Wednesday, May 9, 2012

Second GIFT from Allah...Syukur.

 Yeay, Aku dah ada peanut dalam pewot! Alhamdulillah setahun mencuba, finally berisi juga aku. Memang tak sangka sangat sebab macam dah give up. Hari tu period lewat 3 hari kot. Rasa macam tak sedap badan. Belilah pregnancy test yg dah beratus jugak lah perabih duit untuk benda tu. Tiap-tiap bulan beli.. sekali beli 2....But this time worth it! Wahhhh...sangat seronok. Rasa macam nak nangis. Mula-mula test tengok 1 line jer.Pastu pas mandi nak buanglah PT tu . Yerlah...negatif kan so wat per nak simpan. Tiba-tiba masa tengah kemas-kemas tu namapk macam samar-samar line lagi satu. Dah nervous dah masa tu. Macam tak caye jer. Tunggu lama sikit , tengok banyak kali memang sah positif. Tapi macam tak clear sangat. Mungkin still early kot. Next day , try lagi. Sebab tak puas hatikan tak clear. Positif jugak..Senyum :)

A few days lepas tu, gi checkup kat Hospital Bersalin Razif. Maybe orang kata tak payah gi wat checkup dulu sebab too early. Tak yah gi pun tak per. Tapi kitorang ni hover excited. Walaupun anak kedua, tapi kali ni agak susah nak lekat. Masa Aisy dulu senang jer...Banyak faktor yang tak menjadi kot. Mungkin stress, badan lemah, mungkin masa tu bukan waktu subur...dan yang paling penting belum rezeki lagi. Tuhan tu tahu bila masanya yang sesuai untuk diberi rezeki tu pada kita. Mungkin masa ni adalah yang terbaik untuk kami semua. Aisy pun dah besar, rumah baru kami yang cute tu hampir nak siap, dan yang paling tak sangka, pada masa yang sama hubby dapat naik pangkat dari Restaurant Manager ke Business Manager. Alhamdulillah …..mungkin ini rezeki yang Allah nak bagi pada kami untuk 2012 ni. Salah satu impian aku dah tercapai...walaupun tak dapat kerja baru tapi aku akan lahirkan ahli baru pada keluarga kami. Syukur! Mungkin rezeki kerja baru lepas dapat baby ? Insyallah....sangat sangat berharap....


Masa scan doct tak nampak lagi kantung sebab awal lagi. Scan thru vagina pun tak nampak gak (I hate that procedure). So doct suruh datang balik 2 weeks.

Within 2 weeks, ada bleeding. Not fresh blood. Just brownish color. But it still blood. Benda tu buat aku agak stress. Setiap hari google pasal bleeding during pregnancy. Ada yang kata rahim tak kuat, salah satu punca nak gugur. Serius takut wei...hari-hari doa supaya blood tu stop. Tak nak benda lain jadi. Sebab nak dapat pun payah.

Second checkup after 2 weeks, dah nampak kantung! Wah , lega sangat. Tapi baby tak nampak lagi. Just nampak tail saje. Masa tu baru 6 weeks. Still tak nampak clear. Doct bagi aku ubat kuatkan rahim. 20 biji Rm 60 hengget ok! Kena abiskan ubat tu. Alhamdulillah, setiap hari blood makin kurang . Habis ubat, terus tak keluar dah blood tu. Syukur.

3rd checkup , about 8 weeks dah nampak baby! Syukur.....walaupun aku ada masalah bleeding, tapi baby sihat. Dapat tengok heartbeat dia , dah cukup gembira. Tapi dia tengah tidur. Masa Aisy dulu, berguling-guling dalam kantung! Suka sangat orang tengok dia.


So far, sampai hari ni belum lagi dapat morning sickness yang teruk. Just loya2, cepat penat, wat kerja lama sikit rasa nak pitam. Alahan sama macam Aisy dulu. Tapi macam biasa, memang tak boleh masuk dapur, tengok lauk yang berminyak mesti uwerrkkk! Kat rumah MIL, langsung tak boleh masuk dapur. Lintas pun kena cepat-cepatl tutup hidung. Kalau dapur yang jarang-jarang masak, yes tak de masalah nak lepak kat dapur tu. Hari tu, MIL rebus cili kering, baru jer selangkah masuk terus patah balik sebab tak tahan bau. Dulu before pregnant, pernah gak bau cili kering rebus tu. Ok jer. Bila pregnant jer semua sensitif, semua benda bau busuk.Jangan kata kat rumah MIL, kat food court dalam shopping mall pun ada gak bau busuk tu. Kadang-kadang sampai takut bila dekat dengan kedai makan. Takut terbau benda tu. Memang meloyakan.

Perut memang sentiasa lapar, tengah makan pun lapar...tapi tak semua benda boleh bedal. Kat ofis pun sekarang ni kena upscale sikit. Selalu makan kat kantin, tapi sekarang makan kat cafe jer tak pun keluar gi cari makan. Nak jejak kantin pun tak boleh. Nak muntah! Pagi-pagi tak risau nak cari makan. Boleh beli kat Petronas Hi-way NKVE tu. Kadang- kadang nasi lemak, Mc D, KFC, tapi selalu nya makan nasi lemak. Nasi lemak dia sedap tau. RM1.50 1 bungkus heeee.....Tapi bila nak lunch mesti kalut nak pikir , apa aku nak makan ni...makan sandwich kat cafe dah jemu. Tak sedap mana pun. Kalau macam Subway bernafsu gak makan. Menu of the day pun bukannnya semua sedap. Nak keluar sorang-sorang takut pitam plak. Kadang -kadang ada gak malu ajak akak ofis Kak Zah & Kak Awi kuar makan. Penat dorang nak temankan aku makan kat luar. Tapi nak wat macam-mana memang tak boleh masuk kantin. Masa Aisy dulu, 9 bulan aku bawak bekal. Mak / MIL yang selalu wat kan. Ok jer plak tu. Kalau malasa sangat nak keluar, kirim kat akak ofis tapaukan nasi kat kantin. Pastu makan kat surau.


Pssst psst... aku rasa macam baby boy lah dalam pewot nih..hiiiiii.....tak tau napa ada instinct tu. Tapi jauh dari sudut hati aku nak baby girl lagi. Aisy pun nak adik girl....


Okey kita sambung balik...Sekarang nak masak pun kena ada asistant sebab bila pegang senduk jer nak pitam. Bukan nak mengada tapi memang kenyataan hahaha!. Berdiri jap pastu duduk. Husband lah yg kena sambung masak. Kita duduk bagi arahan jer. Dulu masa Aisy pun cam ni gak. Tapi tetap cuba gagahkan jugak untuk masak. Agak-agak nak pitam tutup api cepat-cepat pastu rest...Lagi satu aku tak boleh bau orang tengah / lepas masak. Kan macam-macam bau bila masakkan. Mesti uwekkkk..bukan mengada yer. Kalau lepas menggoreng , lagilah tak tahan dengan bau minyak tu. Serius! Hari tu hubby baru lepas goreng telur, jalan ke dapur jap terus patah balik nak muntah. Mungkin bukan sebab bau minyak tu saje tapi asap goreng-goreng tu pun salah satu puncanya...Tapi bila ada terasa nak masak tu, tak der plak nak pitam kan. Bila disuruh dandan rasa pitam . Hahahhaaa. Mengada kan? Jangan anak pun mengada sudah.

Tapi aku agak risau pregnancy kali ni sebab macam morning sickness tu tak teruk. Masa Aisy dulu ada jugak pagi-pagi mesti uwerk uwerk. Pas makan keluar balik semua. Tapi this time takde tau. Cuma malam akan rasa penat ya amat, angin-angin....orang kata kalau morning sickness kita kuat maknanya baby sihat. Tapi alhamdulillah masa checkup hari tu, baby ok. Ada juga try google pasal morning sickness ni. Segelintir jer yang nasib baik tak kena alahan teruk masa mengandung. Dan alhamdulillah baby dorang sihat. Tak taulah plak kan aku punya turn maybe hujung-hujung nanti. Yang penting aku makan ubat disiplin, doa dan baca Quran setiap hari. Aku sayang baby pemberian Tuhan ni. Aisy pun excited bila dia tau nak dapat adik. Siap verangan lagi nanti bila rumah kami dah siap nak satu bilik dengan adik. Adik tidur sana, Aisy tidur sini....memang kuat berangan tau anak dara aku tu. Dia nak sangat ada bilik sendiri macam sepupu dia. Nak bilik color pink, nak cadar princess, nak wall lamp tortoise kat Ikea tu. Memang macam mak kau ni Aisy, !!

Bab kerja plak aku dah siap-siap WhatsApp bos aku lagi pasal aku pregnant. Aku cakap kat dia aku tak boleh lasak-lasak, stress, aktif sangat sebab masa tu aku still bleeding. Dia kata ok. Just buat apa yang aku mampu jer. Kalau kerja menimbun kat ofis, aku anggap jer kerja tu lambat lagi nak submit. Tak mo stress-stress.. anggap je semua tu macam angin lalu. Creative Trip ke India pun aku terpaksa cancel sebab bagi priority kat baby ni. Kat India sekarang tengah musim panas. 40 degrees ok! Fuhh..tak tau lah kalau pergi sana macam mana jadi kat aku kan. Kang aku fengsan kang sapa nak angkat? Asyik meng'uwerk' jer kat sana susah gak kan. You know keadaan India kan? Especially air dia tak bersih. Bila tengok schedule dorang, memang aku tak boleh pergi. Tak de rest langsung. Balik hotel untuk tidur sahaja. Tak de relax pun . Relax pun dalam bas. Sebab dari satu tempat ke tempat lain tu ambik masa 5 jam. Tak tahan mak.... mungkin bukan rezeki aku ke sana. Baby dalam perut ni lagi penting.


Minggu ni dah 12 minggu. Aku harap angka 12 tu akan bertambah sehingga lah sampai waktunya...






Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah jagalah anakku selama ada di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang bisa menyembuhkan,
tiada ubat kecuali ubatMu yang tidak akan membawa penyakit
Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan
tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanmu
Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat
Ya Allah jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, punya akal, cerdas,
alim mau mengamalkan ilmunya.
Ya Allah berilah dia umur panjang, badan sihat dan budi pekerti yang baik, dan berilah lisan yang fasih serta berilah suara yang baik guna untuk membaca hadist dan Al qur'an dengan
mendapat berkahnya nabi Muhammad SAW
Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam.

Amin.