Friday, April 27, 2012

Jom layan Kakak Aisy !

Aisy memang suka buat muka & gaya. hakikatnya dia seorang yang sgt pemalu bila jumpa org yang tak kenal. tapi kat rumah dia lah ratu...Posing ala ala model tu dia yg cipta sendiri yer.
Jangan tuding jari kat mommy dia plak tauuuu....





















































Thursday, April 26, 2012

Checklist! Checklist!

Checklist Checklist!
wahh...mentang -mentang esok lusa gaji, dah wat checklist dah apa nak beli tuk rumah kami nanti.
kalau korang tengok items yamg aku nak beli semua benda ala-ala remeh yer. tapi benda-benda remeh ni lah yang boleh buat bebanan kat kita nanti bila nak pindah. nak makan sudu tak ada, nak wat air tak der jug, nak campak baju kotor tak der bakul, nak masak tak de sudip. haaa...masa tulah baru ko terkedek-kedek nak gi kedai 2 ringgit kan???? yelah..duit beribu-ribu dah abis masa nak masuk rumah. yang ada pun saki baki jer..tak ke naya kan....so, inilah antara preparation aku. beli sikit-sikit. lama-lama completelah nanti kan. lagipun rumah aku siap insyallah end of this year or early 2013. semua kena prepare awal. aku ni bukannya ada ratusan ribu dalam bank kan. nak pindah rumah takyah risau sebab duit dah menggunung. hari-hari dok pikir mana nak tambah duit ni ????
be positive...adalah rezeki tu nanti. yang penting usaha kena ada.



ni semua kat IKEA..senang semua ada.



Tuesday, April 24, 2012

Kek Coklat Nips Aisy & Apam Rainbow Mommy

Haaa..ni nak tunjuk sikit kat korang2 ni aku mak & anak suka & pandai masak. hari tu hubby nak sgt wat coklat kek. pakai tepung instant jerrr.hahhah. tapi ramai yang kata sedap. aku tak ingat plak brand apa. kalau you all nak tau hubby i ada Diploma in Culinary Art. Tapi aku tak tau lah mana Diploma dia pergi, nak terbalikkan telur dadar pun dia tak reti ....jangan marah yang...heeeee. tapi dia memang pandai masak. Kadang -kadang hover sebab dia suka tokok tambah bahan. kalau nak perap ayam ,bahan-bahan tu just letak sos tiram , kunyit garam , bawang merah n putih kan...tp  mesti dia akan tambah syok sendiri bahan-bahan yang lain.. kadang-kadang sedap gak. hehehee..okey, sambung balik. nak menjadikan kek coklat tu semua kerja hubby. aku memang hampeh tak reti. tapi deco-deco diserah kepada junior masterchef kita, Aisymiera Qasryna... 




Divide kek kepada 2 bahagian. bahagian tengah disapu dengan coklat krim.







Pastu tabur lah coklat chip & nips. jangan banyak sangat. nanti tak cukup nak wat topping.








okey dah tabur-taburkan pastu kita masuk mulut sikit eh...






letak lapisan lagi satu , pastu kita cover dgn coklat krim tu. pusing-pusingkan dia. yang ni hubby wat. aku tak reti





now deco bhg topping plak. guna jer benda yang sama tapi kena lebih sikit. banyak pun tak per. baru meriah. mommy tolong Aisy sikit.






peace yo! kek dah siap. cantik tak?








macam biasalah kan. budak tak penyabar ni. mesti nak mulut sikit.














okey time to NGAP!



Habiss sudah memasak bersama Aisy. Now Mommy plak. weekend hari tu lylie my bff nak datang rumah. disebabkan aku ni tak berapa pro masak, aku wat jer lah apam aku nihaaa....kadang jadi kadang tak jadi. masih lagi belajar-belajar . rasa ok tapi rupa tu kdang cantik kadang huduh.










color ada tapi tekstur tak menarik. banyak sangat lubang cacingnya....




 
yang ni hasilnya. oklah lah. rainbow tak rainbow. cantik gak....
 






i like!





selak sikit tengok bhg dalam..hehehehehehee
 
 

Amacam? macam pro x? perosak adalah ..hahahahah

Monday, April 23, 2012

Nak Let GO Tommee Tippie Bottle. RM 50!


Hi Mommies....
Aku nak jual botol chuchu tommee tippee (refer pict kat bawah yer)
beli kat mother care RM69.90 tapi aku jual kat korang RM50 sahaja with postage!
1 botol dah pakai sekaliiiii je. yg lagi 2 tu belum bukak plastic lagi.
nape aku nak jual? hari tu salah beli tuk Aisy . selama ni anak aku memang penyusu tegar botol mother care. tapi hari tu tak de yang 4 bottle in set, so aku belilah TT tanpa mengambil kira dia punya puting. Aisy plak tak suka puting tu. dia kata tak best. sebab tu lah aku nak jual.
resit pun ada sekali. harga pun tak buang lagi tau....
kalau ada yang nak, just leave a comment kat bwh or pm aku kat mizz_reanna@hotmail.com.