Tuesday, June 19, 2012

18 weeks


Kini kandungan aku dah 18 minggu. Syukur.....for this 2nd pregnancy aku agak lewh-leweh sikit beli barang baby. Kalau dulu masa Aisy , baru 2 bulan dah beli macam-maacam. Tak sabor punya pasalkan. This time 1 ape pun tak beli lagi walaupun hakikatnya aku umapama kena beli balik semuuuaaaa barang baby. Yelah kan baby boy takkan nak pakai balik pillowcase color pink, seluar baju color pink...kebanyakan Aisy punya barang semua ada bunga-bunga & pink color. Uhh...now mata aku kena elak dari tengok color pink dan bunga-bunga yer semasa membeli belah. Boleh ker????

Aku selalu terpikir kos rawatan bersalin dan barang-barang baby. Tapi baru semalam aku terpikir set rawatan SELEPAS bersalin yer puan-puan.. benda ni pun bukan senang-senang nak beli kan. Nak kena survey dulu, elok ke tak, brand ape yg selalu orang guna, harga pun boleh tahan kan 1 set sekali dengan bengkung tu. Yang aku aim sekarang ialah Nona Roguy & produk dari sendayu tinggi. Harga about rm300. You all ada suggestion untuk aku tak nak pakai brand ape? Almaklumlah makcik ni belum pernah rasa berpantang macam orang lain. Dulu baby keluar ikut tingkap. So aku langsung tak usik segala jenis jamu. Param & pilis tu aku pakailah. Tu pun pagi jer..petang malam aku tak pakai. Ingatkan takyah pakai. Berurut aku wat tau. Tapi makcik tu takdelah usik perut aku kan. Kang terbukak balik tingkap kat perut aku nanti. Kali ni kalau diizinkan Tuhan, aku nak bersalin normal dan nak berpantang secara tradisional, pakai bengkung, makan jamu, bertungku....dulu aku selamba jer tak wat pape. Tapi Alhamdulillah badan aku sihat dan tak kembang..walaupun aku tak berpantang dengan cara sepatutnya, tapi aku tetap jaga pantang larang. Aku tak keluar rumah langsung dari day 1 sampai day 40. kecuali ke klinik sebab masa tu Aisy kena demam kuning. Nak taknak aku kena pergi klinik gak. Takkan lah mak aku nak drive sambil pegang Aisy gi klinik kan? Selain dari tu aku tak gi mana-mana pun. Takutlah ...takut tersepak ke takut terlangkah takut tersangkut ker. Mungkin ada antara mommy sekarang berani keluar rumah pergi lepak-lepak, shopping mall dalam tempoh pantangkan? Terpulang kepada diri masing-masing. Tapi kena extra careful lah kan bila kat luar rumah tu. Mungkin tak de effect kat kita sekarang tapi 10 tahun lagi kita tak tahu kan.? Tepuk dada tanya selera.....

Next month baru bercita-cita nak beli barang baby sikit-sikit. Disebabkan aku ni beranak kat hospital berbayar, semua benda nak kena ambil kira. Kot-kot nanti baby ni nak ikut cara kakak dia keluar ikut tingkap tak ke haru aku nak cekau duit? Ape -ape pun aku kena saving untuk ceaserian procedure...kalau normal, syukur. Duit lebih tu boleh wat cukur jambul nanti kan. Nampaknya this year punya raya kenalah extra berjimat cermat yer...sebab 3 bulan lepastu aku kena beraya kat hospital kan...tapi untuk si Aisy tetap extra . Sian lah plak kan. Sebab kita dia pun kurang baju raya..

18 weeks perut aku still lagi orang kata macam 3 bulan. Kecik jer...tunggulah nanti 7 bulan, pasang gear 5 terus tau perut aku ni. Masa Aisy pun perut aku kecik jer.. tapi bila keluar 3.25 jugak..alhamdulillah. Husband kata this time aku lebih kuat dari dulu. Kalau dulu time ni ,balik kerja mesti nangis sebab sakit pinggang. Sekarang kurang sikit. Maybe boy kot....

Hopefully dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengandung ini...Aminnn..




3 comments:

  1. bestnyaaa.... dah confirm gender ke rin? kalau boy best sepasangggg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latest checkup hari tu, doct nmpk bebird heheh...tulah kan. ramia yg kata best..takderlh gadoh tarik2 rambut kan? heheh

      Delete