Tuesday, December 27, 2011

Jay Bee <-> Singapura

Halooo...
Bunyi title post macam dah pergi jer kan. Sebenarnya lum lagi . Baru je purchase untuk hotel & coach ke Marina Bay & USS. It is  more cheaper & cheaper dari naik flight ok! Harga tix mmg lah RM14 / RM7 tapi dia punya tax , mak datuk mahal melampau. 3 Adult & 1 Child sampai 1K. Ape ke halnya tix sampai ribu2kan. Pastu currency kat sana berganda2 dari duit kita. Rasa sangat membazir. Last2 cari jalan lain, thanks Wana sebab bagi idea bernas ni kat Rien...which is stay in Tune Hotel , JB pastu nak ke Singapore naik coach saje. lagi senang kan. lagi jimat. you all boleh tengok my invoice for 4days 3night. Sangat berbaloi kan??? hotel pun tak sampai RM200 untuk 4 hari tu. Kiranya dapat holiday di 2 tmpat JB & Singapura..Kitorang pun tak pernah sampai sana lagi...Lepas ni nak book tix untuk USS plak.




Saturday, December 24, 2011

Tuesday, December 20, 2011

Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa

Perjalanan ke resort tak ada yang menarik. Hutan, highway, kampung sepanjang jalan. Resort ni on the way nak gi litar sepang. Lokasi resort ni kat Kg Bagan Lalang, Sg Pelek. Ini first time aku datang ke kawasan ni. Dan tak tau plak ada pantai errr ke laut ek kat sini. Bila sampai, dari jauh dah nampak kemewahan dan keindahan resort ni. OMG ok..! Sangat romantik untuk couple2 ( yg dh kawin) nak dating2 kat sini tau... Jom2 tengok gambar....

                                                          http://goldenpalmtree.com/







                                                                  picture creadit to http://www.agoda.com/asia/malaysia/kuala_lumpur/golden_palm_tree_iconic_resort_spa.html












































Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, December 7, 2011

Afamosa Resort.



Hi peeps!…

Hari ni last bos aku cuti so nak update blog pun kena setel kan hari ni. kalau tak tu ada jer kelibat dia keluar masuk bilik dia ke tempat staff2 dia yang sangat kreatif ni, ok ok ..entry ni bukan nak cerita pasal dia ya tapi pasal kami. Lama tak bercerita panjang kat sini.

Last month 28-29hb Nov, kami ke Melaka lagi. Kali ni kami tak ke town tapi ke Afamosa Resort. Rasanya melancong ke Melaka boleh dijadikan percutian wajib setiap tahun. Banyak sangat P.O.I kat sana. X macam dulu lagi..Balik balik keychain kayu tu pastu tulis nama jadi buah tangan. Boring kan! .

28 Nov 2011


Bertolak dari rumah dalam pukul 10.30. sengaja keluar awal sebab nak kena habiskan aktiviti dalam masa singkat ni dengan berkualiti. Check in hotel pukul 12. Lepas tu terus gerak ke Animal World Safari. Kat sini memang penat sebab nak kena kejar dari 1 show ke 1 show. Ada 4 show yang mesti kena tengok Wild Wild West Show, Bird Show, Multiple Animal Show & Elephant Show. Kalau tak rugi woo bayar mahal2. Aisy sangat enjoy, teruja & happy bila kat sana. Aisy selalu anggap animal as her friend. Bila tanya Aisy , Aisy…rabbit tu sapa? ….Aisy kata ,  “friend Aisy lah”. Walaupun semua animal tu kawan dia tapi dia still takut nak dekat2.. yang paling dia rasa x der perasaan takut , rabbit. Memang dia tak heran sebab kat rumah PIL ada 8 kandang. Eh? Kandang ke reban ek? Bantai jerlah..korang paham kan? dah habis tengok show sampai kul 4.30, terus amik kunci and rest dalam bilik. Aisy lagi sekali lagi teruja ok. Teruja sebab dia nampak bath tub! Dia kata nak swim2. X dan nak letak barang , baring2 dia dah ajak swim2 kat bath tub tu. Anak aku ni…over tau. Taulah kat rumah x ada kolam renang ni kat dalam toilet.

*****Comment : Ada segelintir parents yang suka melepaskan anaknya tak tentu hala. Masa show tengah on, budak2 ni sikit2 pergi ke stage. Lama2 dorang memang betul2 kat dalam stage tu. Sebenarnya tak boleh . No entry. Siap ada palang lagi. Tapi selamba badak jer dorang masuk. MC tu dah tak terkawal dah. Mak bapak dorang ni tengok jer dari atas. Langsung  tak hormat keadaan & orang sekeliling. Agak bahaya juga bila dorang terlalu close dgn stage especially dengan animal2 yang tengah wat show tu. Takut animal tu tiba2 terkejut ker nampak budak2 ni jerit2 kat dia terus melompat kat dorang ke or show tu terpaksa dihentikan sebab animal2 tu takut nak keluar dah. ada orang kacau dia. Tiada staff yang jaga masa show tu on.

Lepas Maghrib, siap2 plak ke  Cowboy Town. Kat Cowboy town ni ada show Red Indian & Carnival.
Actually aku dah gi sini 3 tahun lepas. Show dia memang sama. X berubah pun. Aku nak Aisy tengok show tu tapi hampeh. Dia tidur plak sampai 15 minit nak habis show. Hubby jer excited nak nengok sedangkan 2 bulan lepas dia baru jer pergi ngan geng2 Nandos dia.

*****Comment: Kat sini aku agak hanginn sangat.  Ada pelbagai jenis orang, bangsa, negara,  yang datang tengok show ni. sebelum show start masing2 duduk tempat masing kat tempat duduk bertingkat. Tetapi ada yang ja*un & ba*ak sangat sampai membuatkan aku & hubby terjerit2 suruh orang depan duduk. Show tu show bergerak..ala macam kita tengok perbarisan masa hari merdeka kan. so semua orang akan nampak cuma korang kena tunggu sampai dorang jalan tempat korang. Yang orang2 hover excited ni tak penyabar terus kedepan dan dengan muka hover excited dia nak amik video / pict. Berdiri plak tu. Bila sorang wat semua orang pun wat. Tauuuu……. korang sgt teruja tengok show tu. Tapi cuba fikir orang yang kat belakang ni semua tengok bontot korang yang macam2 size tu. Memang stress.  Dorang dengar aku & hubby sound secara terang terangan tapi dorang wat dono jer. Lagi2 bangsa asing yang datang segerombolan , memang menyakitkan hati. Dorang ni macam terlebih / hover / lagi sekali ba*ak. Cuba cool sikit. Orang lain pun nak happy2 gak tapi tak derlah macam korang. Tapi orang kita pun ada gak macam ni. Staff kat situ pun macam tak reti2 kan nak jaga kanak2 ribena yang besar panjang tu kan . 


Perut dah rasa lapar. Aku cakap kat hubby, apa jadik kena makan Asam Pedas jugak. Seminggu sebelum tu aku dah wat survey mana tempat Asam Pedas yang best. Dengan bantuan GPS sampai gak kitorang kat restoran tu. First thing bila tengok restoran tu, confirm jutawan tokey ni. full house ok. Meja sentiasa penuh. Satu group bangun, ganti plak ngan group lain. Meja tu takkan kosong lama. Sekejapan dah ada orang baru duduk. Walaupun fullhouse tapi makanan datang dengan cepat. You all bolehlah try

Asam Pedas Claypot
86, laksamana 5, taman kota laksamana,
Melaka.


Tempat ni kat ngn town. Kalau dari Afamosa, jarak dia macam nak gi KL lah. Jauh gaklah . Tapi takper. Kenyang dan sedap. Kata holiday kan????Bukan selalu dapat makan asam pedas melaka.


29 Nov 2011.

Bangun pagi, breakfast. Tapi tak sedap. Sedap lagi kat Tiara Beach Resort walaupun apartment dia kotor tapi makanan varities.
Lepas check out, kitorang ke Water World. Tempat favourite Aisy. Tempat ni oklah……for Aisy dia sgt teruja sebab banyak “selaid selaid” yang dia boleh naik. Main air plak tu. Lagi lah hoverrrr..

*****Comment : kurang safety guard kat sini. Susah lah nak dengan orang “prrrriiiitt prrriittt” macam kat Sunway Lagoon tu. Prrriiiiiiiiiiiiitttttt sesaje. Nyampah! Lepas 3 jam berendam & selaid selaid, balik lah apa lagi. …Heeeeeeee

Additional comments :


  •  Afamosa ni dah lama. Lebih kurang 10 tahun. Buat yang dah 2 kali datang sini, rasanya dah cukup. Tak mau datang dah. Sebabnya, takde perubahan dari tahun 2008. Masa first time pergi memang seronok. Tak nampaklah cacatnye kan. tapi kali kedua ni segala benda aku nampak. Dorang dah macam tak ada idea nak mencantikkan, memperbaiki, memperbaharui facilities & entertainment yang ada. Benda2 yang dah rosak pun dibiarkan macam tu ajer. Yang dah buruk langsung tak dijaga. Tokey besar dorang tak pernah datang visit ke? Atau yang dia tau everyweek tempat tu sentiasa full walaupun dah agak buruk. Tapi memang betul. Afamosa memang sentiasa full especially orang luar. Maybe tempat salah satu P.O.I kat Melaka.


  • Bab makan plak, memang mahal kat Animal World Safari. Ada satu kedai tu jual Nasi Arab rm30! Tapi rasa hampeh. Nak tak nak kena makan gak sebab dah lapar sangat nih. Kalau ayam yang selalu kita makan kat gerai , sihat & montok tapi ayam yang dia bagi yang dah hampir kecut & skinny. Pastu tah apa2 sayur tah yang dia bagi. Dorang langsung tak jaga bab makan. Apasalahnya, kau dah letak harga rm30 kau wat lah yang elok2 punya. Toksah nipulah kalau harga kau beli ayam tu tak sama harga dengan pakcik Mail yang jual nasi ayam kat gerai kat luar tu. Kalu nak ikutkan 1set nasi arab tu kurang dari RM8 jer kat luar. Berapa banyak dah dorang untung? Tapi, FYI harga tiket masuk ke Animal World Safari & Water World adalah including food & drinks ye. You all boleh pilih nasi lauk kari ayam tawar atau nasi ayam pucat…Air jer sedap, air soya tin. Hahahha.

  • Sape2 yang belum pernah datang sini, you all dialu alukan ..u must try to watch their show. Show2 dorang memang best. Keadaan sekeliling tu korang wat dono jer..just enjoy the show. & u all confirm enjoy. Betul! Bekalan makanan make sure cukup. Wat survey pasal restoran kat area alor gajah. Kat dalam tu tak ade choice nak makan yang heavy2. Kena ke pekan baru jumpe restoran / gerai.


















Sunday, November 27, 2011

Rainbow lalalalala...

Macam dah jadi addict plak kan asyik nak wat apam jer. Bila anak dan encik hubby suka sangat makan apam ni so si isteri pun semangat lah nak membuatnya kan. Sekarang ni seminggu sekali mesti buat. Suka plak wat eksperimen color. Bila dah jadi tu tersangat lah puas hati. Kali ni ada improvment dari yang lepas. I like this color more n more. Rainbow lalalala.....



Aauuuuwww. Santek'


Mmuuaaahhhhh














Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 18, 2011

Jom Masak - Apam shedap



Haloo..Kali ni percubaan kali ketiga wat apam shedap ni. Aisy punya favorite. this time 90% puas hati. color cantik dah, rasa sangat moist dan lg sedap dari yang dulu tp x berapa jadi tang kembang tu. macam kerang dah. menganga jadinya. ada yg x kembang pun ada. cam ne nak wat ek bg kasi dia sama jer rupa dia. masa kali kedua wat apam ni , terlalu sangat ikut resepi. nah ambik kau..langsung x jadi. bila main ikut suka aku jer jadi pulak kan. so pas ni wat kuih ikut kata hati yer. heheheh..boleh pakai ker?


















Monday, November 14, 2011

Lagi 4 bulan.

Hahahah..sape2 Mommy yg selalu excited dari anak nya anda tidak pelik ok. sebab aku pun macam tu gak.
lagi 4 bulan birthday Aisy yang ke 3 tahun. wahhh anak dara aku semakin membesar dengan sihat dan cantiknya..Alhamdulillah. tinggal belum jadi kakak je lagi. semalam tanya hubby, birthday Aisy nanti nak celebrate macam mana ek?nak wat party lagi ker? sembang sembang sembang....we all decide nak gi HOLIDAY! yeay!!!!!!!!!!!!!!!!!! tempat 2 yang kitorang belum finalize lagi



Dalam kepala otak aku pikir nk ke sini. dari dulu lagi kitorang nak rasa dok hotel ni & tgk live band. agak pricey jugak kat sini. dekat tapi mahal.
Sang suami plak teringin nak ke Langkawi. Aku x berapa sangat sebab dah pergi last year.

haaaa yang ni kami berdua setuju. tix air asia nak ke sana pun murah. hotel pun free. heeee.....

Actually holiday ni pun nak celebrate double event . Birthday Aisy & Anniversary kami yg ke -4 ...weeee hampir 4 thn kami dah bersama secara halal...Alhamdulillah. ok now nak kena kumpul duit. hopefully adelah duit bonus yer...


this little girl nak celebrate umur da yg ke 3

kami nak celebrate annyversary yang ke -4

Wednesday, November 9, 2011

Belum lagi.

Bulan ni 'dia' datang lagi walaupun aku x mengharap langsung. mmg aku tak nak. tapi nak buat macam mana. memang belum rezeki kami. Tak tau mana silap. Mungkin sebab stress? atau hari2 travel dari klang ke kl.? sistem dalam badan x kuat?
lagi beberapa minggu jer tahun 2011 nak habis...'cita-cita' untuk tahun ni belum kesampaian lagi. mungkin bukan rezeki tahun  ni. mungkin tahun 2012. harap2 macam tulah..kesian kan Aisy. dia perlukan kawan.......  

Wednesday, October 26, 2011

Jom Masak! Kek Maltesers.

Aktiviti memasak bersama suami amat menyeronokkan. Semalam aku dan husband try buat Kek Maltesers. Ni semua gara gara kak ita punya resepi. Tengok kat blog kak ita semuanya super lazat ! Dlm masa 2 jam siap kek kami. Yang buat kek bertambah sedap ialah coklat maltesers. First time kitorang makan maltesers. X pernah tau pun. 1 paket harga dia rm 8. Untuk resepi ni aku guna 2 paket. 1 untuk kek dan 1 untuk hiasan . Kalau u all nak buat, gi tgk kat blog 'masam manis' kak ita. Pls review previous entry ya! Jom tengok gambar. Cekedout.....













Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 20, 2011

I LikE ! - 3

I LikE ! - 3  kali ni pasal aku suka sangat tgk blog akak ita sorang ni. ade jer mende yang dia masak.kuih lah kek lah cookies lah.haiiiii...cantik2 plak tu. mmg aku jatuh cinta lah ngan air tangan kak ita ni. tgk jer pun dah kenyang dah tau sedap. kuih yg kat pasar jual 5 2ringgit tu aku cuma tengok jerrr. sama jer rupanya. tp bila kak ita ni wat kuih yang sama tp rupanya anggun sikit aku rasa macam nak makan lapanplohlapan bijik pun boleh. you all pun boleh cuci2 mata pastu cuci2 mulut tgk blog akak ita ni kat  http://fromintankitchen.blogspot.com/   .

kalau korang x jatuh cinta tak taulah...

Tuesday, October 4, 2011

Kalaulah boleh jadi Full Time Housewife.

Rasanya dah lama x bercerita panjang dalam blog ni. Sebenarnya dalam otak ni macam-macam fikir. Semuanya untuk masa depan. Pagi tadi jumpa satu blog pasal dia buat bisnes semua dari rumah. Dari bisnes jual baju kids, fotografi untuk kids , masak memasak & macam macam lagi lah. Tahniah untuk wanita itu. Sebab dia mempunyai semangat yang kuat dan sentiasa memajukan diri dia walau hanya bekerja dari rumah. Dialah boss dialah kuli dialah ibu dialah isteri dialah driver pada anak-anaknya dialah chef kepada keluarganya dan dialah orang gaji di rumahnya. Yang pasti dia bukan pekerja dan kuli pada company yang suka ambil kesempatan pada kelebihan yang dia ada dan dia bukan makan gaji di company yang hanya naik 5% setahun. Duit gaji hasil usaha dia bekerja dari rumah, bersih sebersihnya dia dapat. X de potong sana potong sini, hutang sana hutang sini. Masa untuk keluarga juga tiada batasan. Walaupun dia membuat semua tapi dia puas. Puas sebab nasi yang disuapkan ke mulut anak-anaknya adalah hasil dari air tangannya sendiri. Bukan baby sitter bukan juga bibik! Alangkah indahnya kalau isteri Zainuridza ni juga boleh buat macam tu. Macam SUPERMAK!

Mak aku selalu kata jangan berhenti kerja , jangan berhenti kerja. Nanti jadi macam mak. X der duit bila dah tua. Pada mulanya memang aku rasa aku takkan berhenti kerja . masa sebelum kahwinlah…tapi bila dah ada anak ni rasa terbalik pulak. Rasa nak berhenti kerja tu menjadi-jadi.
Best friend & suami aku jer yang tau betapa teringinnya aku nak mengandung lagi. nak ada baby lagi. tapi Allah belum beri rezeki lagi. tak apa sabar dulu….tapi bila fikir fikir balik nanti bila ada anak yang kedua, siapa nak jaga anak aku ek? Takkan nak kasi mak jaga jugak. Jaga Aisy pun dah pening apa lagi tambah lagi satu. Confirm berganda pening dia. Lagi terbataslah mak nak ke madrasahlah, kelas mengajilah, marhaban lah..mesti dia kena cuti setahun. Takkan nak tinggal kan dua dua kat umah. Atuknya nye jaga.? Alamat anak aku sorang melalak nak susu sorang melalak nak suh dicebok poopoo…

Bukan aku tak percaya pada baby sitter tapi tak berapa yakin jer. Eh, macam sama jer kan maksudnya?? Kalau dari zaman Aisy dulu aku hantar ke taska or baby sitter mungkin fizikal & mental aku dah kental nak hantar anak kat orang. Nak hire maid, mampu ke aku ni? tp kalau nk diikutkan sama jer. Hantar 2 budak kat baby sitter dah sama harga ngan hire sorang maid. Rumah aku belum siap lagi . kalau ambik maid mana pulak lah maid tu nak tido kan? Mana ada bilik extra kat rumah tu..

Cuba korang bayangkan ek…contohnya kalau gaji 3 ribu , tolak EPF dah jadi 2700. Lebih kuranglah..iyer EPF tu berguna bila kita dah tua kan. 2700 tolak ngan duit kereta & hutang kredit kad ke PTPTN ke , insuran anak gedebak gedebuk dah jadi 1700. Kalau kau guna kereta Malaysialah kan…
1700 tolak ngan tol & minyak & parking yang kerja hujung dunia macam aku ni dah jadi 1100. 1100 tolak lagi ngan kewajipan sebagai anak yang ingat kat mak bapak dia , dah jadi 800. 800 tolak lagi duit rumah 500 dah tinggal berapa dah? kita hanya dapat rasa saki baki sen sen jer. Itu pun kalau ada lah kan. Tiba2 plak bulan tu compact powder dah habis lah, mascara dah kering kontang, eyeliner dh tumpul , lipstick dah patah, nk guna kena calit pakai jari, blusher dah pecah…alamatnya ke ofis dengan muka kusam macam orang x makan seminggulah rupanya nanti. nasib baiklah company kedekut ni still lagi ada clinic panel . tak yah kuar duit. Tapi kalau kau sakit tunggu ko merangkak masuk jumpa doctor baru dia nak kasi MC. Kalau x jangan haraplah. Kalau setakat demam bukan tahap dewa baik tak payah jumpa doctor tu. Buang masa jer. Pergi jer kat kaunter tu mintak ubat pastu masuk ofis duk kat work station , wat kerja sambil menahan kesejukan tahap gaban dek aircond yg melampau kuatnya.

Terima kasih kat suami walaupun gaji dia lebih banyak sikit dari aku tapi dia still gagahkan jugak duit dia untuk support duit minyak kereta pergi kerja aku. Nak tak nak rumah nak kena beli. Walaupun lepas kira kira duit gaji tinggal paras mata jer ni. orang kata, tak apa..rumah tu harta. Adalah rezeki tu nanti. walaupun rumah aku jauh dari bandar, tapi syukur sebab aku dah ada rumah kalau nak dibandingkan dengan orang yang umur dah masuk 30-an baru nak beli rumah . insyallah kawasan rumah aku tu akan naik. Apa yang akan jadi 4-5 tahun lagi kat kawasan tu pun kita tak tau lagi. aku nak duduk sana pun mungkin kurang dari 2 tahun . insyallah. Jauh di sudut hati nak beli rumah kat kawasan bandar , urban, macam kat shah alam…yelah kat sana kan semua dekat facilities semua cukup. Keluar je simpang rumah semua dah ada. Sekolah, bank, dominos, tesco, post office, shopping mall………semua depan mata.

TAPI!

Semua kena ingat , poket seluar kita penuh ke duit berkepuk kepuk ?. Tinggal di kawasan bandar amat tinggi kos nya. Kalau dok jauh , malas sikit nak keluar kan. balik kerja duduk jer rumah diam diam . lagi satu aku pilih kawasan tu dekat sikit dengan rumah mak aku. Senang aku nak jenguk2 ,,hakikatnya senang nak hantar anak bila emergency ..ngeh ngeh ngeh. .

mak aku ada jugak tanya kenapa kau beli rumah kat situ? Kan jauh dari tempat kerja? Dah lah jauh nak masuk dalam tu .
Jawapan aku , situ jer murah mak. kat belah belah sana harga rumah 400k , mana ada duit nak bayar 2000 tiap2 bulan. Yang ni sebulan 1000 pun dah meleleh air liur nak bayar. Kalau harga rumah makin turun boleh jugak tunggu2 rumah lain yang baru nak naik tu. Dahlah laki bini kerja private . tak ada keistimewaan yang lebih pun kalau beli rumah. Lainlah gomen. nak beli rumah apartment aku dgn suami tak berkenan. Kereta tak ada depan mata, gayat, takut naik lif lama lama sorang sorang., macam2 lagilah..

Tapi dalam hati jawapan aku sebenarnya, nak lebih dekat dengan family … nak berhenti kerja, nak jadi full time housewife.

Thursday, September 29, 2011

Jom masak : Apam belang

Hari ni mc. Demam x baik2 . Biasalah bila kat rumah, ade jer mende yg nak dibuatkan... Teringat plak resepi apam belang kak azlita yg sgt cantik tu terus keluarkan barang2 & start baking. So far jadi jugak. Tp x berapa puas hati dgn color belang2 tu. Pink dia kalau 1 gelap sikit mst cantik. X pe pasni boleh cuba lg..









So pink..lovely•_•






Dah siap...cuba tgk bhg tepi tu. Nice kan the color kan? Heeee







Ehemmmm....




















Dh boleh makan...














Posted using BlogPress from my iPhone








Thursday, September 22, 2011

Happy Birthday PAPA! ........Uwan pulang ke rahmatullah.

14 sept lalu ada 2 memori yg x kan dilupakan....tepat jam 00.00 am, aku & aisy celebrate birthday papa.
Happy Birthday sayang.. we luv u more & more. you are the best & wonderful papa forever and ever. 3 hari before birthday hubby aku n aisy bekerjasama menyiapkan kad & frame diy for hubby. aisy tolong kejap jer..pastu dia dh boring terus gi depan tgk t.v.. sabor jerlah aku. last2 bila dah siap.wow!!!!!papa nyer berdey tuyu...sib baik dia tunjuk kekaguman dia tu. klu x mmg kena gigit ngn mommy tau...








 ******************************************************************



14 sept , 18.00 pm. , dlm kereta drive balik kerja. abah call, uwan (mak abah aku) dah meninggal dunia. sampai rumah terus laju2 kemas barang, pack segala yg patut. kena bwk extra sbb x tau berapa malam kena stay kat kuala pilah. malam tu kami sampai dgn selamat. arwah dikebumikan pada esok pagi. uwan 81 tahun,meninggal sbb sakit tua.

"Uwan, walaupun nin jarang jarang jarang sgt balik kampung tgk uwan tp nin selalu ingat kat uwan. syukur, sebelum puasa & raya hari tu kita sempat juga berjumpa . dpt juga peluk & cium uwan..semoga uwan ditempatkan dgn org2 beriman ...Alfatihah..