Sunday, August 28, 2011

'Jari | Tengah'-Biadab!

Tengahari td aku keluar dgn Aisy & adik aku. Nak gi beli beberapa brg rumah sikit. Jalan sesak. Org ramai keluar. Nk jadiakan cerita side mirror kereta aku kena langgar dgn kereta myvi BKN ???? . Nasib baik aku lupe nk ingt nombor blkng tu. Jalan tu 2 lane nk masul 1 lane. Sape org meru dan guna jalan tu setiap hari serta org yg penyabar dan bertolak ansur amat faham bila salah sorang kena beralah untuk bg sape yg jalan dulu. Gilir gilir. Walaupun mmg klu ikut rules sblh kiri kena bg priority kepada yg kanan dulu jalan. Dlm kes aku ni, aku berada sblh kiri dan lg depan dr kereta dia. Dan sepatutnya dia beralah lah bg aku jln dulu. Ini tidak. Dia dgn rasa egonya, terus jln ke depan dan side mirror berlanggar! Mmg x penyabar langsung mamat tu. Keadaan jalan masa tu sesak. Kalau kau kedekut sgt nk bg aku jln pun, ko takkan kemana sbb jalan jam kat dpn tu. Mmg aku gerram dgn mamat tu. Angkat tangan pun x .. Klu dia angkat tangan tanda sorry, aku x kan mencarut di bulan puasa ni.

Lepas dia dh puas hati langgar side mirror dan kereta dia berada depan kereta aku, bukan main slow plak dia drive kan. Ooohhh... Mmg aku hangin satu badan! Dh lah langgar side mirror aku, pastu bwk slow plak... Aku ingtkan ko x kasi aku jalan sbb ko dh lambat ker ko nak terberak ker or ko nk tunjuk lagak poyo kat bini/ girlfrend ko yg macam hana tajima tuh!

Bila dia slow aku konon nak potong lah kereta dia. Kemudian dia ke kiri sikit.. Oh aku fikir dia nk kasi aku jln lah kan. Bila aku potong dia, tiba2 dia hon sepanjang2 nya dan sekuat2 nya. Lepastu dia start cucuk blkng kereta aku. Aku x tau apa yg dia hangin sgt.. Lepas tu dia start himpit kereta aku dr sblah kanan. Konon2 nk takut n gertak aku. Lagi sekali nak tunjuk lagak ngan bini/girlfrend dia yg macam hana tajima tu! Bila dia himpit aku terpaksa slowkan kereta sbb aku nk ke sblh kanan. Klu aku ke kiri dk pergi jalan lain. Lepas dia rasa yg dia dah menang dan rasa bangga membuli seorang perempuan, isteri org, mak orang yg x bersalah membawa anak perempuan dan adik perempuannya dlm kereta, dia pun terus laju ke depan. Dan tiba2 mamat tu angkat tangan dan tunjuk 'jari tengah' dia !

BIADAB!

Wahai pemandu kereta Myvi BKN ???? Color silver, bwk2 lah bersabar di jalan raya. Lg2 bulan puasa. Ko tu melayu & islam. Ko rasa puas dan bangga kan bila tunjuk jari tengah ko tu yg aku x perasanlah panjang ke pendek ke lebar ke runcing ker kan kat aku. Ko x rasa malu ke wat mcm tu dpn bini/girlfrend ko yg macam hana tajima tu? Klu aku lah perempuan tu , seumur hidup aku malu berlaki kan ko yg langsung x hormat wanita yg sekaum dan sejenis ngn bini/girlfrend ko yg macam hana tajima tu...itu yg aku nmpk. Lum lagi dgr ko mencarut dlm kereta. Aku rasa mulut ngn tangan ko tu mesti sama naik gak tu..Bawak2 lah berubah yer. Sib baik ko x der anak lagi. Klu x...kesian anak kecil itu......

Moral of the story, banyakkan bersabar di jalan raya, x rugi pun kasi org jalan dulu. Bukannya dapat hadiah pun. Klu kita berada di situasi tersebut, isteri or girlfrend yg duduk sblh kena cool kan pasangan anda. Jangan plak ko bg semangat kat dia suh jadi pembuli jalanraya...








Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 26, 2011

Doaku Untukmu Sayang







Doaku Untukmu Sayang
(Wali Band)


Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Reff :
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia



(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)





really love this song..

Aisy sayang ......
Bila Aisy dah besar, dah pandai baca blog Mommy,
Mommy nak Aisy tau yang Mommy sayang Aisy sampai syurga..
Lagu ni Mommy dedicate untuk Aisy. I love you...





Tuesday, August 23, 2011

28th!

28! ye aku skrng sudah hampir ke 30..tp alhamdulillah masih diberi ruang untuk bernafas di bumi Allah ini. syukur juga masih dipanjangkan umur untuk hdup bersama org-org yg aku sayang.
ulangtahun kali ni mcm x der rasa apa. date 23 ogos pun aku mcm x ambil kisah. x pikir pun hari apa tarikh tu. x ada mintak yg bukan-bukan a.k.a mengada-ngada kat hubby. yang aku tau till today aku dan suami dilimpahi dgn rezki yg banyak dan kesihatan yg bagus sekali. syukur. semakin hari semakin dipermudah kan urusan kami. berbanding dgn tahun lepas .....

oops

x mo ungkit cerita2 lama yg x menggembirakan langung. anggap shj mcm angin lalu.

semalam hubby kerja petang. dia balik selalunya pukul 12 lebih baru sampai rumah. tp semalam before 12 dia dh sampai. masuk2 bilik jer x der apa yg surprise dr hubby. ok ok ..nk terkejut terkejut apa lagi kan? dh tua...lepas hubby mandi terus dia angkat aisy suruh teman dia makan. aku pun bolehlah start beradu kan? baru jer lelap dgr " ten ten teng ......" suara 2 makhluk bunciitss yg paling aku sayang bawak cake masuk bilik..huhuuuu suka..

tp x rasa macam birthday sbb cake tu x ada lilin ..cake tu pun hubby bwk dr kedai dia..hahah. oklah kan..yg penting dia ada effort nk wat sumthing tepat jam 12 malam tu ..birthday present dh dpt awal2 dah..tu pun aku yg 'pau' hubby. ahhaha. dia mmg x reti nk beli hadiah aku. takut salah . dh lah salah kena marah plak tu.. paling selamat aku mintak sendiri apa yg aku nak. setiap tahun aku akan bertukar purse. bukan saje saje tukar ek. mmg cukup setahun jer dia dh koyak -koyak. mmg dh lama cakap ngn hubby pun nk purse. dia pun ok.

dari Vincci ke Liz Claiborn ke GUESS balik ke Vincci and for this year aku mintak Charles & Keith. price ok. sama jer harga cam kat Vincci. below 100. murah kan? . masa gi cari purse tu kat The Curve ternampak plak handbag2 C&K ni mmg super lawa2...aduiiii..tergoda iman aku di bulan puasa ni. disebabkan harga dia nak cecah 2 rat. so lupakan dulu yer..tp bukan tuk selama-lamanya hahahaa..tunggu aku yer. tp pelik napa C&K x der sale ek? aku rasa byk kedai tgh wat sale..

Thanks tu kawan2 yg wish kat FB...wah masa ni lah inbox ko berderup-derup email masuk. sumer wish birthday. kat opis ni jer x havoc mcm FB aku.. 2 3 org jer tau. moga korang juga dilimpahi dgn rezeki yg banyak dan berduyun-duyun.

To my boss, semalam lg dia dh kasi present. mmg advance...thanks Kak Siti.

Wish untuk diri sendiri ;

  • dipermudahkan segala urusan
  • semoga sihat tubuh badan, dijauhkan sebarang penyakit
  • dilimpahi rezeki yg banyak
  • berharap untuk pregnant lagi
  • hidup bahagia dan dilimpahi kasih sayang dari org yg aku sayang.
Aminnnn.....




hadiah dr hubby


hadiah dr boss


aisy to mommy


mommy to aisy

papa to mommy

Saturday, August 20, 2011

Hormone Imbalance

Pertama kalinya aku dapat abnormal period. Mungkin ada orang anggap situasi macam ni normal. Bila kena aku agak panic jugak sebab bulan puasa kan. Asyik pikir sah ke x puasa aku ni? Macam mana dgn solat? Diterima ker? Actually period aku dah lebih 15 hari. Dalam Islam kalau lebih 15 hari bermakna dh dikira darah penyakit dan wajib mandi dan boleh sembahyang.
First time jumpa doct dia ade gak usik2 tekan2 bawah perut. Tapi tak ada rasa sakit pun.
Lepas tu doct just kasi ubat Noculate ( klu x salah). Ubat hormon yg paling mild. Aku x mkn ubat tu pun.

Aku try gi panel lain . Nak tau apa plak dia kata dan ubat apa dia bagi plak .Kali ni memang rasa macam nak lempang jer doct tu . Sib baik puasa. Masuk bilik jumpa doct., macam biasalah soalan lazim bila datang jumpa doct kan. Dengan rasa poyonya dia tanya sambil menenyeh2 touchscreen lappy dia tu. Pandang, usik, check aku langsung tak ada.! Last2 dia panggil assistant dia yang pakai hotpants dan bby tee tu suh aku wat urine test. The result -ve.
" tgk result you tak pregnant yer. X per , i bagi you multivitamin." bila kena bayar amik kau 45 ringgit! X berbaloi langsung! Panel2 tempat aku kerja memang x cover masalah2 wanita ni.Mmg aku takkan datang lagi klinik ko ni. Rasanya doct laki lagi memahami dan concern pasal problem aku. Aku dah malas nak pikir lain, terus je makan ubat Noculate tu.tawakal jerlah. Harap2 darah tu stop.
2 hari makan darah tu dh x ada. Dgn confident nya aku x smbung mkn ubat tu.Lepas 3 hari dia keluar balik! Kali ni lg banyak dari sebelumnya dan more darker.

Panic!

Try to control myself, makan ubat tu balik. 2 hari makan x reduce pun darah tu. Jumpa doct balik dan dia suruh aku gi wat ultrasound. Sib baik boleh claim. X yah gi melangut kat gov clinic or hospital. Lunch hour terus kuar gi check up kat Hospital Bersalin Razif. Tmpt aku bersalin dulu.

Sampai sana jumpa Doct Puan Norida. Dia scan perut dan kawasan2 yg sepatutnyalah. Lucky x der pape yg pelik dan merisaukan. Unlucky aku x pregnant! Lum rezki lagi. Then doct nk check kat bawah plak!
Oh tidaaaakkkkkk!!!!!!! Bnd yg aku paling ngeri jadi jugak. Seluk2 bawah ni mmg menakutkan. Dulu masa peknen x berpeluang rasa. Kali ni amik kau.! Mmg menyakitkan okey. Doct kata still ade blood lagi dlm tu. Banyak.

Doct kata darah yg kuar tu bukan darah period. Tp Hormone Imbalance X serius pun. Tp doct advice suh wat pap smear. Just makan ubat. Tp klu dlm ms 2 mgu kuar lagi kena wat checkup lg...harap2 blood tu akan stop. Risau aku.

Skarng ubat dah habis. Rasa mcm dh kurang blood tu. Hopefully dh elok sepenuhnya lah...



Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Dato Mohd Sidin,Klang,Malaysia

Friday, August 12, 2011

"Abang,tunggu mak di syurga ya"

Pagi ni dpt emel dr member office. aku hanya copy n paste untuk entry kali ini...

..Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya."Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

********************************************************

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.Mak kecewa!

Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu."Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital."Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang."Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap."Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang."Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis."Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum."Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah

Tuesday, August 9, 2011

Period dtg balik?

Hi ladies, nak tanya u all ni. Aku skrng ada problem pasal period yg dtg balik. Start period 26 july & habis clean on 1ogos. Tp start 5 ogos ader spotting brown color. Petang jer mst 'dia' kluar. Smlm kira plg bnyk dr 2 3 hr sblm tu. Yg tu kira period jugak ker? Confuse lah. Lg2 bulan puasa ni. Sah ke x puasa? Jumpe doct (bkn specialist) dia advise suh pergi wat ultrasound n dia bg ubt utk stop kan darah tu. Ermmmm...elok ker stop kan drh kotor tu kuar dr bdn kita?
Ragu2 jugak ni. Korang pernah ade experience x problem mcm ni?. Klu smpi this week still lg ade spotting... Kena gi wat ultrasound jugak. Need ur opinion ..

Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Batu,Kuala Lumpur,Malaysia