Wednesday, May 18, 2011

Genius Baby.

Haloo mommies. hari ni aku nk share kat korang sumer satu website pasal early education.
klu sape yg dh tau web ni mesti seronokkan ?byk info yg kita dpt dr dr situ.
dn paling mengujakan anak kak watie boleh membaca since baby lagi.!
ade info pasal how to teach anak kita membaca dgn pelbagai teknik.
ayuh mommy.....go serbu this blog!

ALL BABIES are genius!!

http://geniusbabyonboard.blogspot.com

Thursday, May 12, 2011

Company Trip >>>>>Hatyai (Part 1)

Day 1, 29 April 2011
Bertolak dari Royal Selangor jam 10pm. Dalam bas aku duduk ngn kak zura. Baru 1 jam perjalanan aku dh sakit belakang. Ader lagi 10-11 jam nk kena bertahan. Aku force diri utk tidur. Finally dapat jugak lelapkan mata. Tp terjaga –jaga jugaklah sebab aku terasa macam driver bas bawak laju. Takut jugakkan..2 – 3 kali terjaga tau2 dh sampai Bukit Kayu Hitam. Huh sampai juga akhirnya.
Day 2, 30 April 2011

Disebabkan waktu yang aku pergi adalah public holiday, kami stuck kat traffic ke sempadan. Imigresen Malaysia super pack & Imegresen Thailand super duper pack. Ramai yg nk ke sempadan . Labour Day kan. Ho hohohoohoh…Nama I x blacklist dr PTPTN yer..Fuhhhh!Selamat. Cuak jugak sebenarnya masa nk cop tu. Itenary sume out. Sepatutnya kitorng masuk Hatyai kul 9 tp smpai sana kul 11 & terus gi breakfast kat Thai - Malaysia Restaurant.








Nora Plaza.

After breakkfast merangkap lunch atau digabungkan menjadi brunch kami ke Nora Plaza. Kat situ banyak barang kulit dan cenderamata . Tapi aku x stim langsung tgk bnd2 kat situ. Target aku bukan nk beli leather n aku tgk x derlah murah pun. Kak Zura & Sharon melayan birdnest. Aku n Veni tgk jerlah.. tak boleh terima tekak…dorang kat sgt cheap compared kat Malaysia or tempat lain. Then kami ke 1 kedai yg menjual kacang & keropok. Sorrylah ek, x sempat nk amik gambar sbb hujan waktu tu. Ramai jugak tourist kat situ. Tp bg aku hrg still x murah ok.!mcm kat Malaysia jer. Tapi aku beli lah gak jajan sikit kan. Wat syarat jer….


Paradise Hotel


Lepastu kami check in hotel. Bnd ni yg aku tunggu ni. yerlah nk tgklah kan hotel free yg kami stay tu ok ker x cantik ker x kan. So far the environment ok. Selesa., besar walaupun kedudukan hotel tu dlm kawasan rumah org. Actually Paradise hotel yg aku stay ni jauh dr town. Kami kena naik tutut. Klu x kami dok hotel kat town. Disebabkan waktu tu public holiday, so bilik full. Aku x kisah sgt jauh ke x coz kemudahan nk ke town senang. Berlambak tutut…nk ke town around 5-10 minit jer. Lagipun dorang bwk mcm F1…laju sesaje.





Samila Beach, Songkhla

Lepas letak barang kitorng terus naik bas balik sbb nak tgk mermaid statue kat Samila Beach. Samila Beach ni kat Songkla…Tapi malangnya kitorng smpi kat sana dlm 7.30pm. dah gelap. Laut pun x nmpk. Rugi betul. Di Samila beach , lagi gelap lagi ramai org. dorang still lagi berpicnic tgh2 malam kat situ. Klu kat M’sia ni nk dh lama kena jerit ngn mak suh balik….Setan tgh syok ligat surfing n dating kat pantai tu kan.





Floating Market.

Kalau x gi tempat ni mmg rugi sgt. Aku nk sgt ke F.Market nih sbb byk food n interesting skali cara mereka menjual. Salah satu daya tarikan klu ke Hatyai. Dorang jual atas sampan dan mostly the tradisional food . I like that place. Harga setiap makanan or minuman 200baht. – 250baht. Sebelum gi trip ni aku dh wat research pasal Hatyai. What to buy, Where to go. Salah satu bnd yg aku nk beli sgt ialah air minuman. Kat tempat lain dorang jual dlm cup jer. Tp kat Floating Market ni dorang jual air dlm clay container. Sgt menarik. Dan ia dijual dgn harga 200bht shj .Murahkan.! ade mcm2 jenis design clay container. Aku beli 1 ultraman & 2 doraemon to member opis yg x gi Hatyai. So cute !..Tetapi malang sekali lagi sbb aku smpi kul 8.00. dorang dh nk tutup dh. Dekat situ pun kita boleh shopping. Still ader gerai lain yg jual baju n kasut.. terasa rugi x shopping lelebih sbb hrg baju n kasut kat situ lg murah dr tmpt lain. nyesal beli sandal 1 pair jer.







Thai Massage.
Lepas penat jalan kitorng balik hotel …serius bdn penat giler n kaki sakit. Lepas mandi , bersih2kan bdn ader org call bilik.

Aku : hello
Abg Ibrahim : Hello, aaa…zura ader?
Aku : Zura mandi. Ni abg ibrahim yer?
Abg ibrahim: aah…nk massage x? klu nk saya panggilkan dorang dtg bilik.
Aku: Massage? ….Kak Zuraaaaaaaaaaaaa( menjerit) , nk massage x? Abg ibrahim nk tolong book kan.
Kak Zura : boleh lah (dr bathroom)
Aku : Abg, bolehlah. Nk 2 yer.. x nk budak ..nk yg dewasa key.
Abg Ibrahim : okey..nti pukul 12 dorang dtg yer…bilik no berapa?
Aku : B 501 .


Bagi aku Thai massage ni biarlah kaum wanita sahaja wat yer. Aku x sanggup tgk klu awek Thai tu massage huband aku walaupun aku ada dekat situ. Sape yg x tau cam mana Thai msg tu, gi lah google yer. Aku takut ader laki yg x tahan jer..phm2 yerrrr…tp aku puas hati sbb awek Thai tu pndai urut. Esok pagi mmg bdn rasa cergas. Smpi tertido lah aku dibuatnyer ms dia urut kepala hahahha….syok sgt. Thai massage + 2 hours = 300baht. Oklah kan. Experience..


Day 3 & Day 4 aku citer di entry yg lain yer….

Friday, April 29, 2011

Belum rezeki lagi ..TAPI..alhamdulillah kerana dihargai

Ada 2 cerita yg terjadi dlm masa 3 jam ni.
Pagi td gi toilet nak 'chin ching'.tiba2....ada tanda..sgt2 frust coz belum ada rezki lagi utk Aisy dapat adik...agak sedih.capat2 call hubby nak ckp pasal bnd ni...siap nangis lagi. tp x derlah tersedu sedukan..just mengalir saje. team aku sume nmpak.malu gak sbnrnyer.tp nk wat camner.x leh nk thn dah. hubby bg support. x per belom rezki lagi. nk kena gi honeymoon kot baru jadi.....maybe. or maybe aku stress. just fikir positive.mungkin ada hikmah disebaliknya. mungkin klu aku pregnant,mesti susah nk berjalan kat Hatyai kan. dh lah naik bas plak tu. Mungkin Allah bg aku peluang holiday dulu kot..mana tau kan. itu semua ketentuan Dia. okey..stop citer sedih.

Pas aku dh wat drama kat work station aku nih, tiba2 dpt email dari RS Indonesia.
Fuuhh...pandai betul MR DAVID ni amik hati aku. mcm tau jer aku tgh sedih. Terima kasih for the compliments. sbnrnya aku selalu dgr pasal mr david ni. ramai yg x selesa dgn dia. biasalah bos kan. aku mmg x pernah jumpa dia. cakap pun x pernah. tp bila aku baca email dia, aku rasa bangga sbb ader org yg menghargai designer. tidak semua org marketing yg tau ucap terima kasih dan bagi complimnt pada designer bila sesuatu project tu berjaya. rasa sejuk jer bila baca email tu. dan yg pastinya email tu juga cc. kepada beberapa org penting di RS ini juga.
Email tu aku forward kat bos aku plak. dia juga perlu tau. sbb aku staff dia. dia juga beri compliment kpd aku. thanks kak siti.

effort aku berbaloi bila design aku wat dihargai. design tu sepatutnya sumbit 3 hb tp marketing side nk aku siapkan semalam, khamis. kerja yg sepatutnya wat 4-5 hari , aku hanya wat dlm masa 2 hari sahaja utk 5 item. setiap hari sampai rumah kul 7.30pm... mmg agak stress tuk siapkan design tu. agak complicated sebab melibatkan ciri2 tradisional Indonesia. akhirnya aku dpt siapkan jugak walaupun terlajak 2 jam. kena submit kul 3 tp aku send kul 5 lebih..thanks juga kpd kak siti coz dia juga ada bg idea n guide aku dlm menyiapkan design tu.

frm david sila click utk lebih jelas


frm my boss sila click utk lebih jelas

syukur, walaupun belum rezki tp alhamdulillah kerana dihargai.

Wednesday, April 27, 2011

Akaun 2 - KWSP

Seminggu yg lepas aku n hubby ke KWSP atas urusan pengeluaran duit dlm akaun 2. Dlm ms 15 minit shj urusan sudah selesai. X sempat nk duduk nombor dh dipanggil. Alhamdulillah, 6 hari selepas tu sudah masuk dalam akaun. TERIMA KASIH KWSP (cawangan Danau Kota)kerana pantas & efisyen . barulah org x komplen kan.

Tapi duit tu WAJIB digunakan dgn bijak. Lupuskan separuh hutang yg berbunga2 tu dan start menabung. Yg baki tu akan disimpan tuk renovation dan masa rumah siap nti. Harap2 lepas ni x derlah sesak sgt nk byr duit rumah. Now dh boleh beli sikit2 barang rumah macam sudu garfu, senduk, kuali, Carpet, lesung batu & yg lain2 lah…mmg rumah lg 2 thn siap tp bnd2 remeh tu lah yg kita kena beli dulu supaya tidah melecehkan kita di kemudian hari. Beli yg kecik2 shj. Yg besar2 bila rumah dh nk siap br boleh beli..

Tuesday, April 26, 2011

Mommy….nak ek plane..

Setiap hari Isnin, jam 9.30 malam aku n Aisy akn duduk dpn tv tgk citer fav kitorang AWAN DANIA. Aisy sgt obses dgn Scha Alyahya n Jehan Miskin. Asal nmpk Scha jer mesti cakap “nia…nia….....Nak jadikan citer, Aisy telah minta sesuatu dr aku. Sgt lembut cara dia cakap ngn aku tu..Mommy….nak ek plane.Mommy….nak ek plane..

sian nyer ank aku ni.nk sgt naik flight. aku tanyer husband, nk ker? Dia kata ok. Tp x der jauh2 n x der shopping2. Ader 2 tmpt jer boleh pergi. Either Penang or Singapore…Lagi pun aku belum guna lagi subsidi yg company bg tuk Holiday.

Pagi td jenguk jap kat Air Asia. Tiket ke Singapore more more more cheaper than Penang.
Huh..better gi Singapore. Beza dua tmpt ni around rm 200. Klu kat Singapore, boleh stay kat umah makcik hubby. X yah nk dok hotel. Jimat jimat jimat.

Aisy…insyallah Mommy tunaikan yer.

Thursday, April 21, 2011

Company Trip >>>>>Hatyai

Huhuhu…sudah lama rasanya tidak mengupdate blog. Minggu depan, 29hb April aku akan ke Hatyai dgn staff2 Royal Selangor. Sepanjang 5 thn ni barulah aku dpt rasa company trip wat kat luar Malaysia.Kitorang ke sana akan menaiki bus ok..ko bayangkang lah naik bas gi Langkawi tahun lepas tu pun dh lenguh2 badan nikan plak nk ke Hatyai..hadoiiii..x per.think positive.
Its FREE ok. Ko kuar duit belanja shopping n makan jer kat sana.
Gi sana nk enjoy, release tension, makan angin.

Tapi ader jugak stgh org tu x berapa setuju n complaint pasal tmpt tu. ‘Hatyai? Ader paer kat situ. X best langsung! Gi lah tmpt lain…haiii…napelah banyak sgt complaint kan? Company dh bg free pun rungut x bagi pun rungut. Mcm aku ckp td, think positive. Gi sana nk hiburkan hati. Untung2 dorang x wat kat Melaka ke Kelantan ker…yg tu ko bleh rungut. ..biasalah manusia. Yg macam aku ni, excited sgt nk ke sana sbb x prnh jejeak negara org..kalau korang nk tau, aku adalah slah sorang rakyat Malaysia yang baru wat passport utk ke Luar Malaysia..umur aku nk masuk 28 tau..sian kan.hahhaha. kwn2 aku yg lain dh berbuku2 passport dah..rs suka giler 1st time wat passport..heheheh.x perlah naik bas pun naik bas lah….klu ader saper yg pernah gi Hatyai, boleh lah share n bg info kat aku nih..kat mana nk shopping, kat mana nk massage n kat mana tempat paling besh nak makan…..Daaaaa……

Friday, April 8, 2011

Jom Masak : Roti Bakar Sosej Cheezy

Jom masak bersama Mommy Rien....

okey, semalam aku wat kan Aisynyer dinner Roti Bakar Sosej Cheezy ..bukan main panjang nm masakannya. disebabkan Aisy ni payah nak makan nasi, aku kena cretive sikitlahlah..kena reka2 sendiri tuk bg dia makan. dia suka mkn sosej. klu rebus or goreng je cam boring lah plak kan..so, jom tengok hasilnya...

Bahan-bahan:

Roti Gardenia (sukati koranglah nk guna roti aper. yg aku tau roti gardenia paling sedap.x tercekik makan.

cheese ( x kisahlah brand aper kan. aku guna cheesedale jer.janji cheese)

sosej (yg ni pun x kisah brand aper janji halal.)

tu jer bhn dia..


tepekkan cheese atas roti , pastu susun sosej yg dipotong nipis2 dan bulat2. ltk lg 1 keping roti atasnya..macam sandwich lah kan..kendian, apa lagi 'kita bakor, kita bakor'..dlm oven ke ape ker.sukati koranglah janji dpt toast kan dia.bila dh golden2 gitu, cheese pun dh meleleh kuar dr roti tu, maknanya dh boleh kuarkan lah tu..pastu ape lg ...kita ngapp lah ..hehe..tp hati2 nti melecur lidah tu terkena cheese yg panas tu..

dah siap dah...


nmpak x cheese yg kuar meleleh tu..uiii...sedapnyer...

yg ni aku tmbah mayonis..biar ader rasa manis2 & lemak ..tp tuk aku jer.
klu boleh u all tekan2 roti tu biar nipis..nti pas bakor dia rangup2 gitu..

selamat mencuba.. dun worry, makanan ni sgt berkhasiat..x der minyak langsung..!