Friday, June 22, 2012

Custom Pillowcase

Order from my ex-school mate, Eila Ladyeila untuk dia n her husbnd. Lepas ni boleh beradu bak king & queen..





Second order from my best sepupu biras... kak Sue. Hot Mummy & Cool Papa..





Sape2 nak wat personalize pillowcase, email me at mizz_reanna@hotmail.com


Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 19, 2012

18 weeks


Kini kandungan aku dah 18 minggu. Syukur.....for this 2nd pregnancy aku agak lewh-leweh sikit beli barang baby. Kalau dulu masa Aisy , baru 2 bulan dah beli macam-maacam. Tak sabor punya pasalkan. This time 1 ape pun tak beli lagi walaupun hakikatnya aku umapama kena beli balik semuuuaaaa barang baby. Yelah kan baby boy takkan nak pakai balik pillowcase color pink, seluar baju color pink...kebanyakan Aisy punya barang semua ada bunga-bunga & pink color. Uhh...now mata aku kena elak dari tengok color pink dan bunga-bunga yer semasa membeli belah. Boleh ker????

Aku selalu terpikir kos rawatan bersalin dan barang-barang baby. Tapi baru semalam aku terpikir set rawatan SELEPAS bersalin yer puan-puan.. benda ni pun bukan senang-senang nak beli kan. Nak kena survey dulu, elok ke tak, brand ape yg selalu orang guna, harga pun boleh tahan kan 1 set sekali dengan bengkung tu. Yang aku aim sekarang ialah Nona Roguy & produk dari sendayu tinggi. Harga about rm300. You all ada suggestion untuk aku tak nak pakai brand ape? Almaklumlah makcik ni belum pernah rasa berpantang macam orang lain. Dulu baby keluar ikut tingkap. So aku langsung tak usik segala jenis jamu. Param & pilis tu aku pakailah. Tu pun pagi jer..petang malam aku tak pakai. Ingatkan takyah pakai. Berurut aku wat tau. Tapi makcik tu takdelah usik perut aku kan. Kang terbukak balik tingkap kat perut aku nanti. Kali ni kalau diizinkan Tuhan, aku nak bersalin normal dan nak berpantang secara tradisional, pakai bengkung, makan jamu, bertungku....dulu aku selamba jer tak wat pape. Tapi Alhamdulillah badan aku sihat dan tak kembang..walaupun aku tak berpantang dengan cara sepatutnya, tapi aku tetap jaga pantang larang. Aku tak keluar rumah langsung dari day 1 sampai day 40. kecuali ke klinik sebab masa tu Aisy kena demam kuning. Nak taknak aku kena pergi klinik gak. Takkan lah mak aku nak drive sambil pegang Aisy gi klinik kan? Selain dari tu aku tak gi mana-mana pun. Takutlah ...takut tersepak ke takut terlangkah takut tersangkut ker. Mungkin ada antara mommy sekarang berani keluar rumah pergi lepak-lepak, shopping mall dalam tempoh pantangkan? Terpulang kepada diri masing-masing. Tapi kena extra careful lah kan bila kat luar rumah tu. Mungkin tak de effect kat kita sekarang tapi 10 tahun lagi kita tak tahu kan.? Tepuk dada tanya selera.....

Next month baru bercita-cita nak beli barang baby sikit-sikit. Disebabkan aku ni beranak kat hospital berbayar, semua benda nak kena ambil kira. Kot-kot nanti baby ni nak ikut cara kakak dia keluar ikut tingkap tak ke haru aku nak cekau duit? Ape -ape pun aku kena saving untuk ceaserian procedure...kalau normal, syukur. Duit lebih tu boleh wat cukur jambul nanti kan. Nampaknya this year punya raya kenalah extra berjimat cermat yer...sebab 3 bulan lepastu aku kena beraya kat hospital kan...tapi untuk si Aisy tetap extra . Sian lah plak kan. Sebab kita dia pun kurang baju raya..

18 weeks perut aku still lagi orang kata macam 3 bulan. Kecik jer...tunggulah nanti 7 bulan, pasang gear 5 terus tau perut aku ni. Masa Aisy pun perut aku kecik jer.. tapi bila keluar 3.25 jugak..alhamdulillah. Husband kata this time aku lebih kuat dari dulu. Kalau dulu time ni ,balik kerja mesti nangis sebab sakit pinggang. Sekarang kurang sikit. Maybe boy kot....

Hopefully dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengandung ini...Aminnn..




Tuesday, June 12, 2012

Baby photos

Masa pregnant kan Aisy dulu letak kat desktop gambar-gambar baby girl yang comel-comel. Anak mat saleh yang tak tahan tu...magicnya muka Aisy masa baby ada iras-iras of the baby kat bawah ni ...kali ni nak test lagi...hahahha..main test-test plak kan.






Now disebabkan kali ni baby boy nak letak photo yang ni plak lah kan. ofcoz color kulit takkan sama kan hahhah..janji comel macam dorang ni...






















Sunday, June 10, 2012

Pillowcase for you






Wedding present utk bride n groom





For papa n mommy.

sorry ek quality picture kurang memuaskan yer. pakai fon camera cengginilahh.

Hi lovelies....now start wat custom pillowcase untuk kamu dan kamu yer. Kalau minat boleh email kat


You all boleh letak apa shj nama yg korang nak. Such as papa mama, mommy daddy, his hers, soul mates atau nama u all pun boleh.

This pillowcase boleh jadi as wedding present untuk orang kawin...sweet kan? For your info, pillowcase ni adalah pre-order. About 7-10 days for delivery yer sbb nama setiap pillowcase lain-lain  dan tak sama.
1 set pillowcase (2pcs) RM 40 sahaja w/o postage.

Kat bawah ni contoh dari google..i can make it for you!







Thursday, May 31, 2012

Bercerita pengalaman sendiri..


Masih lagi pergi kerja ke tempat yang sama. Berjalan naik ke ofis arah yang sama. Masih lagi menaiki lif buruk yang sama yang  seminggu sekali akan rosak. Work station yang sama, meja yang sama, kerusi yang sama, flow kerja yang sama dan bos yang sama. Tidak malu untuk aku cakap yang yang selama aku kerja dari 2006, baru last year aku dinaikkan pangkat sebagai Eksekutif dengan gaji below RM3000. Itu pun selepas beberapa orang designer favourite diorang dinaikkan pangkat dan ada juga yang dah chow! (sayang sgt kat orang tu last-last org tu blah. Sayang lah lagi banyak -banyak kan..) aku tak jeles pun bab sayang-sayang, jadi anak emas company. Aku tak heran pun...aku tak taulah figure yang aku dapat tu amaun nyer banyak dari orang lain yang sama level dengan aku. Bagi aku figure tu sikit sebab team aku yang baru kerja kat company aku tapi got experience dari tempat lain lagi banyak gaji dorang . Kalau single maybe okey okey aje kot gaji banyak tu. Bila dah berkeluarga semuanya jadi double dan triple. Lagi -lagi bila kau stay dengan parents. Yes memang parents banyak tolong kita jaga anak, mak tolong masakkan, kadang-kadang sidaikan baju, tak payah nak sibuk-sibuk beli perabotlah apalah. Pakai jer apa yang ada kat rumah mak tu.

TAPI!

Bila kau stay dengan parents, tiba-tiba satu hari tu mak tak masak sebab tak de benda nak masak. Baju bertimbun-timbun sebab sabun dah habis. Ape yang kau akan rasa? Buat tak tau aje dan terus masuk bilik? Tunggu mak bapak gi korek duit dalam bank yang cukup-cukup untuk bekalan sampai umur dia 70 tahun.? Adik beradik yang tak duduk sebumbung tak de lah terasa kan sebab dah terlepas. Sebulan sekali jer balik rumah mak bapak. Itu pun dengan tangan kosong. Aku tak pernah merasa duduk berasingan dengan keluarga . Masa study & before kahwin memang aku duduk rumah bujang. Bila kita jauh dari keluarga, mak bapak takkan tahu kalau kita ni terdesak. Mereka tak tau kita cukup makan ke tak. Tak pelah kan hanya kita dan suami sahaja yang tau apa masalah yang kita hadapi . Bila tak cukup duit, makan maggi pun takper, nasi dengan lauk telur goreng pun boleh. Baju basuh seminggu sekali pun tak pe. Beli beras yang 5 kg pun boleh tahan sampai 2-3 bulan. Perit jerih kita berdua jer tau. So tak delah malu sangat dengan mak bapak kan? Melainkan kau mengada-ngada cerita kat mak bapak kau kan?. Tapi cuba kalau kita buat depan mak bapak kita? Kau malu x? Aku kadang-kadang malu jugak bila barang kat rumah habis. Dalam rumah ada 6 orang. Setiap bulan aku dan hubby akan spend RM300 and above untuk beli keperluan rumah. Itu pun selalu tak cukup. Barang-barang dapur yang aku beli tu cukup untuk 6 orang dalam masa separuh bulan je. So bila nak cukup sampai sebulan kena spend sampai rm600? Memang tak mampu! Tambah plak dengan parents yang tak kerja. Abah hanya mengharap duit hasil jual rumah kat Shah Alam. Mak plak mengharapkan duit mengajar mengaji. Dulu abah kerja as security guard tapi dah berhenti sebab kesian tengok dia kerja shift hari-hari. Korang jangan pulak kata aku mengungkit yer. Dah duduk dengan mak bapak banyak plak komplen. Dah lah tak payah bayar sewa rumah, api air pun tak bayar. Aku tak komplen cuma nak share cerita pengalaman dengan korang semua. Berapa agaknya kos korang yang stay asing dengan perents? Mungkin rm 300 tu boleh wat belanja rumah untuk 2 bulan kan?

Sekarang ni pun dah kena start bayar duit rumah kami kat Puncak Alam. Now hubby yang bayar sebab aku tak mampu lagi. Maybe kalau aku disayangi company tahun depan dapat lah naik gaji sikit. Mungkin masa tu dah boleh tolong hubby bayar duit rumah.

Aku tau setiap orang yang baru kahwin mesti ada masalahkan tapi pusing-pusing masalah yang dihadapi lebih kurang sama jer? Lainlah kalau kita dan pasangan gaji 7-8 ribu sebulan mungkin takde masalah hidup seperti sekarang tapi kalau gaji dah banyak tu mestilah segala barang nak up kan? Hire orang gaji, kereta tak mau buatan Malaysia, nak beli yang monthly kena bayar paling kurang rm1000 sebulan. Rumah tak mainlah beli yang harga rm200k. Semua nak rm500k keatas kan? Betul tak? Lagi duit banyak lagilah rasa macam tak cukup sebab barang semua hi-class.

As designer yang menghambakan dirinya selama 6 tahun di company yang sama, aku dan designer lain tak pernah rasa dihargai. Setiap bulan kau akan dapat gaji yang sama. No insentif, No komisyen, no elaun. Setiap tahun akan naik gaji selalunya RM50. Bonus plak paling banyak 1 bulan. Tapi mana ada diorang nak bagi 1 bulan. Sorang dua jer yang dapat. Yang lain tu mostly dapat half gaji. Kalau rm2k half gaji kau dapat 1k. 1K tu kalau kau kumpul tiap-tiap bulan 100 pun dah dapat 1k. Itu yang gaji 2k..yang gaji less than 1k tu ape yang dorang dapat? Segala hasil seni yang kitorang bagi umpama percuma. Contohnya, aku pernah buat item yang total kos dia almost 1 million. Tapi apa yang aku dapat? Terima kasih pun aku tak dengar. Apa tah lagi komisyen or insentif. Yang sedap company & account manager dan sekutu dengannya. Designer 1 sen pun takde. Apa tah lagi sumbangan ikhlas dari acc. Manager pada designer pun tak der. Hanya belanja makan pastu dah kenyang buang segalanya dalam mangkuk tandas. Kalau takder designer tak jalan kerja kau. Designer mungkin boleh buat kerja kau tapi kau belum tentu boleh buat kerja macam designerkan? Hargailah diorang tu. We work like a team. Kau keluar jumpa client aku kat sarang wat design sampai muntah, sampai 10 kali kena reject sampai confirm. So designer tak penting ker? Kadang-kadang kita jual hasil seni kita dekat online lagi dihargai kan. Bila client dapat barang , dorang akan bagi komen pasal dapat barang dalam keadaan yang baik, barang tu cantiklah, nanti nak order lagilah. Nak pormote bagai kita punya web / blog kat orang lain . Lepastu followers semakin ramai. Ramai orang yang 'Like' facebook kita. Bagi kata-kata semangat dan pujian. Rasanya kerja macam ni lagi bahagia kan? Dihargai. Kalau kat ofis, cantik cakap dalam hati. Tapi bila tak cantik design tu pung pang pung pang 1 company. Kesian kan?



Paling baru, company nak buat Family Day. Tapi aku rasa baik panggil Hari Kantin sebabnya kitorang kena beli T-shirt rm20 sehelai (bapak mahal!) pastu kena beli kupon rm5 sebab dia bagi sorang 1 kupon jer..nonsense kan? Pastu pastu suh plak Executive and above donate sekian-sekian untuk family day. Ni family day untuk staff ke bankrap day untuk staff ? Padan muka dorang sebab ramai yang tak hingin nak beli t-shirt tu. Kelakarkan company aku ni..


This entry just nak share dengan korang semua. Becerita sahaja. Kebanyakannya adalah pengalaman aku sendiri....Byee...


Monday, May 28, 2012

Kakak Aisy dah besar

Semenjak umur Kakak Aisy 3 tahun February yang lepas, aku tengok ada perangai dan karektor dia yang semakin matang. Rasa macam sayu, suka pun ada bila melihat perubahan dia. Gembira sebab dia semakin membesar dan sayu serta rindu sebab tak dapat lagi merasai / melihat karenah manja dan keanakkan dia.

Kalau dulu mandi, makan, pakaikan baju semua kena buatkan untuk dia. Tapi sekarang Kakak Aisy dah pandai buat sendiri. Kalau orang tengok mesti kata , E e ...pandainya dia. Dah boleh mandi sendiri. Perubahan positif menunjukkan si ibu atau bapa berjaya mendidik anaknya. Cuma kadang-kadang bila time ngada-ngada dia, dia nak kita mandikan. Sekarang just monitor jer dari luar bilik air. Aku akan cakap, bila masuk bilik air kencing dulu..wash ***** bersih-bersih. Pastu baru mandi. 2 minit lepas tu aku jerit lagi, Aisy dah sabun? “ Sabun lah ni...Kakak Aisy jawab. 2 minit lagi pastu...”Aisy....Syampu.....Aisy gosok gigi.....!!!!. dah sabun dan gosok segala bagai baru aku pergi intai dia. Tengok-tengok ada shampoo lagi ke kat kepala, sabun melekat lagi ke kat badan..Kadang-kadang dia pun tak kasi kita tengok dia mandi. Aku tak taulah kalau anak orang lain bila diorang start mandi sendiri. Bagi aku 3 tahun sebenarnya awak bagi peringkat Aisy tu. Sekarang pun, masa siang Kakak Aisy tak pakai diapers dah. Malam nak tidur atau pun nak keluar jalan-jalan. Aku still lagi tak confident yang dia akan cakap nak 'chinching' kalau kat luar. Mesti aku panic kan kalau tiba-tiba Aisy kencing kat dalam mall.

Bab makan pulak Kakak Aisy dah pandai makan macam orang besar. Selalu kena bersuap atau cerai-ceraikan ayam untuk dia. Tapi sekarang semua dia dah pandai buat sendiri. Kopek ayam sendiri, makan nasi sendiri, makan roti canai cicah kuah dhal. Sebelum ni tak pernah tengok dia cicah roti canai tau. Kalau kita bagi roti, roti lah dia makan. Sekarang ni kena order 1 set untuk dia. Hari tu pergi mamak, tengah malam, Kakak Aisy nak pakai tudung. tak suruh pun. Dia yang ambil tudung sendiri. setengah jam makan, dah tak tahan dah. Terus dicabutnya. Tapikan bila tengok Aisy pakai tudung kat luar, aku rasa yang aku ni macam dah ada nak lima dah. Kan selalu kita tengok ada family yang ada anak-anak kecil dan ramai, pastu yang sulungnya pakai tudung. walaupun yang sulungnya tu baru umur 5 tahun. Memang nampak kakak mitahli lah Aisy ni bila pakai tudung.

Semenjak dia tau dalam perut aku ada baby, dia selalu kata nanti kalau ada baby, Aisy boleh main sama-sama, tidur sama-sama, makan sama-sama, Aisy wat susu dia...Aku rasa dia memang dah ready untuk ber'adik'. Tapi tak taulah kan bila adik dia ni dah melompat keluar depan mata dia, tak taulah reaksi Kakak Aisy kan. Kot – kot dia tak boleh terima kenyataan ke kan. Mula -mula memang dia suka ada baby tapi bila dia asyik tengok Mommy dia ni asyik tidur dengan baby, nenen kan baby, carry baby, mandikan baby mesti dia ada perasaan jeleskan....itu kita tunggu bulan November nanti. Cepatlah Novemberkan...hehhhheeee...

Tapi masa tidur pulak Kakak Aisy still lagi tidur kat tengah antara aku dan hubby. Kalau suruh dia tidur kat cot dia sebelah aku mesti dia taknak. Dia nak jugak tidur berhimpit tengah-tengah. Tapi biasalah kalau tengah tidur tu, kena sepak, kena flying kick, kena tolak, kena tindih dah jadi perkara biasa...kadang-kadang terbangun tengah malam, cari manalah budak ni.. oh..ade kat situ, oklah tidur balik. Heheheee. Takut dia jatuh katil jer. Orang yang selalu kena beralah masa tidur, akulah. Pagi-pagi aku terjaga, separuh badan aku dah cot Aisy , separuh badan still lagi kat katil aku. Takkanlah aku nak tolak anak aku kan? Sian dia. Takperlah biarlah Mommy dia ni beralah. Mentang -mentang mak dia ni kurus kering, senang jer dia nak tolak kan. Papa dia besarrr so dia tak dapatlah nak tolak kan. Berat. Tapi kadang-kadang kaki hubby selalu gak 1 kat atas katil satu lagi kat bawah hahahha...sebabnya kita dua orang sama-sama tolak dia secara tak sengaja. Tengah tidurkan manalah perasan.

Since aku tau yang aku pregnant, aku tak lagi carry Aisy. Kadang-kadang Kakak Aisy ada jugak mintak carry. Tapi aku tak mampu. Dengan keadaan aku yang lemah, kandungan masih baru, Aisy yang semakin bertambah beratnya buat aku lagi tak mampu nak carry dia. Tapi Tuhan je yang tau betapa rindunya nak carry dia. Kalau tak hari-hari carry dia. Even jalan kat mall pun aku still lagi mampu carry dia. Bila dia minta carry, selalu pesan kat dia dalam perut mommy ada baby. Mommy tak larat nak carry Aisy. Nasib baik dia faham. Sekarang ni dia still lagi carry ngan Papa, nenek, atuk, maksu, uwan atuk kasim dia. Nasib baik ramai tukang dukung...

Aku rasa cukuplah wat hari ni cerita pasal Aisy. Lagi cerita lagi rindu plak kat dia. Kita tengok gambar Kakak Aisy jom.






























































Monday, May 21, 2012

14 weeks

Minggu ke 14, morning sickness macam biasa. Tak boleh bau masak-masak. Tak boleh bau / tengok minyak tengah panas atau lepas menggoreng. Tak boleh bau dapur yg selalu masak heavy heavy such as kantin kat office dan dapur MIL (MIL berniaga nasi lemak). Tapi MIL faham keadaan aku. Lagi satu baju kerja hubby. Kalau dia balik kerja tak mo dekat dengan dia. Suruh dia mandi dan campak baju tu kat dalam bakul. Kalau tak memang uweekkk jer lah. Pening pening. As BM, hubby kerja dia visit kedai. So selalu memang baju dia tak de bau. But seminggu ni dia kena jugak masuk kitchen sebab opening kedai baru kat Setia City Mall. Bila kat kitchen tau-tau jerlah kan bau bau tu sebati dengan badan dan baju kita. Sedangkan datang makan pun dah melekat bau asap tu apalagi orang yang berjam jam kat kitchen. Kadang-kadang kalau teringat or terbayang jer bau2 tu, confirm akan loya jugak. Kalau mak masak aku kena berkurung dalam bilik. Walaupun bilik tu panas, aku paksa gak diri ni untuk tidur sampai mak habis masak. Tak tau lah sampai bila kan.

Sekarang ni pulak dok sibuk teringin Kartika Sari. Dah lah jauh nuuunnn di Indonesia sana. Ni gara-gara google pasal Bandung. Padahnya teringin nak makan brownies & pisang bollen. Aduhhh....ada juga post kat FB, mostly pergi lambat lagi. Boleh ke tunggu ni. Kalau sampi end of this month tak dapat jugak, akan ku order thru online. Diri sendiri nak pergi lagi setahun...

Minggu ni kegatalan pada perut sedang hangat melanda yer. Perut yang comel ni dah macam kertas pasir. Kasar! Asyik menggaru jer kerjanya. Lagi-lagi kalau cuaca panas. Lagi hebat mengenyamnya. Masa mula-mula kena pelik jugak kenapa gatal-gatal ek? Bila ingat ingat balik dulu masa peknen kan Aisy pun ada jugak gatal gatal kat perut. Salah satu simptom semasa mengandung. Kena selalu sapu losyen dan bio oil. Harap-harap makin kurang lah kegatalan ni.


Posted using BlogPress from my iPhone