Friday, November 18, 2011

Jom Masak - Apam shedap



Haloo..Kali ni percubaan kali ketiga wat apam shedap ni. Aisy punya favorite. this time 90% puas hati. color cantik dah, rasa sangat moist dan lg sedap dari yang dulu tp x berapa jadi tang kembang tu. macam kerang dah. menganga jadinya. ada yg x kembang pun ada. cam ne nak wat ek bg kasi dia sama jer rupa dia. masa kali kedua wat apam ni , terlalu sangat ikut resepi. nah ambik kau..langsung x jadi. bila main ikut suka aku jer jadi pulak kan. so pas ni wat kuih ikut kata hati yer. heheheh..boleh pakai ker?


















Monday, November 14, 2011

Lagi 4 bulan.

Hahahah..sape2 Mommy yg selalu excited dari anak nya anda tidak pelik ok. sebab aku pun macam tu gak.
lagi 4 bulan birthday Aisy yang ke 3 tahun. wahhh anak dara aku semakin membesar dengan sihat dan cantiknya..Alhamdulillah. tinggal belum jadi kakak je lagi. semalam tanya hubby, birthday Aisy nanti nak celebrate macam mana ek?nak wat party lagi ker? sembang sembang sembang....we all decide nak gi HOLIDAY! yeay!!!!!!!!!!!!!!!!!! tempat 2 yang kitorang belum finalize lagi



Dalam kepala otak aku pikir nk ke sini. dari dulu lagi kitorang nak rasa dok hotel ni & tgk live band. agak pricey jugak kat sini. dekat tapi mahal.
Sang suami plak teringin nak ke Langkawi. Aku x berapa sangat sebab dah pergi last year.

haaaa yang ni kami berdua setuju. tix air asia nak ke sana pun murah. hotel pun free. heeee.....

Actually holiday ni pun nak celebrate double event . Birthday Aisy & Anniversary kami yg ke -4 ...weeee hampir 4 thn kami dah bersama secara halal...Alhamdulillah. ok now nak kena kumpul duit. hopefully adelah duit bonus yer...


this little girl nak celebrate umur da yg ke 3

kami nak celebrate annyversary yang ke -4

Wednesday, November 9, 2011

Belum lagi.

Bulan ni 'dia' datang lagi walaupun aku x mengharap langsung. mmg aku tak nak. tapi nak buat macam mana. memang belum rezeki kami. Tak tau mana silap. Mungkin sebab stress? atau hari2 travel dari klang ke kl.? sistem dalam badan x kuat?
lagi beberapa minggu jer tahun 2011 nak habis...'cita-cita' untuk tahun ni belum kesampaian lagi. mungkin bukan rezeki tahun  ni. mungkin tahun 2012. harap2 macam tulah..kesian kan Aisy. dia perlukan kawan.......  

Wednesday, October 26, 2011

Jom Masak! Kek Maltesers.

Aktiviti memasak bersama suami amat menyeronokkan. Semalam aku dan husband try buat Kek Maltesers. Ni semua gara gara kak ita punya resepi. Tengok kat blog kak ita semuanya super lazat ! Dlm masa 2 jam siap kek kami. Yang buat kek bertambah sedap ialah coklat maltesers. First time kitorang makan maltesers. X pernah tau pun. 1 paket harga dia rm 8. Untuk resepi ni aku guna 2 paket. 1 untuk kek dan 1 untuk hiasan . Kalau u all nak buat, gi tgk kat blog 'masam manis' kak ita. Pls review previous entry ya! Jom tengok gambar. Cekedout.....













Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 20, 2011

I LikE ! - 3

I LikE ! - 3  kali ni pasal aku suka sangat tgk blog akak ita sorang ni. ade jer mende yang dia masak.kuih lah kek lah cookies lah.haiiiii...cantik2 plak tu. mmg aku jatuh cinta lah ngan air tangan kak ita ni. tgk jer pun dah kenyang dah tau sedap. kuih yg kat pasar jual 5 2ringgit tu aku cuma tengok jerrr. sama jer rupanya. tp bila kak ita ni wat kuih yang sama tp rupanya anggun sikit aku rasa macam nak makan lapanplohlapan bijik pun boleh. you all pun boleh cuci2 mata pastu cuci2 mulut tgk blog akak ita ni kat  http://fromintankitchen.blogspot.com/   .

kalau korang x jatuh cinta tak taulah...

Tuesday, October 4, 2011

Kalaulah boleh jadi Full Time Housewife.

Rasanya dah lama x bercerita panjang dalam blog ni. Sebenarnya dalam otak ni macam-macam fikir. Semuanya untuk masa depan. Pagi tadi jumpa satu blog pasal dia buat bisnes semua dari rumah. Dari bisnes jual baju kids, fotografi untuk kids , masak memasak & macam macam lagi lah. Tahniah untuk wanita itu. Sebab dia mempunyai semangat yang kuat dan sentiasa memajukan diri dia walau hanya bekerja dari rumah. Dialah boss dialah kuli dialah ibu dialah isteri dialah driver pada anak-anaknya dialah chef kepada keluarganya dan dialah orang gaji di rumahnya. Yang pasti dia bukan pekerja dan kuli pada company yang suka ambil kesempatan pada kelebihan yang dia ada dan dia bukan makan gaji di company yang hanya naik 5% setahun. Duit gaji hasil usaha dia bekerja dari rumah, bersih sebersihnya dia dapat. X de potong sana potong sini, hutang sana hutang sini. Masa untuk keluarga juga tiada batasan. Walaupun dia membuat semua tapi dia puas. Puas sebab nasi yang disuapkan ke mulut anak-anaknya adalah hasil dari air tangannya sendiri. Bukan baby sitter bukan juga bibik! Alangkah indahnya kalau isteri Zainuridza ni juga boleh buat macam tu. Macam SUPERMAK!

Mak aku selalu kata jangan berhenti kerja , jangan berhenti kerja. Nanti jadi macam mak. X der duit bila dah tua. Pada mulanya memang aku rasa aku takkan berhenti kerja . masa sebelum kahwinlah…tapi bila dah ada anak ni rasa terbalik pulak. Rasa nak berhenti kerja tu menjadi-jadi.
Best friend & suami aku jer yang tau betapa teringinnya aku nak mengandung lagi. nak ada baby lagi. tapi Allah belum beri rezeki lagi. tak apa sabar dulu….tapi bila fikir fikir balik nanti bila ada anak yang kedua, siapa nak jaga anak aku ek? Takkan nak kasi mak jaga jugak. Jaga Aisy pun dah pening apa lagi tambah lagi satu. Confirm berganda pening dia. Lagi terbataslah mak nak ke madrasahlah, kelas mengajilah, marhaban lah..mesti dia kena cuti setahun. Takkan nak tinggal kan dua dua kat umah. Atuknya nye jaga.? Alamat anak aku sorang melalak nak susu sorang melalak nak suh dicebok poopoo…

Bukan aku tak percaya pada baby sitter tapi tak berapa yakin jer. Eh, macam sama jer kan maksudnya?? Kalau dari zaman Aisy dulu aku hantar ke taska or baby sitter mungkin fizikal & mental aku dah kental nak hantar anak kat orang. Nak hire maid, mampu ke aku ni? tp kalau nk diikutkan sama jer. Hantar 2 budak kat baby sitter dah sama harga ngan hire sorang maid. Rumah aku belum siap lagi . kalau ambik maid mana pulak lah maid tu nak tido kan? Mana ada bilik extra kat rumah tu..

Cuba korang bayangkan ek…contohnya kalau gaji 3 ribu , tolak EPF dah jadi 2700. Lebih kuranglah..iyer EPF tu berguna bila kita dah tua kan. 2700 tolak ngan duit kereta & hutang kredit kad ke PTPTN ke , insuran anak gedebak gedebuk dah jadi 1700. Kalau kau guna kereta Malaysialah kan…
1700 tolak ngan tol & minyak & parking yang kerja hujung dunia macam aku ni dah jadi 1100. 1100 tolak lagi ngan kewajipan sebagai anak yang ingat kat mak bapak dia , dah jadi 800. 800 tolak lagi duit rumah 500 dah tinggal berapa dah? kita hanya dapat rasa saki baki sen sen jer. Itu pun kalau ada lah kan. Tiba2 plak bulan tu compact powder dah habis lah, mascara dah kering kontang, eyeliner dh tumpul , lipstick dah patah, nk guna kena calit pakai jari, blusher dah pecah…alamatnya ke ofis dengan muka kusam macam orang x makan seminggulah rupanya nanti. nasib baiklah company kedekut ni still lagi ada clinic panel . tak yah kuar duit. Tapi kalau kau sakit tunggu ko merangkak masuk jumpa doctor baru dia nak kasi MC. Kalau x jangan haraplah. Kalau setakat demam bukan tahap dewa baik tak payah jumpa doctor tu. Buang masa jer. Pergi jer kat kaunter tu mintak ubat pastu masuk ofis duk kat work station , wat kerja sambil menahan kesejukan tahap gaban dek aircond yg melampau kuatnya.

Terima kasih kat suami walaupun gaji dia lebih banyak sikit dari aku tapi dia still gagahkan jugak duit dia untuk support duit minyak kereta pergi kerja aku. Nak tak nak rumah nak kena beli. Walaupun lepas kira kira duit gaji tinggal paras mata jer ni. orang kata, tak apa..rumah tu harta. Adalah rezeki tu nanti. walaupun rumah aku jauh dari bandar, tapi syukur sebab aku dah ada rumah kalau nak dibandingkan dengan orang yang umur dah masuk 30-an baru nak beli rumah . insyallah kawasan rumah aku tu akan naik. Apa yang akan jadi 4-5 tahun lagi kat kawasan tu pun kita tak tau lagi. aku nak duduk sana pun mungkin kurang dari 2 tahun . insyallah. Jauh di sudut hati nak beli rumah kat kawasan bandar , urban, macam kat shah alam…yelah kat sana kan semua dekat facilities semua cukup. Keluar je simpang rumah semua dah ada. Sekolah, bank, dominos, tesco, post office, shopping mall………semua depan mata.

TAPI!

Semua kena ingat , poket seluar kita penuh ke duit berkepuk kepuk ?. Tinggal di kawasan bandar amat tinggi kos nya. Kalau dok jauh , malas sikit nak keluar kan. balik kerja duduk jer rumah diam diam . lagi satu aku pilih kawasan tu dekat sikit dengan rumah mak aku. Senang aku nak jenguk2 ,,hakikatnya senang nak hantar anak bila emergency ..ngeh ngeh ngeh. .

mak aku ada jugak tanya kenapa kau beli rumah kat situ? Kan jauh dari tempat kerja? Dah lah jauh nak masuk dalam tu .
Jawapan aku , situ jer murah mak. kat belah belah sana harga rumah 400k , mana ada duit nak bayar 2000 tiap2 bulan. Yang ni sebulan 1000 pun dah meleleh air liur nak bayar. Kalau harga rumah makin turun boleh jugak tunggu2 rumah lain yang baru nak naik tu. Dahlah laki bini kerja private . tak ada keistimewaan yang lebih pun kalau beli rumah. Lainlah gomen. nak beli rumah apartment aku dgn suami tak berkenan. Kereta tak ada depan mata, gayat, takut naik lif lama lama sorang sorang., macam2 lagilah..

Tapi dalam hati jawapan aku sebenarnya, nak lebih dekat dengan family … nak berhenti kerja, nak jadi full time housewife.

Thursday, September 29, 2011

Jom masak : Apam belang

Hari ni mc. Demam x baik2 . Biasalah bila kat rumah, ade jer mende yg nak dibuatkan... Teringat plak resepi apam belang kak azlita yg sgt cantik tu terus keluarkan barang2 & start baking. So far jadi jugak. Tp x berapa puas hati dgn color belang2 tu. Pink dia kalau 1 gelap sikit mst cantik. X pe pasni boleh cuba lg..









So pink..lovely•_•






Dah siap...cuba tgk bhg tepi tu. Nice kan the color kan? Heeee







Ehemmmm....




















Dh boleh makan...














Posted using BlogPress from my iPhone