Wednesday, December 7, 2011

Afamosa Resort.



Hi peeps!…

Hari ni last bos aku cuti so nak update blog pun kena setel kan hari ni. kalau tak tu ada jer kelibat dia keluar masuk bilik dia ke tempat staff2 dia yang sangat kreatif ni, ok ok ..entry ni bukan nak cerita pasal dia ya tapi pasal kami. Lama tak bercerita panjang kat sini.

Last month 28-29hb Nov, kami ke Melaka lagi. Kali ni kami tak ke town tapi ke Afamosa Resort. Rasanya melancong ke Melaka boleh dijadikan percutian wajib setiap tahun. Banyak sangat P.O.I kat sana. X macam dulu lagi..Balik balik keychain kayu tu pastu tulis nama jadi buah tangan. Boring kan! .

28 Nov 2011


Bertolak dari rumah dalam pukul 10.30. sengaja keluar awal sebab nak kena habiskan aktiviti dalam masa singkat ni dengan berkualiti. Check in hotel pukul 12. Lepas tu terus gerak ke Animal World Safari. Kat sini memang penat sebab nak kena kejar dari 1 show ke 1 show. Ada 4 show yang mesti kena tengok Wild Wild West Show, Bird Show, Multiple Animal Show & Elephant Show. Kalau tak rugi woo bayar mahal2. Aisy sangat enjoy, teruja & happy bila kat sana. Aisy selalu anggap animal as her friend. Bila tanya Aisy , Aisy…rabbit tu sapa? ….Aisy kata ,  “friend Aisy lah”. Walaupun semua animal tu kawan dia tapi dia still takut nak dekat2.. yang paling dia rasa x der perasaan takut , rabbit. Memang dia tak heran sebab kat rumah PIL ada 8 kandang. Eh? Kandang ke reban ek? Bantai jerlah..korang paham kan? dah habis tengok show sampai kul 4.30, terus amik kunci and rest dalam bilik. Aisy lagi sekali lagi teruja ok. Teruja sebab dia nampak bath tub! Dia kata nak swim2. X dan nak letak barang , baring2 dia dah ajak swim2 kat bath tub tu. Anak aku ni…over tau. Taulah kat rumah x ada kolam renang ni kat dalam toilet.

*****Comment : Ada segelintir parents yang suka melepaskan anaknya tak tentu hala. Masa show tengah on, budak2 ni sikit2 pergi ke stage. Lama2 dorang memang betul2 kat dalam stage tu. Sebenarnya tak boleh . No entry. Siap ada palang lagi. Tapi selamba badak jer dorang masuk. MC tu dah tak terkawal dah. Mak bapak dorang ni tengok jer dari atas. Langsung  tak hormat keadaan & orang sekeliling. Agak bahaya juga bila dorang terlalu close dgn stage especially dengan animal2 yang tengah wat show tu. Takut animal tu tiba2 terkejut ker nampak budak2 ni jerit2 kat dia terus melompat kat dorang ke or show tu terpaksa dihentikan sebab animal2 tu takut nak keluar dah. ada orang kacau dia. Tiada staff yang jaga masa show tu on.

Lepas Maghrib, siap2 plak ke  Cowboy Town. Kat Cowboy town ni ada show Red Indian & Carnival.
Actually aku dah gi sini 3 tahun lepas. Show dia memang sama. X berubah pun. Aku nak Aisy tengok show tu tapi hampeh. Dia tidur plak sampai 15 minit nak habis show. Hubby jer excited nak nengok sedangkan 2 bulan lepas dia baru jer pergi ngan geng2 Nandos dia.

*****Comment: Kat sini aku agak hanginn sangat.  Ada pelbagai jenis orang, bangsa, negara,  yang datang tengok show ni. sebelum show start masing2 duduk tempat masing kat tempat duduk bertingkat. Tetapi ada yang ja*un & ba*ak sangat sampai membuatkan aku & hubby terjerit2 suruh orang depan duduk. Show tu show bergerak..ala macam kita tengok perbarisan masa hari merdeka kan. so semua orang akan nampak cuma korang kena tunggu sampai dorang jalan tempat korang. Yang orang2 hover excited ni tak penyabar terus kedepan dan dengan muka hover excited dia nak amik video / pict. Berdiri plak tu. Bila sorang wat semua orang pun wat. Tauuuu……. korang sgt teruja tengok show tu. Tapi cuba fikir orang yang kat belakang ni semua tengok bontot korang yang macam2 size tu. Memang stress.  Dorang dengar aku & hubby sound secara terang terangan tapi dorang wat dono jer. Lagi2 bangsa asing yang datang segerombolan , memang menyakitkan hati. Dorang ni macam terlebih / hover / lagi sekali ba*ak. Cuba cool sikit. Orang lain pun nak happy2 gak tapi tak derlah macam korang. Tapi orang kita pun ada gak macam ni. Staff kat situ pun macam tak reti2 kan nak jaga kanak2 ribena yang besar panjang tu kan . 


Perut dah rasa lapar. Aku cakap kat hubby, apa jadik kena makan Asam Pedas jugak. Seminggu sebelum tu aku dah wat survey mana tempat Asam Pedas yang best. Dengan bantuan GPS sampai gak kitorang kat restoran tu. First thing bila tengok restoran tu, confirm jutawan tokey ni. full house ok. Meja sentiasa penuh. Satu group bangun, ganti plak ngan group lain. Meja tu takkan kosong lama. Sekejapan dah ada orang baru duduk. Walaupun fullhouse tapi makanan datang dengan cepat. You all bolehlah try

Asam Pedas Claypot
86, laksamana 5, taman kota laksamana,
Melaka.


Tempat ni kat ngn town. Kalau dari Afamosa, jarak dia macam nak gi KL lah. Jauh gaklah . Tapi takper. Kenyang dan sedap. Kata holiday kan????Bukan selalu dapat makan asam pedas melaka.


29 Nov 2011.

Bangun pagi, breakfast. Tapi tak sedap. Sedap lagi kat Tiara Beach Resort walaupun apartment dia kotor tapi makanan varities.
Lepas check out, kitorang ke Water World. Tempat favourite Aisy. Tempat ni oklah……for Aisy dia sgt teruja sebab banyak “selaid selaid” yang dia boleh naik. Main air plak tu. Lagi lah hoverrrr..

*****Comment : kurang safety guard kat sini. Susah lah nak dengan orang “prrrriiiitt prrriittt” macam kat Sunway Lagoon tu. Prrriiiiiiiiiiiiitttttt sesaje. Nyampah! Lepas 3 jam berendam & selaid selaid, balik lah apa lagi. …Heeeeeeee

Additional comments :


  •  Afamosa ni dah lama. Lebih kurang 10 tahun. Buat yang dah 2 kali datang sini, rasanya dah cukup. Tak mau datang dah. Sebabnya, takde perubahan dari tahun 2008. Masa first time pergi memang seronok. Tak nampaklah cacatnye kan. tapi kali kedua ni segala benda aku nampak. Dorang dah macam tak ada idea nak mencantikkan, memperbaiki, memperbaharui facilities & entertainment yang ada. Benda2 yang dah rosak pun dibiarkan macam tu ajer. Yang dah buruk langsung tak dijaga. Tokey besar dorang tak pernah datang visit ke? Atau yang dia tau everyweek tempat tu sentiasa full walaupun dah agak buruk. Tapi memang betul. Afamosa memang sentiasa full especially orang luar. Maybe tempat salah satu P.O.I kat Melaka.


  • Bab makan plak, memang mahal kat Animal World Safari. Ada satu kedai tu jual Nasi Arab rm30! Tapi rasa hampeh. Nak tak nak kena makan gak sebab dah lapar sangat nih. Kalau ayam yang selalu kita makan kat gerai , sihat & montok tapi ayam yang dia bagi yang dah hampir kecut & skinny. Pastu tah apa2 sayur tah yang dia bagi. Dorang langsung tak jaga bab makan. Apasalahnya, kau dah letak harga rm30 kau wat lah yang elok2 punya. Toksah nipulah kalau harga kau beli ayam tu tak sama harga dengan pakcik Mail yang jual nasi ayam kat gerai kat luar tu. Kalu nak ikutkan 1set nasi arab tu kurang dari RM8 jer kat luar. Berapa banyak dah dorang untung? Tapi, FYI harga tiket masuk ke Animal World Safari & Water World adalah including food & drinks ye. You all boleh pilih nasi lauk kari ayam tawar atau nasi ayam pucat…Air jer sedap, air soya tin. Hahahha.

  • Sape2 yang belum pernah datang sini, you all dialu alukan ..u must try to watch their show. Show2 dorang memang best. Keadaan sekeliling tu korang wat dono jer..just enjoy the show. & u all confirm enjoy. Betul! Bekalan makanan make sure cukup. Wat survey pasal restoran kat area alor gajah. Kat dalam tu tak ade choice nak makan yang heavy2. Kena ke pekan baru jumpe restoran / gerai.


















4 comments:

  1. wah...bilenye aku dpt pegi kn...nk pegi ngan ko x penahnye menjadi..

    ReplyDelete
  2. ly...tulah asik x jadik jer. ade je mende. next year make sure jadik tau...

    ReplyDelete
  3. yeyeyye...u memang kena pergi dear..
    u will enjoy the show! serius....tak tipu...

    ReplyDelete