunggu jelah jumaat ni nyer appoinmnt.. Suspen..!

To be continued....




Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, August 28, 2011

'Jari | Tengah'-Biadab!

Tengahari td aku keluar dgn Aisy & adik aku. Nak gi beli beberapa brg rumah sikit. Jalan sesak. Org ramai keluar. Nk jadiakan cerita side mirror kereta aku kena langgar dgn kereta myvi BKN ???? . Nasib baik aku lupe nk ingt nombor blkng tu. Jalan tu 2 lane nk masul 1 lane. Sape org meru dan guna jalan tu setiap hari serta org yg penyabar dan bertolak ansur amat faham bila salah sorang kena beralah untuk bg sape yg jalan dulu. Gilir gilir. Walaupun mmg klu ikut rules sblh kiri kena bg priority kepada yg kanan dulu jalan. Dlm kes aku ni, aku berada sblh kiri dan lg depan dr kereta dia. Dan sepatutnya dia beralah lah bg aku jln dulu. Ini tidak. Dia dgn rasa egonya, terus jln ke depan dan side mirror berlanggar! Mmg x penyabar langsung mamat tu. Keadaan jalan masa tu sesak. Kalau kau kedekut sgt nk bg aku jln pun, ko takkan kemana sbb jalan jam kat dpn tu. Mmg aku gerram dgn mamat tu. Angkat tangan pun x .. Klu dia angkat tangan tanda sorry, aku x kan mencarut di bulan puasa ni.

Lepas dia dh puas hati langgar side mirror dan kereta dia berada depan kereta aku, bukan main slow plak dia drive kan. Ooohhh... Mmg aku hangin satu badan! Dh lah langgar side mirror aku, pastu bwk slow plak... Aku ingtkan ko x kasi aku jalan sbb ko dh lambat ker ko nak terberak ker or ko nk tunjuk lagak poyo kat bini/ girlfrend ko yg macam hana tajima tuh!

Bila dia slow aku konon nak potong lah kereta dia. Kemudian dia ke kiri sikit.. Oh aku fikir dia nk kasi aku jln lah kan. Bila aku potong dia, tiba2 dia hon sepanjang2 nya dan sekuat2 nya. Lepastu dia start cucuk blkng kereta aku. Aku x tau apa yg dia hangin sgt.. Lepas tu dia start himpit kereta aku dr sblah kanan. Konon2 nk takut n gertak aku. Lagi sekali nak tunjuk lagak ngan bini/girlfrend dia yg macam hana tajima tu! Bila dia himpit aku terpaksa slowkan kereta sbb aku nk ke sblh kanan. Klu aku ke kiri dk pergi jalan lain. Lepas dia rasa yg dia dah menang dan rasa bangga membuli seorang perempuan, isteri org, mak orang yg x bersalah membawa anak perempuan dan adik perempuannya dlm kereta, dia pun terus laju ke depan. Dan tiba2 mamat tu angkat tangan dan tunjuk 'jari tengah' dia !

BIADAB!

Wahai pemandu kereta Myvi BKN ???? Color silver, bwk2 lah bersabar di jalan raya. Lg2 bulan puasa. Ko tu melayu & islam. Ko rasa puas dan bangga kan bila tunjuk jari tengah ko tu yg aku x perasanlah panjang ke pendek ke lebar ke runcing ker kan kat aku. Ko x rasa malu ke wat mcm tu dpn bini/girlfrend ko yg macam hana tajima tu? Klu aku lah perempuan tu , seumur hidup aku malu berlaki kan ko yg langsung x hormat wanita yg sekaum dan sejenis ngn bini/girlfrend ko yg macam hana tajima tu...itu yg aku nmpk. Lum lagi dgr ko mencarut dlm kereta. Aku rasa mulut ngn tangan ko tu mesti sama naik gak tu..Bawak2 lah berubah yer. Sib baik ko x der anak lagi. Klu x...kesian anak kecil itu......

Moral of the story, banyakkan bersabar di jalan raya, x rugi pun kasi org jalan dulu. Bukannya dapat hadiah pun. Klu kita berada di situasi tersebut, isteri or girlfrend yg duduk sblh kena cool kan pasangan anda. Jangan plak ko bg semangat kat dia suh jadi pembuli jalanraya...








Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 26, 2011

Doaku Untukmu Sayang







Doaku Untukmu Sayang
(Wali Band)


Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Reff :
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia



(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)





really love this song..

Aisy sayang ......
Bila Aisy dah besar, dah pandai baca blog Mommy,
Mommy nak Aisy tau yang Mommy sayang Aisy sampai syurga..
Lagu ni Mommy dedicate untuk Aisy. I love you...





Tuesday, August 23, 2011

28th!

28! ye aku skrng sudah hampir ke 30..tp alhamdulillah masih diberi ruang untuk bernafas di bumi Allah ini. syukur juga masih dipanjangkan umur untuk hdup bersama org-org yg aku sayang.
ulangtahun kali ni mcm x der rasa apa. date 23 ogos pun aku mcm x ambil kisah. x pikir pun hari apa tarikh tu. x ada mintak yg bukan-bukan a.k.a mengada-ngada kat hubby. yang aku tau till today aku dan suami dilimpahi dgn rezki yg banyak dan kesihatan yg bagus sekali. syukur. semakin hari semakin dipermudah kan urusan kami. berbanding dgn tahun lepas .....

oops

x mo ungkit cerita2 lama yg x menggembirakan langung. anggap shj mcm angin lalu.

semalam hubby kerja petang. dia balik selalunya pukul 12 lebih baru sampai rumah. tp semalam before 12 dia dh sampai. masuk2 bilik jer x der apa yg surprise dr hubby. ok ok ..nk terkejut terkejut apa lagi kan? dh tua...lepas hubby mandi terus dia angkat aisy suruh teman dia makan. aku pun bolehlah start beradu kan? baru jer lelap dgr " ten ten teng ......" suara 2 makhluk bunciitss yg paling aku sayang bawak cake masuk bilik..huhuuuu suka..

tp x rasa macam birthday sbb cake tu x ada lilin ..cake tu pun hubby bwk dr kedai dia..hahah. oklah kan..yg penting dia ada effort nk wat sumthing tepat jam 12 malam tu ..birthday present dh dpt awal2 dah..tu pun aku yg 'pau' hubby. ahhaha. dia mmg x reti nk beli hadiah aku. takut salah . dh lah salah kena marah plak tu.. paling selamat aku mintak sendiri apa yg aku nak. setiap tahun aku akan bertukar purse. bukan saje saje tukar ek. mmg cukup setahun jer dia dh koyak -koyak. mmg dh lama cakap ngn hubby pun nk purse. dia pun ok.

dari Vincci ke Liz Claiborn ke GUESS balik ke Vincci and for this year aku mintak Charles & Keith. price ok. sama jer harga cam kat Vincci. below 100. murah kan? . masa gi cari purse tu kat The Curve ternampak plak handbag2 C&K ni mmg super lawa2...aduiiii..tergoda iman aku di bulan puasa ni. disebabkan harga dia nak cecah 2 rat. so lupakan dulu yer..tp bukan tuk selama-lamanya hahahaa..tunggu aku yer. tp pelik napa C&K x der sale ek? aku rasa byk kedai tgh wat sale..

Thanks tu kawan2 yg wish kat FB...wah masa ni lah inbox ko berderup-derup email masuk. sumer wish birthday. kat opis ni jer x havoc mcm FB aku.. 2 3 org jer tau. moga korang juga dilimpahi dgn rezeki yg banyak dan berduyun-duyun.

To my boss, semalam lg dia dh kasi present. mmg advance...thanks Kak Siti.

Wish untuk diri sendiri ;

  • dipermudahkan segala urusan
  • semoga sihat tubuh badan, dijauhkan sebarang penyakit
  • dilimpahi rezeki yg banyak
  • berharap untuk pregnant lagi
  • hidup bahagia dan dilimpahi kasih sayang dari org yg aku sayang.
Aminnnn.....




hadiah dr hubby


hadiah dr boss


aisy to mommy


mommy to aisy

papa to mommy

Saturday, August 20, 2011

Hormone Imbalance

Pertama kalinya aku dapat abnormal period. Mungkin ada orang anggap situasi macam ni normal. Bila kena aku agak panic jugak sebab bulan puasa kan. Asyik pikir sah ke x puasa aku ni? Macam mana dgn solat? Diterima ker? Actually period aku dah lebih 15 hari. Dalam Islam kalau lebih 15 hari bermakna dh dikira darah penyakit dan wajib mandi dan boleh sembahyang.
First time jumpa doct dia ade gak usik2 tekan2 bawah perut. Tapi tak ada rasa sakit pun.
Lepas tu doct just kasi ubat Noculate ( klu x salah). Ubat hormon yg paling mild. Aku x mkn ubat tu pun.

Aku try gi panel lain . Nak tau apa plak dia kata dan ubat apa dia bagi plak .Kali ni memang rasa macam nak lempang jer doct tu . Sib baik puasa. Masuk bilik jumpa doct., macam biasalah soalan lazim bila datang jumpa doct kan. Dengan rasa poyonya dia tanya sambil menenyeh2 touchscreen lappy dia tu. Pandang, usik, check aku langsung tak ada.! Last2 dia panggil assistant dia yang pakai hotpants dan bby tee tu suh aku wat urine test. The result -ve.
" tgk result you tak pregnant yer. X per , i bagi you multivitamin." bila kena bayar amik kau 45 ringgit! X berbaloi langsung! Panel2 tempat aku kerja memang x cover masalah2 wanita ni.Mmg aku takkan datang lagi klinik ko ni. Rasanya doct laki lagi memahami dan concern pasal problem aku. Aku dah malas nak pikir lain, terus je makan ubat Noculate tu.tawakal jerlah. Harap2 darah tu stop.
2 hari makan darah tu dh x ada. Dgn confident nya aku x smbung mkn ubat tu.Lepas 3 hari dia keluar balik! Kali ni lg banyak dari sebelumnya dan more darker.

Panic!

Try to control myself, makan ubat tu balik. 2 hari makan x reduce pun darah tu. Jumpa doct balik dan dia suruh aku gi wat ultrasound. Sib baik boleh claim. X yah gi melangut kat gov clinic or hospital. Lunch hour terus kuar gi check up kat Hospital Bersalin Razif. Tmpt aku bersalin dulu.

Sampai sana jumpa Doct Puan Norida. Dia scan perut dan kawasan2 yg sepatutnyalah. Lucky x der pape yg pelik dan merisaukan. Unlucky aku x pregnant! Lum rezki lagi. Then doct nk check kat bawah plak!
Oh tidaaaakkkkkk!!!!!!! Bnd yg aku paling ngeri jadi jugak. Seluk2 bawah ni mmg menakutkan. Dulu masa peknen x berpeluang rasa. Kali ni amik kau.! Mmg menyakitkan okey. Doct kata still ade blood lagi dlm tu. Banyak.

Doct kata darah yg kuar tu bukan darah period. Tp Hormone Imbalance X serius pun. Tp doct advice suh wat pap smear. Just makan ubat. Tp klu dlm ms 2 mgu kuar lagi kena wat checkup lg...harap2 blood tu akan stop. Risau aku.

Skarng ubat dah habis. Rasa mcm dh kurang blood tu. Hopefully dh elok sepenuhnya lah...



Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Dato Mohd Sidin,Klang,Malaysia