Aku tau bukan aku sorang jer yg kerja jauh dalam Malaysia ni..hari2 aku drive 60km pergi n 60km balik. Total 120 km kan?
Tol setiap hari , Setia Alam >>Duta = rm 4.40 / Highway Duke = rm 2. Total pergi sahaja ialah rm 6.40. darab dgn 2 = rm 12.80.
Dengan menaiki kereta buatan Malaysia , aku membelanjakan 1 hari rm 20 untuk petrol.
Ini bermakna, rm 12.80 + 20.00 = rm 32.80.
RM32.80 x 20 hari bekerja = rm 656.00.
Wakakakkaaaa…aku sgt kaya kan kawan2..
Ok, cukup untuk wat ilmu hisab. Yg aku nk citer ni ialah kenapa susah sgt nk dpt kerja. Betullah org kata kerja skang susah nk dapat tp hakikatnya kerja kat Malaysia ni berlambak2 yg kosong.
Iye, mmg banyak tapi x semua kerja yg suai dgn kita. Bukan bermakna memilih yer. Setiap hari aku dapat email pasal kerja kosong. Tp susah, jarang nk kena ngn jiwa aku. X tau lah klu aku ni dh x der feel nk kerja kan. Jawatan sebagai product designer sgt susah nk cari. Klu nak pun dorang nk yg super duper power dr segi penggunaan software. Aku? Aku bukan x der skill tu tp software yg aku guna x sama dgn dorang. Aku ader skill in Rhinoceros tp banyak company nak yg tau 3D MAX or Solidworks. So macam mana. ? Klu graphic designer rasanya berlambak2 company yg nak pakai org kan? Rasanya yg paling senang dapat kerja ialah bahagian Admin. Semua company perlukan khidmat dorang.
Setiap hari aku berdoa supaya dapat kerja yg lebih dekat lagi dr sekarang. Smpi aku fikir dh x nk dah wat design. Nk kerja lain. Sebab otak ni dh x mampu nk berfikiran kreatif & aktif lagi . yelah, hari2 drive jauh, smpi ofis dh penat. X mampu dh nak mengkreatif.
Bila kerja jauh ni, banyak benda effect kat diri kita n family. Especially financial. Kalau company ader bg elaun untuk petrol or tol, alhamdulillah. Tp klu x der, sgt2 derita. Gaji yg kita dapat habis ditabur atas jalan sahaja. ..aku tau, aku mencari rezki tp aku mengharapkan dapat kerja yg lebih dekat lagi. bila dh jadi seorang isteri & mommy byk benda yg kena buat sebelum pergi kerja & selepas balik kerja. Walaupun aku tinggal dgn parent’s , tugas2 nya tetap sama macam dok umah sendiri. Badan ni dh x larat dah . lagi satu, bila kerja jauh dan duit banyak spend pada petrol n tol, duit saving payah nk tersimpan. Tp nak x nak mesti kena simpan jugak utk future.
Walau ape pun, aku tetap x berhenti b’doa & berusaha supaya aku dpt kerja yg lebih dekat lagi…bukan untuk kebaikan aku sorang shj tp untuk family juga.
em..kita serupa...semoga awak cpat dapat kerja baru ye..apa kata try bidang lain lak..mana la tau, tak jadi jadi designer pun still jadi profesional gak....
ReplyDeleteharap2 cam tu lah hana..ingat nk try bidang jugak tp x tau ke mana..
ReplyDeleteape kate keje admin je..kayo juga..cousin aku...jadi kerain je..gaji 3500...best kn
ReplyDeletely : admin boleh tp nk relate gak ngn art or entertainment. boleh?
ReplyDelete