AinolRiza /enol adik kepada suamiku telah pergi ke rahmatullah pd hr Isnin pagi..Arwah berumur 23thn meninggal dunia akibat kemalangan. Takziah buat keluarga suamiku especially to isteri kepada arwah, INA.. Semoga Ina kuat semangat hadapi apa yg terjadi. Kak Rien dan sepupu perempuan yg lain akan sentiasa menyokong dan beri semangat kpd Ina utk terus hidup dgn kuat.
Kepada arwah, semoga ditempatkan dgn org2 beriman & dicucuri rahmat..Amin.
Al-fatihah.
Keratan akhbar dr Sinar Harian.:
Maut rempuh treler
SIMPANG LIMA – Laluan gelap sekali lagi memerangkap pengguna kali ini mengakibatkan seorang kelindan maut apabila lori tiga tan yang membawa muatan barangan elektrik merempuh belakang sebuah treler dalam satu kemalangan di kilometer 58 Jalan Teluk Intan-Klang, Sungai Nipah di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa, Ainul Riza Md Kassim, 23, bersama pemandu lori dikenali Syed Alias, 24, tersepit di bahagian dada apabila hadapan kenderaan yang dalam perjalanan dari Klang menuju Pulau Pinang itu remuk teruk.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Noor Mushar Mohamad berkata, Ainul yang tersepit dikeluarkan orang awam, namun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam dipercayai akibat kecederaan dalaman.
“Sementara pemandu lori diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Sekinchan yang mengambil masa hampir 20 minit mengeluarkan mangsa yang tersepit. Dia bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan,” katanya.
Pemandu dan kelindan treler yang dalam perjalanan ke Seberang Perak tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dari siasatan awal, Noor Mushar berkata, rempuhan berlaku berikutan kegagalan lori yang dipandu Syed Alias untuk mengelak treler berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba memperlahankan pemanduan.
“Dia yang cuba menukar laluan bagaimanapun tidak sempat mengelak mengakibatkan rempuhan,” katanya.
Seorang saksi memberitahu, keadaan di tempat kejadian gelap dan dia yang ketika itu berada berhampiran lokasi terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat kemalangan berkenaan.