Saturday, July 21, 2012

Premium Beautiful by Rianna Zin updated!



Salam Ramadhan 
lebih kurang 20 hari aku menjadi part of Premium Beautiful. You all boleh ke blog aku di


dekat blog tu hanya untuk Premium Beautiful Sahaja. blog yang sekarang ni more kepada social life, family, and anything. will remind you if aku update blog PB tu yer.

Healthy&Beautiful with Love,
RiannaZin

Sunday, July 15, 2012

Anjakan Paradigma

Last Saturday, 7th July 2012 I'm officially Sales Manager for Premium Beautiful. Until now aku sendiri pun shock dengan anjakan paradigma yang aku buat ni. Dalam masa sehari aku terus buat keputusan untuk setuju join this business. Since 6 bulan yang lepas DSM Liyana Sepwan a.k.a leader aku dah ajak untuk jadi business partner dia. Tapi  biasalah bila orang yang skeptical macam aku ni cakap, nantilah dulu...takde modal lah...tak reti lah nak jual jual, tak percaya ngan MLM lah..macam-macam lagilah. Tapi hari tu aku rasa down sangat sampai nak menangis sebab duit asyik tak cukup. memanglah duit banyak mana pun kalau hari-hari belanja akan habis kan? dulu tak rasa sangat tapi bila nak masuk dua ni semua benda kena jimat semua benda kena sekat. tak pernah salah kan rezeki yang datang ni cuma aku dah dapat rasakan  no more relax no more lepak-lepak no more tidur-tidur & no more verangan macam-macam tapi no action.Bila leader aku dah tunjukkan yang dia dah berjaya & income 8-9 k permonth, now it's my turn plak nak ikut jejak dia. walaupun aku rasa aku terlambat sedikit kesedaran kna.




Aku tak nak & bosan dengar tiap-tiap bulan aku dan hubby merungut pasal duit. syukur alhamdulliah kami still lagi cukup makan, pakai dan tak pernah tak cukup duit nak beli susu Aisy (nasib baik Aisy minum susu Dugro jer kalau Enfa ke, setiap hari tepuk dahi) . Tapi sampai bila kan nak hidup macam ni. semuanya cukup-cukup, semuanya nak sekat-sekat...aku bukan nak hidup terlalu mewah tapi nak duit tu sentiasa ada dalam bank & dalam wallet. mungkin ada orang yang tak pernah merasa susah. mak bapak still lagi bekerja. gaji 8-10 ribu sebulan. kalau dia susah pun mak bapak dia boleh tolong. tapi lain dengan aku. umur aku 18 tahun abah dah retire. you all paham-paham jerlah kan bila orang dah retire ni. duit pun cukup-cukup..so aku tak nak anak-anak aku hidup macam aku. aku nak bahagiakan dorang. apa yang dorang nak insyallah aku boleh tunaikan..


walaupun aku tak de basic in marketing tapi boleh belajarkan? for now biz ni aku jadikan as part time dulu. tapi bila aku dah rasa stabil maybe aku sekali lagi wat keputusan drastik untuk berhenti kerja dan wat full time. who knows kan? Bila join this biz, semangat kena kuat, jangan putus asa, sentiasa dekat dengan leader, peduli apa orang nak kata pasal kita dan korbankan masa rehat. masa untuk bersama family tetap ada. tapi akan curi sedikit waktu masa weekend untuk berbisnes.


sebelum aku join, aku dah google pasal bisnes Premium Beautiful ni. ramai  yang sangat-sangat kuat mengutuk, mengeji, benci dengan orang yang join bisnes dari company ni. you all tau tak, semakin dikeji, semakin ramai yang berjaya dapatkan income sebulan 4, 5, 6 angka. last wednesday, 7 flight / 17 bus bawak mereka ke Guangzhou ! u imagine 1 flight ade berapa orang? orang yang mengeji dan tak memberi support pada anak melayu untuk berniaga ni apa yang dorang dapat? NOTHING! yang dikeji tu semakin kaya, semakin senang, semakin bahagia, syukur Alhamdulillah.. kalau tak suka dengan bisnes  ni, janganlah mengutuk. mereka tak buat salah pun. just nak cari rezeki untuk anak-anak, keluarga dan masa depan mereka.


Peduli dengan orang kata yang bisnes PB ni mengkayakan cha ya nun alif. apa salahnya, dorang semakin kaya dan kami ni pun semakin semakin senang. dorang memang dah di atas tentulah mereka semakin kaya. macam aku, dah 6 tahun aku hambakan diri aku  ni kat company cha ya nun alif tapi apa pun takder! in 6 years, tidah pernah dihargai, gunakan kita secukupnya, 6 tahun jugak gaji umpama macam tak bergerak dari satu angka ke satu angka. next years umur aku 30. my target minimum gaji mesti 3k. tapi sekarang dah bulan July, gaji aku yang bergerak hanya 2 digit yang belakang sahaja. so , aku kena cepat bangkit sebab rezeki takkan datang bergolek depan kita kalau kita tak merubah diri sendiri.


alhamdulillah, semenjak kandungan aku 5 bulan, banyak rezeki yang masuk. walaupun tu semua freelance tapi aku syukur. selagi belum bersalin, selagi tu aku akan kerja keras untuk anak-anak, family dan masa depan aku. lebih-lebih lagi aku ni nak bersalin kat hospital berbayar. company aku yang kedekut bin haji bakhil tu tak cover kalau staff wanita dia nak beranak.


Hopefully dengan support dari suami, rakan bisnes dan leader Premium Beautiful , aku akan teruskan usaha  aku untuk masa depan aku dan orang yang aku sayang. after this no mo tears......Insyallah.


For those yang nak join this bisnes PB , meh aku bagi hint hint sikit...no obligation. if u just nak tau lebih banyak lagi sistem bisnes PB ni , aku & leader aku dengan ikhlas beri free consultation. sharing is caring kan orang selalu kata. this bisnes will change your life 360 degrees. This bisnes berasaskan  TEAMWORK & ONLINE. Leader will guide u until u success. !




Starting bonus with RM4500 confirm & 
2 set free of Premium Beautiful. 
If you want to know more more more about this business, 
Contact me at 012-3811492 Rianna Zin



Pillowcase for two Little Hero

Pillowcase kali ni untuk custom made for Ain Ismail untuk hero-hero kecilnya Haris Iman & Hadif Iman. Ain ni sebenarnya wife kepada my ex-schoolmate Haidan.. bila pulak turn Ain & Haidan plak nak order untuk u all yer?




Anyone yang nak order boleh email ke qasrynaloveart@gmail.com
harga untuk
 pillow case with text  - rm50
pillow case with text & graphic - rm70

view my blog
qasrynaloveart.blogspot.com

Monday, July 2, 2012

20 weeks

20 weeks baru nak membeli barang baby. Semalam gi Mother care & Jusco. Kat M.care just nak survey survey dulu harga untuk breast pump & botol susu. Harga breastpump semuanya 2 ratus ke atas. Disebabkan ni first time aku nak mengepump, so aku ingat nak nak beli yang manual dulu. Then, nak masuk kerja nanti baru decide beli yang elektrik punya. Tak nak lah beli yang mahal terus kan. Tak tau lagi keadaan macam mana. Dari Aisy lagi aku guna botol susu M.care...kualiti & design good, harga pun murah sikit dari Avent. Untuk botol yg 4oz kat M.care RM 65, 3 botol. Tapi Avent 2 botol RM65..lagi jimatkan beli M.care?
Kat Jusco tak tau nak start beli ape. Sebabnya list tak bawak..so aku ambik jer ape yang aku rasa nak ambik dulu..this time aku dah tau ape yang patut beli apa yang tak. Kalau tak dulu, semua benda nak dibeli . Last last tak pakai pun...




Sempat gak gumpal-gumpal kapas 1 roll. Hahaha.. Masa letrik tak ade plak tu. Nak beli yang dah siap , mahal. So gumpal lah sendiri... Masa Aisy pun aku guna kapas untuk cuci montot. Kapas tu rendam kat air yang bercampur sedikit Lactacyd
& pastu cuci. Aku sangat sangat jarang guna baby wipe untuk cuci montot baby. Tapi kalau poopoo aku prefer wash direct dengan air paip. Lagi puas & bersih. even keluar mana-mana pun aku akan bawak kapas yang dah rendam ngan lactacyd. Tak guna baby wipe.




Baju-baju newborn tak beli langsung sebab memang dah plan nak beli kat Kenanga. Kat situ boleh beli borong. Design & kualiti sama jer kalau beli online. Tapi bila beli borong ni lagi jimatkan? Boleh beli sekali ngan baju raya Aisy..Tapi nanti mesti ada gak sehelai dua beli brand standard macam Anakku..biasalah mak mak ni kan hover kalau beli baju anak.
Tak sabar nak tunggu minggu depan sebab nak beli baju baby n Aisy..rasanya tak hover kan beli sekarang? Beli sikit2 lama lama mesti complete kan?...
Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 22, 2012

Custom Pillowcase

Order from my ex-school mate, Eila Ladyeila untuk dia n her husbnd. Lepas ni boleh beradu bak king & queen..





Second order from my best sepupu biras... kak Sue. Hot Mummy & Cool Papa..





Sape2 nak wat personalize pillowcase, email me at mizz_reanna@hotmail.com


Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 19, 2012

18 weeks


Kini kandungan aku dah 18 minggu. Syukur.....for this 2nd pregnancy aku agak lewh-leweh sikit beli barang baby. Kalau dulu masa Aisy , baru 2 bulan dah beli macam-maacam. Tak sabor punya pasalkan. This time 1 ape pun tak beli lagi walaupun hakikatnya aku umapama kena beli balik semuuuaaaa barang baby. Yelah kan baby boy takkan nak pakai balik pillowcase color pink, seluar baju color pink...kebanyakan Aisy punya barang semua ada bunga-bunga & pink color. Uhh...now mata aku kena elak dari tengok color pink dan bunga-bunga yer semasa membeli belah. Boleh ker????

Aku selalu terpikir kos rawatan bersalin dan barang-barang baby. Tapi baru semalam aku terpikir set rawatan SELEPAS bersalin yer puan-puan.. benda ni pun bukan senang-senang nak beli kan. Nak kena survey dulu, elok ke tak, brand ape yg selalu orang guna, harga pun boleh tahan kan 1 set sekali dengan bengkung tu. Yang aku aim sekarang ialah Nona Roguy & produk dari sendayu tinggi. Harga about rm300. You all ada suggestion untuk aku tak nak pakai brand ape? Almaklumlah makcik ni belum pernah rasa berpantang macam orang lain. Dulu baby keluar ikut tingkap. So aku langsung tak usik segala jenis jamu. Param & pilis tu aku pakailah. Tu pun pagi jer..petang malam aku tak pakai. Ingatkan takyah pakai. Berurut aku wat tau. Tapi makcik tu takdelah usik perut aku kan. Kang terbukak balik tingkap kat perut aku nanti. Kali ni kalau diizinkan Tuhan, aku nak bersalin normal dan nak berpantang secara tradisional, pakai bengkung, makan jamu, bertungku....dulu aku selamba jer tak wat pape. Tapi Alhamdulillah badan aku sihat dan tak kembang..walaupun aku tak berpantang dengan cara sepatutnya, tapi aku tetap jaga pantang larang. Aku tak keluar rumah langsung dari day 1 sampai day 40. kecuali ke klinik sebab masa tu Aisy kena demam kuning. Nak taknak aku kena pergi klinik gak. Takkan lah mak aku nak drive sambil pegang Aisy gi klinik kan? Selain dari tu aku tak gi mana-mana pun. Takutlah ...takut tersepak ke takut terlangkah takut tersangkut ker. Mungkin ada antara mommy sekarang berani keluar rumah pergi lepak-lepak, shopping mall dalam tempoh pantangkan? Terpulang kepada diri masing-masing. Tapi kena extra careful lah kan bila kat luar rumah tu. Mungkin tak de effect kat kita sekarang tapi 10 tahun lagi kita tak tahu kan.? Tepuk dada tanya selera.....

Next month baru bercita-cita nak beli barang baby sikit-sikit. Disebabkan aku ni beranak kat hospital berbayar, semua benda nak kena ambil kira. Kot-kot nanti baby ni nak ikut cara kakak dia keluar ikut tingkap tak ke haru aku nak cekau duit? Ape -ape pun aku kena saving untuk ceaserian procedure...kalau normal, syukur. Duit lebih tu boleh wat cukur jambul nanti kan. Nampaknya this year punya raya kenalah extra berjimat cermat yer...sebab 3 bulan lepastu aku kena beraya kat hospital kan...tapi untuk si Aisy tetap extra . Sian lah plak kan. Sebab kita dia pun kurang baju raya..

18 weeks perut aku still lagi orang kata macam 3 bulan. Kecik jer...tunggulah nanti 7 bulan, pasang gear 5 terus tau perut aku ni. Masa Aisy pun perut aku kecik jer.. tapi bila keluar 3.25 jugak..alhamdulillah. Husband kata this time aku lebih kuat dari dulu. Kalau dulu time ni ,balik kerja mesti nangis sebab sakit pinggang. Sekarang kurang sikit. Maybe boy kot....

Hopefully dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengandung ini...Aminnn..




Tuesday, June 12, 2012

Baby photos

Masa pregnant kan Aisy dulu letak kat desktop gambar-gambar baby girl yang comel-comel. Anak mat saleh yang tak tahan tu...magicnya muka Aisy masa baby ada iras-iras of the baby kat bawah ni ...kali ni nak test lagi...hahahha..main test-test plak kan.






Now disebabkan kali ni baby boy nak letak photo yang ni plak lah kan. ofcoz color kulit takkan sama kan hahhah..janji comel macam dorang ni...