Wednesday, March 16, 2011

my workspace

X tau nak story mory ape for today. Just wanna share with you my workspace.

  • No privacy room, only sit in the cubicle yg hanya boleh nmpak kepala shj.
  • jarang sekali kemas meja.tp klu sekali kemas mcm nk resign jer gayanyer..hehhe



buku jadual kerja aku...hanya aku shj yg paham.


extension list..pink highligted jer yg aku selalu call


Job bags yg selalu malas return to my boss. Tunggu dh x tau nk letak mana baru pulangkan..


Buku2 tu sebulan sekali nk refer pun susah heheh..& pending job.



Stationary asyik ilang jer memanjang. Selalu org dpn aku lah jadi mangsa. Kikikikiki..biskut atas meja tu dh sebulan dh rasanya. X abis2.

*
*
*
*
*
*




walaupun meja sepah sentiasa, tp tetap ceria ngn wajah2 si tecik Aisy nih….











Sunday, March 13, 2011

borang 2 ringgit ! mengarut!

Just a short entry di pagi ahad ni....
semalam pergi ke 1 tmpt ni (tmpt simpan artifak2 lama) di shah alam sbb nk beli borang utk mengisi jawatan kosong kat situ. nk mintak kerja skang pun kena beli kan? org sumer dh guna online or print form dr website tuh..tp ade lg org guna kaedah suh org beli form tu kan?kesian...

you know what, bila my husband mintak nk beli form tu...org kat kaunter tu kata "maaf bang, borang tu hanya dijual dari hr isnin - jumaat shj"..sabtu n ahad borang tu x der.

bila aku dgr camtu, tiba2 rasa2 mcm nk bakar jer tmpat tu kan.tersangatlah gerram. borang tu bekerja ke smpi nk beli borang pun waktu bekerja shj. ????ini kali kedua terkena ngn 'g*****' punya cara n pengurusan yg langsung x masuk akal n pentingkan diri sendiri...

u advertise the vacancies kat internet tp bila org nk apply kerja tu, nk kena beli 2 ringgit plak. org yg jauh dr tmpt tu, kena pos envelope yg ada stem skali supaya dorang boleh poskan balik borang kat pemohon tu..nonsense !

Saturday, March 12, 2011

New Ride

Semalam gi Empire Gallery kat Subang (aku makin fall in luv ngn tmpt tu).. nak cari Aisy nyer stroller. Dah lm dh nk beli tp x smpi2. Actually Aisy dh ade stroller since dia guna ms new born . tp too big lah. dulu boleh lah pki sbb ms dia bby, nk kena ader protection n padding lebih kat stroller tuh.biar bby rs selesa n boleh golek2 kat stroller tu n more safety (pada akulah). tp biler ltk dlm bonet..tuu diaaaaa..stroller dia sesaje dh penuh separuh. so ingt nk beli yg kecik sikit.sng nk angkut. x sempat nk beli baru, Kak Su (sepupu ipar my hubby) bg kitorng pinjam dia nyer buggy. lm gak lah kitorng pki dia punyer. then baru minggu lps mcm terasa kena beli baru sbb Aisy makin besar, n Kak su plak plan nk pregnant this year. better kitowang pulangkan balik kat tuannya. takut lm2 nti rosak plak kan.

x der pilih2 nk beli brand aper coz dr dulu aku dh jeling2 kat stroller ESPRIT tu. x tau nape. tp rasanya affordable lah bg aku n yg pnting selesa. ader 4 pilihan warna. orange, blue, green & red. mata aku ni dh x der color lain. merah jadi pilihan hati. tp mcm biasalahkan..mst tinggal yg display or dah habis. masa tgk kat ToysRUs, wrn merah x der. so kitorng decide tgk kat ToysRUs Ikano.

pg td gi Ikano, clr merah x der gak...mls dh nak cr tmpat lain. staff kat situ check kan kat store lain, pun x der gak clr merah tu. then we decide amik jer blue color. green & orange terang sgt lah. sakit mata aku tgk...now Aisy ada new ride.!yeeehaaaa.................


old ride



new ride






x heran langsung org nk beli stroller dia




terus pakai



nk selit gak pict ni walaupun x der kena mengena dgn hari ni. tp kat tmpt yg sama, IPC (Ikano Power Centre)

Thursday, March 3, 2011

Kenapa aku kerja jauh?

Aku tau bukan aku sorang jer yg kerja jauh dalam Malaysia ni..hari2 aku drive 60km pergi n 60km balik. Total 120 km kan?

Tol setiap hari , Setia Alam >>Duta = rm 4.40 / Highway Duke = rm 2. Total pergi sahaja ialah rm 6.40. darab dgn 2 = rm 12.80.

Dengan menaiki kereta buatan Malaysia , aku membelanjakan 1 hari rm 20 untuk petrol.

Ini bermakna, rm 12.80 + 20.00 = rm 32.80.

RM32.80 x 20 hari bekerja = rm 656.00.

Wakakakkaaaa…aku sgt kaya kan kawan2..

Ok, cukup untuk wat ilmu hisab. Yg aku nk citer ni ialah kenapa susah sgt nk dpt kerja. Betullah org kata kerja skang susah nk dapat tp hakikatnya kerja kat Malaysia ni berlambak2 yg kosong.
Iye, mmg banyak tapi x semua kerja yg suai dgn kita. Bukan bermakna memilih yer. Setiap hari aku dapat email pasal kerja kosong. Tp susah, jarang nk kena ngn jiwa aku. X tau lah klu aku ni dh x der feel nk kerja kan. Jawatan sebagai product designer sgt susah nk cari. Klu nak pun dorang nk yg super duper power dr segi penggunaan software. Aku? Aku bukan x der skill tu tp software yg aku guna x sama dgn dorang. Aku ader skill in Rhinoceros tp banyak company nak yg tau 3D MAX or Solidworks. So macam mana. ? Klu graphic designer rasanya berlambak2 company yg nak pakai org kan? Rasanya yg paling senang dapat kerja ialah bahagian Admin. Semua company perlukan khidmat dorang.

Setiap hari aku berdoa supaya dapat kerja yg lebih dekat lagi dr sekarang. Smpi aku fikir dh x nk dah wat design. Nk kerja lain. Sebab otak ni dh x mampu nk berfikiran kreatif & aktif lagi . yelah, hari2 drive jauh, smpi ofis dh penat. X mampu dh nak mengkreatif.

Bila kerja jauh ni, banyak benda effect kat diri kita n family. Especially financial. Kalau company ader bg elaun untuk petrol or tol, alhamdulillah. Tp klu x der, sgt2 derita. Gaji yg kita dapat habis ditabur atas jalan sahaja. ..aku tau, aku mencari rezki tp aku mengharapkan dapat kerja yg lebih dekat lagi. bila dh jadi seorang isteri & mommy byk benda yg kena buat sebelum pergi kerja & selepas balik kerja. Walaupun aku tinggal dgn parent’s , tugas2 nya tetap sama macam dok umah sendiri. Badan ni dh x larat dah . lagi satu, bila kerja jauh dan duit banyak spend pada petrol n tol, duit saving payah nk tersimpan. Tp nak x nak mesti kena simpan jugak utk future.

Walau ape pun, aku tetap x berhenti b’doa & berusaha supaya aku dpt kerja yg lebih dekat lagi…bukan untuk kebaikan aku sorang shj tp untuk family juga.

Monday, February 28, 2011

wanita hamil naik flight?

2011 ni aku n hubby plan untuk menambah lagi sorang ahli Ridza Family untuk keluaran 2012. Tapi thn ni gak kitorang plan nk gi holiday. Yg mengusutkan aku ialah nk plan bila nk start pregnant n bila nk berholiday.Kita sumer sedia maklum, wanita hamil lebih dr 5 bulan x bleh flight. RM 700 subsidi dr company utk gi holiday harus digunakan tahun ini juga. Jadi, bila dikira2 insyallah bulan 7 or 8 adalah waktu yg sesuai untuk pregnant n october boleh gi holiday. Kalau diizinkan Allah lah yer. Nak pergi before raya boleh tp duit belanja x cukup. X kan lah nk gi holiday nk jamu mata jer kan. Kat bawah ni ader artikel mengenai entry yg aku post . so kena plan betul2 nih.

Hamil: Bolehkah Menaiki Pesawat?

Berbanding sedekad lalu, kita kini semakin kerap menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara yang kian popular untuk menuju ke destinasi-destinasi jauh. Ditambah dengan promosi tambang murah membolehkan rakyat yang dahulunya tidak terfikir untuk terbang tinggi di awan, sudah boleh berbuat demikian.Pendek kata, menaiki kapal terbang menjadi sebahagian daripada kehidupan moden baik bagi tujuan perniagaan, pelancongan, tugasan mahupun kembali bercuti di kampung.Wanita hamil tidak terkecuali walaupun kadangkala, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam kandungan semasa berada pada altitud yang tinggi, tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat.Namun, secara peribadinya, apa yang lebih membimbangkan adalah fakta bahawa anda sedang berada di udara selama beberapa jam dan yang mengalas di bawah hanyalah lautan nan terbentang luas. Dan sekiranya apa-apa berlaku semasa di atas, kemudahan perubatan yang bakal anda terima adalah apa yang tersedia di dalam perut kapal sahaja.
Dan apabila anak kapal terpaksa membuat pengumuman, “Ada doktorkah di dalam penerbangan ini, kita ada kes kecemasan”, sudah tentu ia bukan sesuatu yang menggembirakan. Yang pasti, kapal terbang bukanlah hospital yang bagus untuk bersalin.
Berdasarkan laporan Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), keadaan persekitaran berkaitan penerbangan boleh menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik dan sukar bernafas bagi ibu-ibu hamil yang lemah sistem kardiovaskularnya. Dalam kenyataan yang sama, ACOG memberitahu, masa paling selamat untuk terbang adalah apabila kandungan masuk tiga bulan kedua/trimester kedua.
Kebanyakan keguguran berlaku dalam tempoh trimester pertama manakala trimester ketiga membawa risikonya yang tersendiri seperti kelahiran pramatang dan lain-lain komplikasi.
Umumnya tiada sebarang komplikasi pada ibu atau bayi yang dikandung semasa berada di udara. Kecuali jika berlaku perkara-perkara yang tidak dijangka misalnya kelahiran mengejut atau kecemasan obstetrik lain. Andai kata berlaku kecemasan seumpamanya, bantuan yang dapat diberikan pada tahap minimum. Ini wajib diketahui oleh semua wanita hamil sebelum mengambil keputusan menaiki pesawat. Menurutnya, dalam kes-kes tertentu penerbangan tidak digalakkan atas sebab-sebab kesihatan bagi mengelakkan komplikasi akibat kelewatan atau ketiadaan bantuan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana risikonya terlalu tinggi.

Fenomena Tromboembolisme (VTE)

Keadaan ini menyebabkan darah membeku di dalam salurannya. Jika tidak bernasib baik, darah beku itu kemudiannya beralih tempat ke saluran darah di paru-paru lantas menghalang pengoksigenan. Ini boleh membawa kepada kematian mengejut. Fenomena ini pada awalnya lebih kerap berlaku pada wanita Barat berbanding Timur. Akibat perubahan gaya hidup, pemakanan dan saiz badan, insidennya diperhatikan meningkat di dalam masyarakat tempatan khususnya pada wanita hamil berbadan besar.Di United Kingdom, fenomena ini digelar Sindrom Kelas Ekonomi berikutan berlakunya beberapa kes yang melibatkan kematian mendadak wanita muda yang menaiki pesawat kelas ekonomi dari perjalanan jauh, melebihi 18 jam. Semasa di dalam pesawat terutamanya bagi perjalanan jauh, sangat perlu untuk anda bergerak dari tempat duduk dari semasa ke semasa. Minum air yang mencukupi. Jika perjalanan terlalu jauh, penggunaan stoking ketat khas dapat membantu mengurangkan risiko VTE. Bagi wanita hamil yang pernah mengalami VTE, ada waris terdekat yang mempunyai masalah sama atau mempunyai berat badan berlebihan, pemeriksaan kesihatan yang teliti adalah sangat mustahak sebelum perjalanan.

Kelahiran Tidak Cukup Bulan

Tiada bukti saintifik yang menyokong bahawa penerbangan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran tidak cukup bulan. Kalau pun berlaku, ia mungkin kerana si ibu stres jika penerbangan mengambil masa yang lama dan dalam keadaan tidak selesa. Berlainan dengan ibu yang hamil lebih daripada seorang janin, mempunyai sejarah kelahiran tidak cukup bulan atau, pintu rahim tidak ketat, risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan adalah lebih tinggi sekali pun tidak menaiki pesawat. Jika mempunyai rancangan untuk menaiki pesawat, mereka harus mendapatkan pemeriksaan teliti daripada pakar perbidanan dan dicadangkan supaya menerima nasihat doktor dengan serius.Hal ini penting kerana jika kelahiran berlaku di dalam pesawat, bantuan terhadap bayi yang berisiko tinggi ini dapat diminimumkan.

Ubat-ubatan Tertentu Dapat Membantu Mengurangkan Risiko Ini

Semakin tinggi kedudukan seseorang dari paras laut (altitud), semakin rendah tekanan separa oksigen. Bagaimanapun, bagi penerbangan komersil, altitud penerbangan lazimnya hanya memberi perbezaan tekanan separa oksigen yang kecil. Hal ini, biasanya tidak memudaratkan bayi di dalam kandungan kerana mereka dianugerahkan sistem pertahanan yang dapat menahan perubahan tekanan separa oksigen yang tidak keterlaluan. Bagaimanapun, perbezaan kecil ini boleh memberikan kesan negatif terhadap bayi yang dikandung oleh ibu anemia dan dinasihat mendapatkan rawatan terlebih dahulu. Jika perjalanan tidak dapat dielakkan sebelum anemia dapat dirawat, ibu ini perlu mendapatkan bekalan oksigen dalam perjalanan. Bagi pesakit sel sikel (jarang berlaku di Malaysia), adalah lebih baik jika perjalanan dapat dielakkan kerana krisis penyakit ini lebih mudah berlaku pada altitud tinggi. Jika tidak, bekalan oksigen semasa perjalanan mungkin dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi.

Kemalangan Di dalam Pesawat

Tali pinggang keselamatan di dalam pesawat harus dipakai di bawah perut supaya jika terdapat sebarang pergerakan mendadak, bahagian tulang pelvis yang akan menyerap impak tersebut dan bukannya bahagian bertentangan rahim.Sekali gus, ini dapat mengurangkan risiko uri terpisah awal dari kawasan tempelannya pada rahim ataupun kebocoran rahim. Kedua-dua insidens ini boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi.

Kecemasan Obstetrik

Satu perkara yang mesti diketahui, kehamilan risiko rendah boleh berubah menjadi berisiko tinggi pada bila-bila masa dan ada kalanya di luar jangkaan. Seseorang ibu boleh dengan tiba-tiba terasa hendak bersalin dan melahirkan bayi dalam waktu yang singkat walaupun sebelum itu keadaannya adalah normal. Begitu juga dengan komplikasi-komplikasi kehamilan lain yang boleh berlaku secara mendadak. Syarikat penerbangan tidak mempunyai perkhidmatan kesihatan yang mencukupi di udara walaupun kemudahan asas seperti oksigen dan cecair aliran vena ada disediakan. Oleh itu, wanita hamil harus bersedia secara mental untuk menghadapi risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan semasa di dalam penerbangan. Perjalanan menaiki pesawat semasa hamil adalah selamat apabila seseorang wanita itu berpengetahuan tentang risikonya dan mengambil langkah-langkah wajar sebelum dan semasa perjalanan. Wanita-wanita hamil yang berisiko tinggi harus sedar akan bahaya yang mungkin dihadapi dan dapat menimbangkan sama ada risiko yang diambil benar-benar berbaloi. Adalah lebih baik jika perjalanan ini dapat dielakkan. Mematuhi nasihat doktor adalah sangat perlu dan mustahak di dalam konteks ini.

Sumber Maklumat (Mingguan Malaysia, 16 Julai 2006)

http://pmr.penerangan.gov.my

Saturday, February 26, 2011

Aisymiera Qasryna 2 Years, Yo!

19 hb Feb hari tu, selamat sudah majlis hari jadi Aisy yg ke2. majlis dimulakan dgn bacaan yaasin, doa selamat dan birthday party. Majlis ni wat sederhana sahaja coz aku jemput jiran/ saudara / rakan terdekat jer. Jemputan pun 100 jer. actually , aku n husband ni nk sgt wat party Aisy coz nak bagi Aisy happy on her birthday. (sebenarnya DOB Aisy 17hb feb 2009. ) Aisy jarang bersuka ria ngn kengkawan coz kat umah dia sorang jer n dijaga oleh atuk n nenek..this moment , semua kawan2 Aisy ade. suka lah dia. especially 2 org cousin dia yg sekepala sekaki kat Kulim tu pun balik...Preparation dibuat sebulan awal coz all deco aku yg wat sendiri. Pom pom flower, banner, flag, gifts semuanya D I Y . Walaupun agk kelam kabut tp dgn adanya FIL semua dpt diselesaikan. sebelum majlis start, langit dh mendung dah. kat shah alam dah kilat , ribut semua dah..aku ni tersangat lah cuak coz khemah nti semua plan x jadi. nti org nk duduk mana? food n decoration basah??.semua tu menakutkan aku. tp hujan turun dlm 10 minit cam tu pastu, langit pun cerah balik. Alhamdulillah....

x nak lah citer panjang2, u olls tgk lah pix kt bwh ni ek. or klu nk tgk byk lagin , go to my FB ya...






















Terima kasih pada semua yg dtg n hadiah yg diberikan. Terima Kasih juga kerana sayangkan Aisy. Aisy juga sayaangkan kamu juga MUUUUUAACCKSSS!

Thursday, February 24, 2011

pergi kerja

Sepatutnya aku post entry ni samalam. Tp sebabkan byk sgt kerja (cehh…sibuk memboloskan diri ke dlm website AirAsia sebenarnya) terpaksalah post hari ni.

Ekcelly nk cerita bnd2 yg terjadi sepanjang aku pergi n balik kerje semalam. Kuar umah 6.50 am..mmg setiap hari aku akan lalu dapan 3 sekolah. Lalu depan sek men, mcm biasalah jam. Bila lalu depan sek rendah, jam juge coz ramai parent’s yg hantar anak kecil mereka n x kurang juga yg wat U-Turn.

Lepas traffic lite, aku akan lalu depan SRJK (C ). Yang menarik perhatian aku ttg sekolah ni, dorang ader 4 orng pengawal yg jaga lalu lintas. Kiri kanan jalan mesti ada yang jaga. X cukup dgn pengawal, cikgu2 pun sama sekali jaga jalan n jaga kat main gate sekolah tu. Dlm hati aku , bagus betul cikgu2 sekolah ni yer. Bukan sorang tp 4 orang. Betapa prihatin n caring nya cikgu2 tu menjaga keselamatan ank2 murid mereka. Tersangatlah bagus. Mmg ade niat before ni nk hntar Aisy ke sek cina. Banyak kelebihannya kan…

Tiba2 aku terpikir jap, masa lalu depan sek rendah td , x nmpk 1 pun cikgu sekolah tu tunggu or jaga murid2 kat jalan raya tu. Dan pengawalnya hanyalah sorang makcik yang berusia 50-an. Kadang2 pakcik 50-an juge. Selalunya mmg sorang yang jaga lalu lintas. You all boleh bezakan kan antara 2 sekolah ni. aku x nk komen panjang2….

Lupa lak nak citer pasal sek menengah,..jalan 2 hala depan sek men tu x der lah besar mana pun tp ntah sape ntah yg ada kuasa telah mencadangkan membina jejantas untuk memudahkan murid2 kat situ. Tetapi apabila jejantas itu siap, hanya 10% sahaja yang guna ‘kemudahan’ tu. Yang lain tu main cross jer..yelah , jalan tu kecik jer. 4 langkah besar dh boleh sampai ke seberang jalan. Mmg aku x setuju sbnarnya dorang wat jejantas tu..sebab tu jln kat situ selalu jam bila petang dorang balik sekolah sbb kereta dok asyik berhenti nak kasi bdk ni jalan. Kadang2 budak2 ni lagi berkuasa di atas jalan bila dorang jalan ramai2, akan ada sorang yg lagak mcm ketua dgn selambanya menahan kereta suh berhenti sbb dia n kawan2 dia nk cross jln. Boleh? Membazir je wat jejantas tu!

Masa kat highway NKVE plak, aku kat lorong tengah dgn kelajuan 100km/j sahaja. Tiba2 aku terpaksa mengslowkan kereta aku ke 60 km/j sebab ada sebuah teksi yg sgt 2 slow kat tgh2 jln tu.. Aku mmg pantang org yg bwk kereta camni. Mmg kena *$^#$&%&* lah ngan aku kan. Dh tau nk makan angin , dok lah lorong tepi kan. Then bila ade peluang aku terus memotong teksi tu n siap menjeling kat driver tu. U olls tau ape dorang wat? Sepasang kekasih / suami isteri lingkungan 40an sedang suka hati menyanyi2 sambil menggoyangkan kepala ke kiri kanan kiri kanan dan tersengih2 . dlm hati aku........... grrrrrr!!!!!!

Untuk pakcik & makcik tu, klu nk wat perangai camtu, tolonglah jgn wat masa org tgh kelam kabut nak gi kerje. Org lain sume nk cepat sbb tol duta tu selalu jam teruk. Wat lah masa kul 12 tgh malam ..masa tu klu drive 10 km/j pun x per..x der org marah. Tp kena jaga2 gak takut plak nti klu ader kereta yg x der driver hon kereta pakcik tu nti .hiiiiiiiiiihihiihiiiiiiiiiiii…. (jangan pandang belakang)