Tuesday, October 4, 2011

Kalaulah boleh jadi Full Time Housewife.

Rasanya dah lama x bercerita panjang dalam blog ni. Sebenarnya dalam otak ni macam-macam fikir. Semuanya untuk masa depan. Pagi tadi jumpa satu blog pasal dia buat bisnes semua dari rumah. Dari bisnes jual baju kids, fotografi untuk kids , masak memasak & macam macam lagi lah. Tahniah untuk wanita itu. Sebab dia mempunyai semangat yang kuat dan sentiasa memajukan diri dia walau hanya bekerja dari rumah. Dialah boss dialah kuli dialah ibu dialah isteri dialah driver pada anak-anaknya dialah chef kepada keluarganya dan dialah orang gaji di rumahnya. Yang pasti dia bukan pekerja dan kuli pada company yang suka ambil kesempatan pada kelebihan yang dia ada dan dia bukan makan gaji di company yang hanya naik 5% setahun. Duit gaji hasil usaha dia bekerja dari rumah, bersih sebersihnya dia dapat. X de potong sana potong sini, hutang sana hutang sini. Masa untuk keluarga juga tiada batasan. Walaupun dia membuat semua tapi dia puas. Puas sebab nasi yang disuapkan ke mulut anak-anaknya adalah hasil dari air tangannya sendiri. Bukan baby sitter bukan juga bibik! Alangkah indahnya kalau isteri Zainuridza ni juga boleh buat macam tu. Macam SUPERMAK!

Mak aku selalu kata jangan berhenti kerja , jangan berhenti kerja. Nanti jadi macam mak. X der duit bila dah tua. Pada mulanya memang aku rasa aku takkan berhenti kerja . masa sebelum kahwinlah…tapi bila dah ada anak ni rasa terbalik pulak. Rasa nak berhenti kerja tu menjadi-jadi.
Best friend & suami aku jer yang tau betapa teringinnya aku nak mengandung lagi. nak ada baby lagi. tapi Allah belum beri rezeki lagi. tak apa sabar dulu….tapi bila fikir fikir balik nanti bila ada anak yang kedua, siapa nak jaga anak aku ek? Takkan nak kasi mak jaga jugak. Jaga Aisy pun dah pening apa lagi tambah lagi satu. Confirm berganda pening dia. Lagi terbataslah mak nak ke madrasahlah, kelas mengajilah, marhaban lah..mesti dia kena cuti setahun. Takkan nak tinggal kan dua dua kat umah. Atuknya nye jaga.? Alamat anak aku sorang melalak nak susu sorang melalak nak suh dicebok poopoo…

Bukan aku tak percaya pada baby sitter tapi tak berapa yakin jer. Eh, macam sama jer kan maksudnya?? Kalau dari zaman Aisy dulu aku hantar ke taska or baby sitter mungkin fizikal & mental aku dah kental nak hantar anak kat orang. Nak hire maid, mampu ke aku ni? tp kalau nk diikutkan sama jer. Hantar 2 budak kat baby sitter dah sama harga ngan hire sorang maid. Rumah aku belum siap lagi . kalau ambik maid mana pulak lah maid tu nak tido kan? Mana ada bilik extra kat rumah tu..

Cuba korang bayangkan ek…contohnya kalau gaji 3 ribu , tolak EPF dah jadi 2700. Lebih kuranglah..iyer EPF tu berguna bila kita dah tua kan. 2700 tolak ngan duit kereta & hutang kredit kad ke PTPTN ke , insuran anak gedebak gedebuk dah jadi 1700. Kalau kau guna kereta Malaysialah kan…
1700 tolak ngan tol & minyak & parking yang kerja hujung dunia macam aku ni dah jadi 1100. 1100 tolak lagi ngan kewajipan sebagai anak yang ingat kat mak bapak dia , dah jadi 800. 800 tolak lagi duit rumah 500 dah tinggal berapa dah? kita hanya dapat rasa saki baki sen sen jer. Itu pun kalau ada lah kan. Tiba2 plak bulan tu compact powder dah habis lah, mascara dah kering kontang, eyeliner dh tumpul , lipstick dah patah, nk guna kena calit pakai jari, blusher dah pecah…alamatnya ke ofis dengan muka kusam macam orang x makan seminggulah rupanya nanti. nasib baiklah company kedekut ni still lagi ada clinic panel . tak yah kuar duit. Tapi kalau kau sakit tunggu ko merangkak masuk jumpa doctor baru dia nak kasi MC. Kalau x jangan haraplah. Kalau setakat demam bukan tahap dewa baik tak payah jumpa doctor tu. Buang masa jer. Pergi jer kat kaunter tu mintak ubat pastu masuk ofis duk kat work station , wat kerja sambil menahan kesejukan tahap gaban dek aircond yg melampau kuatnya.

Terima kasih kat suami walaupun gaji dia lebih banyak sikit dari aku tapi dia still gagahkan jugak duit dia untuk support duit minyak kereta pergi kerja aku. Nak tak nak rumah nak kena beli. Walaupun lepas kira kira duit gaji tinggal paras mata jer ni. orang kata, tak apa..rumah tu harta. Adalah rezeki tu nanti. walaupun rumah aku jauh dari bandar, tapi syukur sebab aku dah ada rumah kalau nak dibandingkan dengan orang yang umur dah masuk 30-an baru nak beli rumah . insyallah kawasan rumah aku tu akan naik. Apa yang akan jadi 4-5 tahun lagi kat kawasan tu pun kita tak tau lagi. aku nak duduk sana pun mungkin kurang dari 2 tahun . insyallah. Jauh di sudut hati nak beli rumah kat kawasan bandar , urban, macam kat shah alam…yelah kat sana kan semua dekat facilities semua cukup. Keluar je simpang rumah semua dah ada. Sekolah, bank, dominos, tesco, post office, shopping mall………semua depan mata.

TAPI!

Semua kena ingat , poket seluar kita penuh ke duit berkepuk kepuk ?. Tinggal di kawasan bandar amat tinggi kos nya. Kalau dok jauh , malas sikit nak keluar kan. balik kerja duduk jer rumah diam diam . lagi satu aku pilih kawasan tu dekat sikit dengan rumah mak aku. Senang aku nak jenguk2 ,,hakikatnya senang nak hantar anak bila emergency ..ngeh ngeh ngeh. .

mak aku ada jugak tanya kenapa kau beli rumah kat situ? Kan jauh dari tempat kerja? Dah lah jauh nak masuk dalam tu .
Jawapan aku , situ jer murah mak. kat belah belah sana harga rumah 400k , mana ada duit nak bayar 2000 tiap2 bulan. Yang ni sebulan 1000 pun dah meleleh air liur nak bayar. Kalau harga rumah makin turun boleh jugak tunggu2 rumah lain yang baru nak naik tu. Dahlah laki bini kerja private . tak ada keistimewaan yang lebih pun kalau beli rumah. Lainlah gomen. nak beli rumah apartment aku dgn suami tak berkenan. Kereta tak ada depan mata, gayat, takut naik lif lama lama sorang sorang., macam2 lagilah..

Tapi dalam hati jawapan aku sebenarnya, nak lebih dekat dengan family … nak berhenti kerja, nak jadi full time housewife.