Sunday, September 30, 2012

RM 1850 AJER!!!!!!



HI ALL

NOW OFFER

PREMIUM BEAUTIFUL 



RM 1850 ONLY!!!!!!

LIMIT FOR 3 CUSTOMER!



PM / CALL ME 0123811492.

Tuesday, September 25, 2012

Jauh di sudut hati...........................

Rien seorang perempuan dan juga ibu. Rien tau jauh di sudut hati seorang permpuan tu mesti nak merasa mempunyai tubuh badan yang kurus, solid dan langsing kan? Tak kisah lah dah kahwin ke anak dara ke anak dah sepuluh ker..

" alah.....dah kawin. tak yah nak kurus-kurus. dah beranak mamanglah macam ni badannya. laki akak tak kisah pun. dia pun buncit jugak"

" kurus-kurus pun tak sedap nak pegang...biarrlah berisi takderlah laki boring....."

" dah kahwin ni malaslah nak jaga badan. tak sempat..."

Itu antara ayat-ayat biasa yang kita dengarkan...

Tapi percaya tak, apa dalam hati perempuan tu tak sama apa yang keluar dari mulut? 
Mereka sebanarnya nak sangat badan macam Kareena Kapoor or Rozyta Che Wan .....

Bila Rien suggest and promote Premium Beautiful pada mereka ada juga yang kata,

" tak mampu lah rien. mahal sangat. banyak sangat komitmen...."

" bukan taknak tapi harga dia tu. lagi pun laki akak tak bagi. dia kata membazir je baju dalam harga ribu-ribu...."

Wahai wanita-wanita kat luar sana...... memang kita dengar suami kita kata tak kisah badan macam mana pun, lemak sana sini pun tak per.

Tapi

Pernah terfikir tak yang orang laki ni mustahil dia tak menjeling kalau tengok wanita yang solid molid lintas depan tepi belakang dorang.? mesti punya..

kita yang wanita ni pun kadang-kadang akan menjeling jugak kan kalau ade lelaki kacak macam Aaron Aziz lalu depan kita kan?

Memang itu sekadar iklan saje kan.. dlm hati tu kalau lah isteri aku macamni....kalaulah laki aku hensem macam ni......????

Betul tak????

Kita boleh create pelbagai alasan untuk mengelak dari terjebak dari membeli Premium Beautiful ni sedangkan hakikatnya kita tau yang bermacam-macam benefit yang kita dapat kalau kita pakai PB dan kita memang nakkkk sangat pakai .

Cuba explain dekat husband  WHY u nak pakai PB ni. Lelaki takkan faham sebab dorang tak pakai. Kalau kita cakap " abang, ayang nak beli korset harga dia $$$$. ayang nak kurus..." confirm confirm dia tak kasilah kan. cuba explain PB 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan. tunjuk sekali testimoni yang u pernah tengok.

 Hanya orang yang pernah pakai PB secara konsisten. berdisiplin dan tekad sahaja tau kelebihan PB ni macam mana.. dan yang paling penting jugak niat kita bila pakai PB, bukan untuk diri sendiri tapi untuk suami kita jugak kan... Mesti suami kita banggakan kalau kenalkan kita kat kawan-kawan dia?

Macam Rien, Rien memang kurus tapi  Rien nak pakai jugak Pb ni sebab nak seimbangkan badan rien, nak firm dan yang penting nak jaga kesihatan... 

Kita hanya invest sekali tapi bertahun-tahun dan bermacam-macam kita dapat dengan Premium Beautiful ni.
Ade LIFETIME WARRANTY & SUPERBRANDS. Sangat berbaloi kalau kita milikinya kan...untuk sekarang dan akan datang. 

Apa kata kita buat suami kita pulak jeling kat kita macam nak makan :)....sebab apa? sebab geram. hahhahaaaa....ok , tak mo lebih-lebih. nanti ke lain pulak.  







CONTACT ME
RIANNA ZIN 0123811492
FOR FREE TRIAL & CONSULTATION

Tuesday, September 18, 2012

eeuwww....!!! apa yg keluar tu???- Bio Zone Food Purifier


                                                                                                                                                                                                                                                 
Contact me for details 
mizz_reanna@hotmail.com
or 
rianna.zin@gmail.com

nak cepat lagi 
0123811492

Monday, September 10, 2012

Premium Beautiful Contest. Bling ! Bling!








OOuuuchhh...!!!!!!Sexy tak Swarovski accessories tu? 
Korang boleh dapat FREE tau. 
Join jer contest Premium Beautiful ni. 
Contact me for details key.
Mana tau you one of the winnerkan? 
Vogue de vasss kalau dapat pakai sunglasses Swarovski.
****Bling Bling****







GOOD LUCK!!!

Saturday, September 1, 2012

Promo Merdeka!!!! Free Short Bra!!!!


Untuk bulan Merdeka ni I ada wat promo tau.



BUY 1 SET PREMIUM BEAUTIFUL 



FREE
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
lactolite
pb wash

SHORT BRA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tapi promo ni untuk 3 orang pertama je tau. 
Sape cepat dia dapat. 
Valid until 10 SEPT 2012.

Do it now!

FREE CONSULTATION & TRIAL
RIANNA ZIN 0123811492 
riannazin.blogspot.com

Monday, August 27, 2012

TESTIMONIAL LACTOLITE - MY BFF LYLIE


Copy from my Premium Beautiful blog 





My best friend Lylie pada mulanya agak takut nak try Lactolite ni sebab masa tu ada masalah 'pembuangan'. hehhe..Tapi dia try jugak. Alhamdulillah lepas minum Lactolite Lylie gives feedback positive. Now Lylie still lagi teruskan minum Lactolite. Don't worry dear, Lactolite ni bukan jamu. Kalau minum pasti nak gi membuang lepas beberapa jam. Kalau sakit perut pun still lagi maintain cun. hehhee....Perut takkan rasa memulas. 
Rasanya pun sedap. Macam yogurt!
I sangat-sangat suggest kan kat you all yang nak buang toksin dalam dalam badan, melancarkan penghadaman, membina bakteria baik dalam badan dan mengatasi sembelit.

Lepas ni Lylie sure dapat dapat balik berat masa study.
dengan penggunaan yang konsisten

Premium Beautiful + Lactolite
u will get back your 'curveylicious' body.


1 box (25 sachet) RM 158






More info pasal Lacto-lite , klik here

 for order contact me
RIANNA ZIN 0123811492

Friday, August 17, 2012

Video Raya dari Green Leaders Group...Enjoy!



Intro sikit ek..
This video kitorang buat lepas class hari Jumaat lepas 10hb Ogos haritu, cuba korang tengok date n time kat video tu pukul berapa kitorang bersukaria sambil berbaju kurung. ?
For your info dalam Premium Beautiful ni ada macam-macam group. 
Aku under group GREEN LEADERS GROUP (GLG) dan di bawah pimpinan CDM Hanis Haizi & suaminya CDM Raz..
Every Friday kitorang ada class di
GREEN LEADERS ACADEMY MALAYSIA (GLAM) .
Academy ini ditubuhkan oleh Hanis dan hanya untuk GLG SAHAJA. 
GLG kesemuanya masih muda dan fresh.
Group kami adalah terbaik dari yg terbaik.
You know what? Umur Hanis baru 28 thn. Muda setahun dari aku.
You know what lagi? income dia RM200K ++++
Kagum kan?

Ucapan raya dari aku n family, esok plak ek.....
bz siapkan kerja before raya

Wednesday, August 15, 2012

Siapa nak hadiah CHANEL?!!!!!!


Hi all....
My Mentor Hanis Haizi ada buat contest. Open to public.
Jom kita sama-sama join. Mana tau rezeki kita dapat CHANEL dari Hanis. ? Mesti GLAMyou....
More info just click image above!


Tuesday, August 14, 2012

PREMIUM BEAUTIFUL | FIRST BONUS ...ALHAMDULIALLAH



Alhamdulillah
selepas sebulan menjadi agent Premium  Beautiful,
RM 4500 ++ jadi milik I.
Tak tipu kan? 
Dengan duit BONUS tu dapat jugak belanja 
EXTRA & SAVING up to RM1000.
Especially waktu nak raya ni. Memang membantu sangat.
Shopping raya untuk madam kecik tu pun tak yah berkira. 
Janji anak happy kita pun happy kan.?
Nak harapkan duit gaji buat habis bayar hutang jerlah kan.
Kalau takde bonus memang tak beraya sangatlah. 
Takkan nak ambik advance kan? 
Nanti bulan depan lagi sengkek.
Syukur...

Do contact me for free consultation. 
CONFIRM RM4500 - RM 7000
this September.

Friday, August 3, 2012

PROMO RAYA!!! PROMO RAYA!!!!!

Assalamualaikum
mulai hari ini  aku buat PROMO RAYA

BUY 1 SET PREMIUM BEAUTIFUL




FREE

LACTOLITE + PB WASH.







TOTAL RM2200 SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!!


pm me for details

RIANNA ZIN 0123811492


*installment serendah RM 58 sebulan

Monday, July 30, 2012

UPDATED!!!!!

MY BUSINESS BLOGS DAH UPDATE...
SILA LAH JALAN-JALAN KE SANA YER...

SAMBIL MERAYAKAN BILIK BERADU,
BADAN KITA PUN NAK BERAYA JUGA.......


PILLOWCASE


 


 
 
 
PREMIUM BEAUTIFUL
 
 
 
 

Saturday, July 21, 2012

Premium Beautiful by Rianna Zin updated!



Salam Ramadhan 
lebih kurang 20 hari aku menjadi part of Premium Beautiful. You all boleh ke blog aku di


dekat blog tu hanya untuk Premium Beautiful Sahaja. blog yang sekarang ni more kepada social life, family, and anything. will remind you if aku update blog PB tu yer.

Healthy&Beautiful with Love,
RiannaZin

Sunday, July 15, 2012

Anjakan Paradigma

Last Saturday, 7th July 2012 I'm officially Sales Manager for Premium Beautiful. Until now aku sendiri pun shock dengan anjakan paradigma yang aku buat ni. Dalam masa sehari aku terus buat keputusan untuk setuju join this business. Since 6 bulan yang lepas DSM Liyana Sepwan a.k.a leader aku dah ajak untuk jadi business partner dia. Tapi  biasalah bila orang yang skeptical macam aku ni cakap, nantilah dulu...takde modal lah...tak reti lah nak jual jual, tak percaya ngan MLM lah..macam-macam lagilah. Tapi hari tu aku rasa down sangat sampai nak menangis sebab duit asyik tak cukup. memanglah duit banyak mana pun kalau hari-hari belanja akan habis kan? dulu tak rasa sangat tapi bila nak masuk dua ni semua benda kena jimat semua benda kena sekat. tak pernah salah kan rezeki yang datang ni cuma aku dah dapat rasakan  no more relax no more lepak-lepak no more tidur-tidur & no more verangan macam-macam tapi no action.Bila leader aku dah tunjukkan yang dia dah berjaya & income 8-9 k permonth, now it's my turn plak nak ikut jejak dia. walaupun aku rasa aku terlambat sedikit kesedaran kna.




Aku tak nak & bosan dengar tiap-tiap bulan aku dan hubby merungut pasal duit. syukur alhamdulliah kami still lagi cukup makan, pakai dan tak pernah tak cukup duit nak beli susu Aisy (nasib baik Aisy minum susu Dugro jer kalau Enfa ke, setiap hari tepuk dahi) . Tapi sampai bila kan nak hidup macam ni. semuanya cukup-cukup, semuanya nak sekat-sekat...aku bukan nak hidup terlalu mewah tapi nak duit tu sentiasa ada dalam bank & dalam wallet. mungkin ada orang yang tak pernah merasa susah. mak bapak still lagi bekerja. gaji 8-10 ribu sebulan. kalau dia susah pun mak bapak dia boleh tolong. tapi lain dengan aku. umur aku 18 tahun abah dah retire. you all paham-paham jerlah kan bila orang dah retire ni. duit pun cukup-cukup..so aku tak nak anak-anak aku hidup macam aku. aku nak bahagiakan dorang. apa yang dorang nak insyallah aku boleh tunaikan..


walaupun aku tak de basic in marketing tapi boleh belajarkan? for now biz ni aku jadikan as part time dulu. tapi bila aku dah rasa stabil maybe aku sekali lagi wat keputusan drastik untuk berhenti kerja dan wat full time. who knows kan? Bila join this biz, semangat kena kuat, jangan putus asa, sentiasa dekat dengan leader, peduli apa orang nak kata pasal kita dan korbankan masa rehat. masa untuk bersama family tetap ada. tapi akan curi sedikit waktu masa weekend untuk berbisnes.


sebelum aku join, aku dah google pasal bisnes Premium Beautiful ni. ramai  yang sangat-sangat kuat mengutuk, mengeji, benci dengan orang yang join bisnes dari company ni. you all tau tak, semakin dikeji, semakin ramai yang berjaya dapatkan income sebulan 4, 5, 6 angka. last wednesday, 7 flight / 17 bus bawak mereka ke Guangzhou ! u imagine 1 flight ade berapa orang? orang yang mengeji dan tak memberi support pada anak melayu untuk berniaga ni apa yang dorang dapat? NOTHING! yang dikeji tu semakin kaya, semakin senang, semakin bahagia, syukur Alhamdulillah.. kalau tak suka dengan bisnes  ni, janganlah mengutuk. mereka tak buat salah pun. just nak cari rezeki untuk anak-anak, keluarga dan masa depan mereka.


Peduli dengan orang kata yang bisnes PB ni mengkayakan cha ya nun alif. apa salahnya, dorang semakin kaya dan kami ni pun semakin semakin senang. dorang memang dah di atas tentulah mereka semakin kaya. macam aku, dah 6 tahun aku hambakan diri aku  ni kat company cha ya nun alif tapi apa pun takder! in 6 years, tidah pernah dihargai, gunakan kita secukupnya, 6 tahun jugak gaji umpama macam tak bergerak dari satu angka ke satu angka. next years umur aku 30. my target minimum gaji mesti 3k. tapi sekarang dah bulan July, gaji aku yang bergerak hanya 2 digit yang belakang sahaja. so , aku kena cepat bangkit sebab rezeki takkan datang bergolek depan kita kalau kita tak merubah diri sendiri.


alhamdulillah, semenjak kandungan aku 5 bulan, banyak rezeki yang masuk. walaupun tu semua freelance tapi aku syukur. selagi belum bersalin, selagi tu aku akan kerja keras untuk anak-anak, family dan masa depan aku. lebih-lebih lagi aku ni nak bersalin kat hospital berbayar. company aku yang kedekut bin haji bakhil tu tak cover kalau staff wanita dia nak beranak.


Hopefully dengan support dari suami, rakan bisnes dan leader Premium Beautiful , aku akan teruskan usaha  aku untuk masa depan aku dan orang yang aku sayang. after this no mo tears......Insyallah.


For those yang nak join this bisnes PB , meh aku bagi hint hint sikit...no obligation. if u just nak tau lebih banyak lagi sistem bisnes PB ni , aku & leader aku dengan ikhlas beri free consultation. sharing is caring kan orang selalu kata. this bisnes will change your life 360 degrees. This bisnes berasaskan  TEAMWORK & ONLINE. Leader will guide u until u success. !




Starting bonus with RM4500 confirm & 
2 set free of Premium Beautiful. 
If you want to know more more more about this business, 
Contact me at 012-3811492 Rianna Zin



Pillowcase for two Little Hero

Pillowcase kali ni untuk custom made for Ain Ismail untuk hero-hero kecilnya Haris Iman & Hadif Iman. Ain ni sebenarnya wife kepada my ex-schoolmate Haidan.. bila pulak turn Ain & Haidan plak nak order untuk u all yer?




Anyone yang nak order boleh email ke qasrynaloveart@gmail.com
harga untuk
 pillow case with text  - rm50
pillow case with text & graphic - rm70

view my blog
qasrynaloveart.blogspot.com

Monday, July 2, 2012

20 weeks

20 weeks baru nak membeli barang baby. Semalam gi Mother care & Jusco. Kat M.care just nak survey survey dulu harga untuk breast pump & botol susu. Harga breastpump semuanya 2 ratus ke atas. Disebabkan ni first time aku nak mengepump, so aku ingat nak nak beli yang manual dulu. Then, nak masuk kerja nanti baru decide beli yang elektrik punya. Tak nak lah beli yang mahal terus kan. Tak tau lagi keadaan macam mana. Dari Aisy lagi aku guna botol susu M.care...kualiti & design good, harga pun murah sikit dari Avent. Untuk botol yg 4oz kat M.care RM 65, 3 botol. Tapi Avent 2 botol RM65..lagi jimatkan beli M.care?
Kat Jusco tak tau nak start beli ape. Sebabnya list tak bawak..so aku ambik jer ape yang aku rasa nak ambik dulu..this time aku dah tau ape yang patut beli apa yang tak. Kalau tak dulu, semua benda nak dibeli . Last last tak pakai pun...




Sempat gak gumpal-gumpal kapas 1 roll. Hahaha.. Masa letrik tak ade plak tu. Nak beli yang dah siap , mahal. So gumpal lah sendiri... Masa Aisy pun aku guna kapas untuk cuci montot. Kapas tu rendam kat air yang bercampur sedikit Lactacyd
& pastu cuci. Aku sangat sangat jarang guna baby wipe untuk cuci montot baby. Tapi kalau poopoo aku prefer wash direct dengan air paip. Lagi puas & bersih. even keluar mana-mana pun aku akan bawak kapas yang dah rendam ngan lactacyd. Tak guna baby wipe.




Baju-baju newborn tak beli langsung sebab memang dah plan nak beli kat Kenanga. Kat situ boleh beli borong. Design & kualiti sama jer kalau beli online. Tapi bila beli borong ni lagi jimatkan? Boleh beli sekali ngan baju raya Aisy..Tapi nanti mesti ada gak sehelai dua beli brand standard macam Anakku..biasalah mak mak ni kan hover kalau beli baju anak.
Tak sabar nak tunggu minggu depan sebab nak beli baju baby n Aisy..rasanya tak hover kan beli sekarang? Beli sikit2 lama lama mesti complete kan?...
Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 22, 2012

Custom Pillowcase

Order from my ex-school mate, Eila Ladyeila untuk dia n her husbnd. Lepas ni boleh beradu bak king & queen..





Second order from my best sepupu biras... kak Sue. Hot Mummy & Cool Papa..





Sape2 nak wat personalize pillowcase, email me at mizz_reanna@hotmail.com


Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 19, 2012

18 weeks


Kini kandungan aku dah 18 minggu. Syukur.....for this 2nd pregnancy aku agak lewh-leweh sikit beli barang baby. Kalau dulu masa Aisy , baru 2 bulan dah beli macam-maacam. Tak sabor punya pasalkan. This time 1 ape pun tak beli lagi walaupun hakikatnya aku umapama kena beli balik semuuuaaaa barang baby. Yelah kan baby boy takkan nak pakai balik pillowcase color pink, seluar baju color pink...kebanyakan Aisy punya barang semua ada bunga-bunga & pink color. Uhh...now mata aku kena elak dari tengok color pink dan bunga-bunga yer semasa membeli belah. Boleh ker????

Aku selalu terpikir kos rawatan bersalin dan barang-barang baby. Tapi baru semalam aku terpikir set rawatan SELEPAS bersalin yer puan-puan.. benda ni pun bukan senang-senang nak beli kan. Nak kena survey dulu, elok ke tak, brand ape yg selalu orang guna, harga pun boleh tahan kan 1 set sekali dengan bengkung tu. Yang aku aim sekarang ialah Nona Roguy & produk dari sendayu tinggi. Harga about rm300. You all ada suggestion untuk aku tak nak pakai brand ape? Almaklumlah makcik ni belum pernah rasa berpantang macam orang lain. Dulu baby keluar ikut tingkap. So aku langsung tak usik segala jenis jamu. Param & pilis tu aku pakailah. Tu pun pagi jer..petang malam aku tak pakai. Ingatkan takyah pakai. Berurut aku wat tau. Tapi makcik tu takdelah usik perut aku kan. Kang terbukak balik tingkap kat perut aku nanti. Kali ni kalau diizinkan Tuhan, aku nak bersalin normal dan nak berpantang secara tradisional, pakai bengkung, makan jamu, bertungku....dulu aku selamba jer tak wat pape. Tapi Alhamdulillah badan aku sihat dan tak kembang..walaupun aku tak berpantang dengan cara sepatutnya, tapi aku tetap jaga pantang larang. Aku tak keluar rumah langsung dari day 1 sampai day 40. kecuali ke klinik sebab masa tu Aisy kena demam kuning. Nak taknak aku kena pergi klinik gak. Takkan lah mak aku nak drive sambil pegang Aisy gi klinik kan? Selain dari tu aku tak gi mana-mana pun. Takutlah ...takut tersepak ke takut terlangkah takut tersangkut ker. Mungkin ada antara mommy sekarang berani keluar rumah pergi lepak-lepak, shopping mall dalam tempoh pantangkan? Terpulang kepada diri masing-masing. Tapi kena extra careful lah kan bila kat luar rumah tu. Mungkin tak de effect kat kita sekarang tapi 10 tahun lagi kita tak tahu kan.? Tepuk dada tanya selera.....

Next month baru bercita-cita nak beli barang baby sikit-sikit. Disebabkan aku ni beranak kat hospital berbayar, semua benda nak kena ambil kira. Kot-kot nanti baby ni nak ikut cara kakak dia keluar ikut tingkap tak ke haru aku nak cekau duit? Ape -ape pun aku kena saving untuk ceaserian procedure...kalau normal, syukur. Duit lebih tu boleh wat cukur jambul nanti kan. Nampaknya this year punya raya kenalah extra berjimat cermat yer...sebab 3 bulan lepastu aku kena beraya kat hospital kan...tapi untuk si Aisy tetap extra . Sian lah plak kan. Sebab kita dia pun kurang baju raya..

18 weeks perut aku still lagi orang kata macam 3 bulan. Kecik jer...tunggulah nanti 7 bulan, pasang gear 5 terus tau perut aku ni. Masa Aisy pun perut aku kecik jer.. tapi bila keluar 3.25 jugak..alhamdulillah. Husband kata this time aku lebih kuat dari dulu. Kalau dulu time ni ,balik kerja mesti nangis sebab sakit pinggang. Sekarang kurang sikit. Maybe boy kot....

Hopefully dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengandung ini...Aminnn..




Tuesday, June 12, 2012

Baby photos

Masa pregnant kan Aisy dulu letak kat desktop gambar-gambar baby girl yang comel-comel. Anak mat saleh yang tak tahan tu...magicnya muka Aisy masa baby ada iras-iras of the baby kat bawah ni ...kali ni nak test lagi...hahahha..main test-test plak kan.






Now disebabkan kali ni baby boy nak letak photo yang ni plak lah kan. ofcoz color kulit takkan sama kan hahhah..janji comel macam dorang ni...






















Sunday, June 10, 2012

Pillowcase for you






Wedding present utk bride n groom





For papa n mommy.

sorry ek quality picture kurang memuaskan yer. pakai fon camera cengginilahh.

Hi lovelies....now start wat custom pillowcase untuk kamu dan kamu yer. Kalau minat boleh email kat


You all boleh letak apa shj nama yg korang nak. Such as papa mama, mommy daddy, his hers, soul mates atau nama u all pun boleh.

This pillowcase boleh jadi as wedding present untuk orang kawin...sweet kan? For your info, pillowcase ni adalah pre-order. About 7-10 days for delivery yer sbb nama setiap pillowcase lain-lain  dan tak sama.
1 set pillowcase (2pcs) RM 40 sahaja w/o postage.

Kat bawah ni contoh dari google..i can make it for you!







Thursday, May 31, 2012

Bercerita pengalaman sendiri..


Masih lagi pergi kerja ke tempat yang sama. Berjalan naik ke ofis arah yang sama. Masih lagi menaiki lif buruk yang sama yang  seminggu sekali akan rosak. Work station yang sama, meja yang sama, kerusi yang sama, flow kerja yang sama dan bos yang sama. Tidak malu untuk aku cakap yang yang selama aku kerja dari 2006, baru last year aku dinaikkan pangkat sebagai Eksekutif dengan gaji below RM3000. Itu pun selepas beberapa orang designer favourite diorang dinaikkan pangkat dan ada juga yang dah chow! (sayang sgt kat orang tu last-last org tu blah. Sayang lah lagi banyak -banyak kan..) aku tak jeles pun bab sayang-sayang, jadi anak emas company. Aku tak heran pun...aku tak taulah figure yang aku dapat tu amaun nyer banyak dari orang lain yang sama level dengan aku. Bagi aku figure tu sikit sebab team aku yang baru kerja kat company aku tapi got experience dari tempat lain lagi banyak gaji dorang . Kalau single maybe okey okey aje kot gaji banyak tu. Bila dah berkeluarga semuanya jadi double dan triple. Lagi -lagi bila kau stay dengan parents. Yes memang parents banyak tolong kita jaga anak, mak tolong masakkan, kadang-kadang sidaikan baju, tak payah nak sibuk-sibuk beli perabotlah apalah. Pakai jer apa yang ada kat rumah mak tu.

TAPI!

Bila kau stay dengan parents, tiba-tiba satu hari tu mak tak masak sebab tak de benda nak masak. Baju bertimbun-timbun sebab sabun dah habis. Ape yang kau akan rasa? Buat tak tau aje dan terus masuk bilik? Tunggu mak bapak gi korek duit dalam bank yang cukup-cukup untuk bekalan sampai umur dia 70 tahun.? Adik beradik yang tak duduk sebumbung tak de lah terasa kan sebab dah terlepas. Sebulan sekali jer balik rumah mak bapak. Itu pun dengan tangan kosong. Aku tak pernah merasa duduk berasingan dengan keluarga . Masa study & before kahwin memang aku duduk rumah bujang. Bila kita jauh dari keluarga, mak bapak takkan tahu kalau kita ni terdesak. Mereka tak tau kita cukup makan ke tak. Tak pelah kan hanya kita dan suami sahaja yang tau apa masalah yang kita hadapi . Bila tak cukup duit, makan maggi pun takper, nasi dengan lauk telur goreng pun boleh. Baju basuh seminggu sekali pun tak pe. Beli beras yang 5 kg pun boleh tahan sampai 2-3 bulan. Perit jerih kita berdua jer tau. So tak delah malu sangat dengan mak bapak kan? Melainkan kau mengada-ngada cerita kat mak bapak kau kan?. Tapi cuba kalau kita buat depan mak bapak kita? Kau malu x? Aku kadang-kadang malu jugak bila barang kat rumah habis. Dalam rumah ada 6 orang. Setiap bulan aku dan hubby akan spend RM300 and above untuk beli keperluan rumah. Itu pun selalu tak cukup. Barang-barang dapur yang aku beli tu cukup untuk 6 orang dalam masa separuh bulan je. So bila nak cukup sampai sebulan kena spend sampai rm600? Memang tak mampu! Tambah plak dengan parents yang tak kerja. Abah hanya mengharap duit hasil jual rumah kat Shah Alam. Mak plak mengharapkan duit mengajar mengaji. Dulu abah kerja as security guard tapi dah berhenti sebab kesian tengok dia kerja shift hari-hari. Korang jangan pulak kata aku mengungkit yer. Dah duduk dengan mak bapak banyak plak komplen. Dah lah tak payah bayar sewa rumah, api air pun tak bayar. Aku tak komplen cuma nak share cerita pengalaman dengan korang semua. Berapa agaknya kos korang yang stay asing dengan perents? Mungkin rm 300 tu boleh wat belanja rumah untuk 2 bulan kan?

Sekarang ni pun dah kena start bayar duit rumah kami kat Puncak Alam. Now hubby yang bayar sebab aku tak mampu lagi. Maybe kalau aku disayangi company tahun depan dapat lah naik gaji sikit. Mungkin masa tu dah boleh tolong hubby bayar duit rumah.

Aku tau setiap orang yang baru kahwin mesti ada masalahkan tapi pusing-pusing masalah yang dihadapi lebih kurang sama jer? Lainlah kalau kita dan pasangan gaji 7-8 ribu sebulan mungkin takde masalah hidup seperti sekarang tapi kalau gaji dah banyak tu mestilah segala barang nak up kan? Hire orang gaji, kereta tak mau buatan Malaysia, nak beli yang monthly kena bayar paling kurang rm1000 sebulan. Rumah tak mainlah beli yang harga rm200k. Semua nak rm500k keatas kan? Betul tak? Lagi duit banyak lagilah rasa macam tak cukup sebab barang semua hi-class.

As designer yang menghambakan dirinya selama 6 tahun di company yang sama, aku dan designer lain tak pernah rasa dihargai. Setiap bulan kau akan dapat gaji yang sama. No insentif, No komisyen, no elaun. Setiap tahun akan naik gaji selalunya RM50. Bonus plak paling banyak 1 bulan. Tapi mana ada diorang nak bagi 1 bulan. Sorang dua jer yang dapat. Yang lain tu mostly dapat half gaji. Kalau rm2k half gaji kau dapat 1k. 1K tu kalau kau kumpul tiap-tiap bulan 100 pun dah dapat 1k. Itu yang gaji 2k..yang gaji less than 1k tu ape yang dorang dapat? Segala hasil seni yang kitorang bagi umpama percuma. Contohnya, aku pernah buat item yang total kos dia almost 1 million. Tapi apa yang aku dapat? Terima kasih pun aku tak dengar. Apa tah lagi komisyen or insentif. Yang sedap company & account manager dan sekutu dengannya. Designer 1 sen pun takde. Apa tah lagi sumbangan ikhlas dari acc. Manager pada designer pun tak der. Hanya belanja makan pastu dah kenyang buang segalanya dalam mangkuk tandas. Kalau takder designer tak jalan kerja kau. Designer mungkin boleh buat kerja kau tapi kau belum tentu boleh buat kerja macam designerkan? Hargailah diorang tu. We work like a team. Kau keluar jumpa client aku kat sarang wat design sampai muntah, sampai 10 kali kena reject sampai confirm. So designer tak penting ker? Kadang-kadang kita jual hasil seni kita dekat online lagi dihargai kan. Bila client dapat barang , dorang akan bagi komen pasal dapat barang dalam keadaan yang baik, barang tu cantiklah, nanti nak order lagilah. Nak pormote bagai kita punya web / blog kat orang lain . Lepastu followers semakin ramai. Ramai orang yang 'Like' facebook kita. Bagi kata-kata semangat dan pujian. Rasanya kerja macam ni lagi bahagia kan? Dihargai. Kalau kat ofis, cantik cakap dalam hati. Tapi bila tak cantik design tu pung pang pung pang 1 company. Kesian kan?



Paling baru, company nak buat Family Day. Tapi aku rasa baik panggil Hari Kantin sebabnya kitorang kena beli T-shirt rm20 sehelai (bapak mahal!) pastu kena beli kupon rm5 sebab dia bagi sorang 1 kupon jer..nonsense kan? Pastu pastu suh plak Executive and above donate sekian-sekian untuk family day. Ni family day untuk staff ke bankrap day untuk staff ? Padan muka dorang sebab ramai yang tak hingin nak beli t-shirt tu. Kelakarkan company aku ni..


This entry just nak share dengan korang semua. Becerita sahaja. Kebanyakannya adalah pengalaman aku sendiri....Byee...


Monday, May 28, 2012

Kakak Aisy dah besar

Semenjak umur Kakak Aisy 3 tahun February yang lepas, aku tengok ada perangai dan karektor dia yang semakin matang. Rasa macam sayu, suka pun ada bila melihat perubahan dia. Gembira sebab dia semakin membesar dan sayu serta rindu sebab tak dapat lagi merasai / melihat karenah manja dan keanakkan dia.

Kalau dulu mandi, makan, pakaikan baju semua kena buatkan untuk dia. Tapi sekarang Kakak Aisy dah pandai buat sendiri. Kalau orang tengok mesti kata , E e ...pandainya dia. Dah boleh mandi sendiri. Perubahan positif menunjukkan si ibu atau bapa berjaya mendidik anaknya. Cuma kadang-kadang bila time ngada-ngada dia, dia nak kita mandikan. Sekarang just monitor jer dari luar bilik air. Aku akan cakap, bila masuk bilik air kencing dulu..wash ***** bersih-bersih. Pastu baru mandi. 2 minit lepas tu aku jerit lagi, Aisy dah sabun? “ Sabun lah ni...Kakak Aisy jawab. 2 minit lagi pastu...”Aisy....Syampu.....Aisy gosok gigi.....!!!!. dah sabun dan gosok segala bagai baru aku pergi intai dia. Tengok-tengok ada shampoo lagi ke kat kepala, sabun melekat lagi ke kat badan..Kadang-kadang dia pun tak kasi kita tengok dia mandi. Aku tak taulah kalau anak orang lain bila diorang start mandi sendiri. Bagi aku 3 tahun sebenarnya awak bagi peringkat Aisy tu. Sekarang pun, masa siang Kakak Aisy tak pakai diapers dah. Malam nak tidur atau pun nak keluar jalan-jalan. Aku still lagi tak confident yang dia akan cakap nak 'chinching' kalau kat luar. Mesti aku panic kan kalau tiba-tiba Aisy kencing kat dalam mall.

Bab makan pulak Kakak Aisy dah pandai makan macam orang besar. Selalu kena bersuap atau cerai-ceraikan ayam untuk dia. Tapi sekarang semua dia dah pandai buat sendiri. Kopek ayam sendiri, makan nasi sendiri, makan roti canai cicah kuah dhal. Sebelum ni tak pernah tengok dia cicah roti canai tau. Kalau kita bagi roti, roti lah dia makan. Sekarang ni kena order 1 set untuk dia. Hari tu pergi mamak, tengah malam, Kakak Aisy nak pakai tudung. tak suruh pun. Dia yang ambil tudung sendiri. setengah jam makan, dah tak tahan dah. Terus dicabutnya. Tapikan bila tengok Aisy pakai tudung kat luar, aku rasa yang aku ni macam dah ada nak lima dah. Kan selalu kita tengok ada family yang ada anak-anak kecil dan ramai, pastu yang sulungnya pakai tudung. walaupun yang sulungnya tu baru umur 5 tahun. Memang nampak kakak mitahli lah Aisy ni bila pakai tudung.

Semenjak dia tau dalam perut aku ada baby, dia selalu kata nanti kalau ada baby, Aisy boleh main sama-sama, tidur sama-sama, makan sama-sama, Aisy wat susu dia...Aku rasa dia memang dah ready untuk ber'adik'. Tapi tak taulah kan bila adik dia ni dah melompat keluar depan mata dia, tak taulah reaksi Kakak Aisy kan. Kot – kot dia tak boleh terima kenyataan ke kan. Mula -mula memang dia suka ada baby tapi bila dia asyik tengok Mommy dia ni asyik tidur dengan baby, nenen kan baby, carry baby, mandikan baby mesti dia ada perasaan jeleskan....itu kita tunggu bulan November nanti. Cepatlah Novemberkan...hehhhheeee...

Tapi masa tidur pulak Kakak Aisy still lagi tidur kat tengah antara aku dan hubby. Kalau suruh dia tidur kat cot dia sebelah aku mesti dia taknak. Dia nak jugak tidur berhimpit tengah-tengah. Tapi biasalah kalau tengah tidur tu, kena sepak, kena flying kick, kena tolak, kena tindih dah jadi perkara biasa...kadang-kadang terbangun tengah malam, cari manalah budak ni.. oh..ade kat situ, oklah tidur balik. Heheheee. Takut dia jatuh katil jer. Orang yang selalu kena beralah masa tidur, akulah. Pagi-pagi aku terjaga, separuh badan aku dah cot Aisy , separuh badan still lagi kat katil aku. Takkanlah aku nak tolak anak aku kan? Sian dia. Takperlah biarlah Mommy dia ni beralah. Mentang -mentang mak dia ni kurus kering, senang jer dia nak tolak kan. Papa dia besarrr so dia tak dapatlah nak tolak kan. Berat. Tapi kadang-kadang kaki hubby selalu gak 1 kat atas katil satu lagi kat bawah hahahha...sebabnya kita dua orang sama-sama tolak dia secara tak sengaja. Tengah tidurkan manalah perasan.

Since aku tau yang aku pregnant, aku tak lagi carry Aisy. Kadang-kadang Kakak Aisy ada jugak mintak carry. Tapi aku tak mampu. Dengan keadaan aku yang lemah, kandungan masih baru, Aisy yang semakin bertambah beratnya buat aku lagi tak mampu nak carry dia. Tapi Tuhan je yang tau betapa rindunya nak carry dia. Kalau tak hari-hari carry dia. Even jalan kat mall pun aku still lagi mampu carry dia. Bila dia minta carry, selalu pesan kat dia dalam perut mommy ada baby. Mommy tak larat nak carry Aisy. Nasib baik dia faham. Sekarang ni dia still lagi carry ngan Papa, nenek, atuk, maksu, uwan atuk kasim dia. Nasib baik ramai tukang dukung...

Aku rasa cukuplah wat hari ni cerita pasal Aisy. Lagi cerita lagi rindu plak kat dia. Kita tengok gambar Kakak Aisy jom.