Minggu ke 14, morning sickness macam biasa. Tak boleh bau masak-masak. Tak boleh bau / tengok minyak tengah panas atau lepas menggoreng. Tak boleh bau dapur yg selalu masak heavy heavy such as kantin kat office dan dapur MIL (MIL berniaga nasi lemak). Tapi MIL faham keadaan aku. Lagi satu baju kerja hubby. Kalau dia balik kerja tak mo dekat dengan dia. Suruh dia mandi dan campak baju tu kat dalam bakul. Kalau tak memang uweekkk jer lah. Pening pening. As BM, hubby kerja dia visit kedai. So selalu memang baju dia tak de bau. But seminggu ni dia kena jugak masuk kitchen sebab opening kedai baru kat Setia City Mall. Bila kat kitchen tau-tau jerlah kan bau bau tu sebati dengan badan dan baju kita. Sedangkan datang makan pun dah melekat bau asap tu apalagi orang yang berjam jam kat kitchen. Kadang-kadang kalau teringat or terbayang jer bau2 tu, confirm akan loya jugak. Kalau mak masak aku kena berkurung dalam bilik. Walaupun bilik tu panas, aku paksa gak diri ni untuk tidur sampai mak habis masak. Tak tau lah sampai bila kan.
Sekarang ni pulak dok sibuk teringin Kartika Sari. Dah lah jauh nuuunnn di Indonesia sana. Ni gara-gara google pasal Bandung. Padahnya teringin nak makan brownies & pisang bollen. Aduhhh....ada juga post kat FB, mostly pergi lambat lagi. Boleh ke tunggu ni. Kalau sampi end of this month tak dapat jugak, akan ku order thru online. Diri sendiri nak pergi lagi setahun...
Minggu ni kegatalan pada perut sedang hangat melanda yer. Perut yang comel ni dah macam kertas pasir. Kasar! Asyik menggaru jer kerjanya. Lagi-lagi kalau cuaca panas. Lagi hebat mengenyamnya. Masa mula-mula kena pelik jugak kenapa gatal-gatal ek? Bila ingat ingat balik dulu masa peknen kan Aisy pun ada jugak gatal gatal kat perut. Salah satu simptom semasa mengandung. Kena selalu sapu losyen dan bio oil. Harap-harap makin kurang lah kegatalan ni.
Posted using BlogPress from my iPhone