Waaaa weee hari yang di tunggu-tunggu dah tiba. Aku book shuttle bus thru Tune Hotel ke Universal Studios . Return RM 25 sorang. Ok kan?. Bg aku sgt convenient sbb bus ni direct ke USS.So tak payah nk pening2 kepala kan.? Dan yg paling mengujakan ialah ini first experience Aisy naik bus! Pukul 6 kami dah bangun sebab bas amik kitorang pukul 7 depan hotel. Tapi macam biasalah orang ada anak ni dia mesti lambat sikit..heheee. Perjalanan ambil masa +- 1 jam jugaklah.
Ini first time aku masuk Singapore. Bila masuk
negara orang ni of course lah kena lalu dia punya kastam
kan. Masa
turun bas, kitorang lenggang mak limah jer nak ke kaunter cop tu. Sebab
tak de orang & kaunter dia ada lebih kurang dalam 10. Bila dah
sampai turn kitorang , tiba2 dengar orang berlari berdesup-desup . Bila toleh, orang
–orang dari JB yang nak ke Singapore. Dorang semua tu nak pergi kerja
lah, sekolah lah..Segerombolan turun dari bas dan lari selaju yang
mungkin sebab tak nak stuck kat kaunter. Kagum jugaklah aku tengok
dorang kan. Hari-hari macam ni ke dorang gi kerja? Hebat!.
Ok
jom terus ke USS. Sampai kat USS lebih kurang pukul 8 am. Still early.
Tak de apa yang buka lagi tapi yang best nyer dapat berposing depan globe
USS dengan tenangnya. Hanya kita sahaja dan tak yah nak rebut-rebut.
Sebelum
masuk ke main entrance, posing-posing lagi kat kedai-kedai yang
comel-comel kat luar tu. Yang pastinya aku sangat frust sebab masa
balik tak masuk satu pun kedai yang comel-comel tu. Sib baik dah amik
gambar pagi tu. Rasa cam nak pergi lagi jer..
Ehem ehem
Aku si Jelly Bean yang kurus
Mak mak & anak anak ni kemain lagi posing santai kat lantaikan. Pagi-pagi buta mana ada orang.
Aisy & Alya
Mak-mak orang posing plak
Pagi
tak ramai orang. Nak masuk pun tak yah queue panjang.
Waahhhh…masuk-masuk jer dah teruja kat Hollywod. Terus amik gambar ngan
Woody Woodpecker. Macam biasalah , mak-mak yang hover dulu. Barulah
anak ikut terlebih hoverr kan..
Kat
Hollywood ni ada banyak kedai merchandise. Don’t worry sabab masuk dan
keluar di tempat yang sama. Lepas enjoy-enjoy baru pikir nak perabih
duit plak yer. Kalau perabih duit dulu alamat kat dalam tu nanti tak
makan tak minum lah..
Lepas
Hollywood kitorang ker Madagascar. Sangat happening key. Sure anak mak
apak mesti teruja giler. First kitorang masuk Madagascar: A Crate
Adventure. Kena naik boat lalu dalam gua. Dalam gua tu adalah
kartun-kartun comel tu kan. Dengar dorang bercerita & menyayi . Fun. Serius!. Tapi kan nak masuk this park ada limitation height
untuk kids. Tak berapa ingat berapa tinggi tapi umur 2 tahun ke atas
boleh lepas. Anak Lylie yang umur 2 tahun tu ngam-ngam jer tinggi dia.
Sib baik lepas. Next , ke King Julien’s Beach Party –Go-Round. Dia
macam kat funfair tu. Naik kuda pusing-pusing tu. Yang ni Madagascar
nyer kerekter . Lainlah sikit kan asyik kuda jerrr. Pastu, show
Madagascar plak. Penguin dan kawan-kawan joget-joget. Aisy pun joget
sekali. Sangat surprise sebab Aisy langsung tak takut ngan
kartun-kartun hidup tu. Risau gak kan…Bila nak take photo kena beratur
yer…semua karakter dapat amik…
yang transformers tu gempak kan. Disebabkan Aisy gugurl, belikan dia Shrek lah.
Water bottle Shrek ni kalau tak salah SGD 19.90 + air sekali. Resit dah bagi kat office untuk claim so tak berapa sure the price tp lebih kurang tu gak lah. hahahh.jangn marah ek. I boleh claim holiday expenses. Tapi ada limit dia. Air korang boleh top up kat mana-mana kiosk yang jual air & snack. sekali refill SGD 2
yang poison bottle ni Mommy & Papa punyer yer.
Posing dengan characters of Madagascar.
Madagascar: A Crate Adventures
King Julien's Beach Party-Go-Round
Penguin's of Madagascar
Gloria
Alex
King Julien
Goldilocks tempat kitorang lunch. Makan chip & chicken. 8 ketul ayam + 4 air + chips = SGD 30. oklah lah wat alas perut. kalau korang dari rumah boleh lah bawak bekal sikit2 kan dari rumah. Don't worry yer. this food halal.
Haaahahhahahah...yang ni aku berani naik. Dino Soarin' . Anak suka mak pun suka.
Masa ni mak2 dah kepenatan dah. So kitorang tunggu suami2 tercinta kitorang kat luar jer lah sambil jaga puteri2 cantik yang dua orang tu.Suami2 terchenta tengah ride indoor roller coaster kat Ancient Egypt. Kalau korang rasa nak naik roller coaster sama2 ngan suami pastikan korang bawak bibik yer. kalau tak kena gilir-gilir naik. alamak! ignore kan ajer urat tangan yg nak tersembull tu.
Battlestar Galactica ni kat Sci-Fi City. Posing kemain excited kann tapi naik nyer tak . hahhah...I penakut you...none of roller coster aku naik. bila umur dah 29 ni, nafsu nak ride bnd2 extreme ni dah tak der dah.
oopsss..nak tau tak. husband I pun takut nak ride. hahahah...wat malu jer..
Ni kat area Transformers. Malangnya disebabkan kesuntukan masa, kitorang tak
dapat explore kat dalam tu
Sib baik sempat amik gambar. tapi yang kurang best tak dapat salam ngan transformers
yang boleh gerak2 tu.
WaterWorld ni kalau korang dok bawah kompom sure basah lenjun. kalau dok tgh manja2 jer basah. kalau dok atas kering kontang . kitorang tak nak dah basah membasahi baju so dok atas jer lah. Water world ni live water show. ada stunt & letop letop.
Lagi satu kat The Lost World ada Jurassic Park Rapids Adventure. Kena ride boat , lalu kat sungai, tengok dinosour mengaum ngaum pastu masuk tunnel yg gelap gelita, boat tu tiba2 naik & tiba2 korang pun jatuh kedebushhh lencun! ride bnd ni kena pakai rain coat tau. klu nak jimat bwk siap2 dari Malaysia. Klu lupa boleh jer beli kat entrance park tu SGD 3. rain coat dia ada logo USS lagi tau. bolehlah bawak balik tuk kenang2...naik boat & queu amik masa 1 jam. mak ngn apak kena gilir2 yer jaga anak. mula-mula mak mak naik dulu. sebabnya mak mak ni malas nak tunggu lelama. pastu apak apak pulak .
Yang ni kat Hollywood. Kat sini tak berapa sangat berposing sebab dah pukul 6pm & super penat. Pastu nak berkerja plak ke USS store.
Last posing. |
All merchandise ni wat mak rasa nak balik Malaysia masa tu jugak! Baju USS color kuning & biru tu for kids & FOC bila u all beli sepasang t-shirt. tapi basic shirt jer lah. oklah jugak kan. jimat sikit. hehhe....
Pen purple & black : SGD 4.90 / piece
USS Fridge magnet : SGD 7.90 / piece
SHREK : SGD 3.90 / piece
Tshirt dewasa : SGD 29-40 / piece
total : kira lah sendiri yer.mengah mak bila ingat balik harga semua tu. kalau duit Malaysia ok lagi. tp bila kena darab 2.44?
Fuhhhh...abis dah cerita 1 USS tu. rasanya lah...tapi ada gak yg tertinggal. bagi aku korang mesti kena pergi USS ni. kalau larat balik hari pun boleh. tapi tengok korang penat ke tak kan, yerlah dah seharian kat USS tu mau tak penat. kalau ada extra duit boleh stay kat Hard Rock Hotel. senang pun senang. tak yah tekejar-kejar kat kastam tu kan. bangun lambat pun tak per.
Tips & Komen :
Pen purple & black : SGD 4.90 / piece
USS Fridge magnet : SGD 7.90 / piece
SHREK : SGD 3.90 / piece
Tshirt dewasa : SGD 29-40 / piece
total : kira lah sendiri yer.mengah mak bila ingat balik harga semua tu. kalau duit Malaysia ok lagi. tp bila kena darab 2.44?
Fuhhhh...abis dah cerita 1 USS tu. rasanya lah...tapi ada gak yg tertinggal. bagi aku korang mesti kena pergi USS ni. kalau larat balik hari pun boleh. tapi tengok korang penat ke tak kan, yerlah dah seharian kat USS tu mau tak penat. kalau ada extra duit boleh stay kat Hard Rock Hotel. senang pun senang. tak yah tekejar-kejar kat kastam tu kan. bangun lambat pun tak per.
Tips & Komen :
- All park memang bersih.
- dun worry pasal sapa nak amik gambar korang satu family sebab staff kat situ sangat friendly & korang boleh guna your own camera. dorang akan suruh korang queu & dorang jugaklah yang akan tolong korang amikkan pict.
- Toilet kat mana2 ada.
- baby room pun ada
- komen aku , USS ni jauh lebih bagus dari tempat2 kat Malaysia. Semuanya senang. Kalau kat Malaysia, tak semua tempat boleh guna camera sendiri. kena guna camera dorang pastu kena charge 20-30 hengget. melampau. makan minum macam tak ikhlas jer nak jual. dibagi anak ayam tak cukup bulan lah, tawar hebehlah, masin lah. air tin charge sampai 5 hengget pastu total semua 30-40 hengget. memang makan tu wat syarat jer. tp kenyang nyer tak.
- aku book tiket online kat travel agency cuti.com kat sini. harga sama jer. 1 tiket SGD 68. Total 2 orang RM 330. nanti dorang pos terus ke rumah korang. anak2 bawah 4 thn FOC!
No comments:
Post a Comment