Thursday, May 31, 2012

Bercerita pengalaman sendiri..


Masih lagi pergi kerja ke tempat yang sama. Berjalan naik ke ofis arah yang sama. Masih lagi menaiki lif buruk yang sama yang  seminggu sekali akan rosak. Work station yang sama, meja yang sama, kerusi yang sama, flow kerja yang sama dan bos yang sama. Tidak malu untuk aku cakap yang yang selama aku kerja dari 2006, baru last year aku dinaikkan pangkat sebagai Eksekutif dengan gaji below RM3000. Itu pun selepas beberapa orang designer favourite diorang dinaikkan pangkat dan ada juga yang dah chow! (sayang sgt kat orang tu last-last org tu blah. Sayang lah lagi banyak -banyak kan..) aku tak jeles pun bab sayang-sayang, jadi anak emas company. Aku tak heran pun...aku tak taulah figure yang aku dapat tu amaun nyer banyak dari orang lain yang sama level dengan aku. Bagi aku figure tu sikit sebab team aku yang baru kerja kat company aku tapi got experience dari tempat lain lagi banyak gaji dorang . Kalau single maybe okey okey aje kot gaji banyak tu. Bila dah berkeluarga semuanya jadi double dan triple. Lagi -lagi bila kau stay dengan parents. Yes memang parents banyak tolong kita jaga anak, mak tolong masakkan, kadang-kadang sidaikan baju, tak payah nak sibuk-sibuk beli perabotlah apalah. Pakai jer apa yang ada kat rumah mak tu.

TAPI!

Bila kau stay dengan parents, tiba-tiba satu hari tu mak tak masak sebab tak de benda nak masak. Baju bertimbun-timbun sebab sabun dah habis. Ape yang kau akan rasa? Buat tak tau aje dan terus masuk bilik? Tunggu mak bapak gi korek duit dalam bank yang cukup-cukup untuk bekalan sampai umur dia 70 tahun.? Adik beradik yang tak duduk sebumbung tak de lah terasa kan sebab dah terlepas. Sebulan sekali jer balik rumah mak bapak. Itu pun dengan tangan kosong. Aku tak pernah merasa duduk berasingan dengan keluarga . Masa study & before kahwin memang aku duduk rumah bujang. Bila kita jauh dari keluarga, mak bapak takkan tahu kalau kita ni terdesak. Mereka tak tau kita cukup makan ke tak. Tak pelah kan hanya kita dan suami sahaja yang tau apa masalah yang kita hadapi . Bila tak cukup duit, makan maggi pun takper, nasi dengan lauk telur goreng pun boleh. Baju basuh seminggu sekali pun tak pe. Beli beras yang 5 kg pun boleh tahan sampai 2-3 bulan. Perit jerih kita berdua jer tau. So tak delah malu sangat dengan mak bapak kan? Melainkan kau mengada-ngada cerita kat mak bapak kau kan?. Tapi cuba kalau kita buat depan mak bapak kita? Kau malu x? Aku kadang-kadang malu jugak bila barang kat rumah habis. Dalam rumah ada 6 orang. Setiap bulan aku dan hubby akan spend RM300 and above untuk beli keperluan rumah. Itu pun selalu tak cukup. Barang-barang dapur yang aku beli tu cukup untuk 6 orang dalam masa separuh bulan je. So bila nak cukup sampai sebulan kena spend sampai rm600? Memang tak mampu! Tambah plak dengan parents yang tak kerja. Abah hanya mengharap duit hasil jual rumah kat Shah Alam. Mak plak mengharapkan duit mengajar mengaji. Dulu abah kerja as security guard tapi dah berhenti sebab kesian tengok dia kerja shift hari-hari. Korang jangan pulak kata aku mengungkit yer. Dah duduk dengan mak bapak banyak plak komplen. Dah lah tak payah bayar sewa rumah, api air pun tak bayar. Aku tak komplen cuma nak share cerita pengalaman dengan korang semua. Berapa agaknya kos korang yang stay asing dengan perents? Mungkin rm 300 tu boleh wat belanja rumah untuk 2 bulan kan?

Sekarang ni pun dah kena start bayar duit rumah kami kat Puncak Alam. Now hubby yang bayar sebab aku tak mampu lagi. Maybe kalau aku disayangi company tahun depan dapat lah naik gaji sikit. Mungkin masa tu dah boleh tolong hubby bayar duit rumah.

Aku tau setiap orang yang baru kahwin mesti ada masalahkan tapi pusing-pusing masalah yang dihadapi lebih kurang sama jer? Lainlah kalau kita dan pasangan gaji 7-8 ribu sebulan mungkin takde masalah hidup seperti sekarang tapi kalau gaji dah banyak tu mestilah segala barang nak up kan? Hire orang gaji, kereta tak mau buatan Malaysia, nak beli yang monthly kena bayar paling kurang rm1000 sebulan. Rumah tak mainlah beli yang harga rm200k. Semua nak rm500k keatas kan? Betul tak? Lagi duit banyak lagilah rasa macam tak cukup sebab barang semua hi-class.

As designer yang menghambakan dirinya selama 6 tahun di company yang sama, aku dan designer lain tak pernah rasa dihargai. Setiap bulan kau akan dapat gaji yang sama. No insentif, No komisyen, no elaun. Setiap tahun akan naik gaji selalunya RM50. Bonus plak paling banyak 1 bulan. Tapi mana ada diorang nak bagi 1 bulan. Sorang dua jer yang dapat. Yang lain tu mostly dapat half gaji. Kalau rm2k half gaji kau dapat 1k. 1K tu kalau kau kumpul tiap-tiap bulan 100 pun dah dapat 1k. Itu yang gaji 2k..yang gaji less than 1k tu ape yang dorang dapat? Segala hasil seni yang kitorang bagi umpama percuma. Contohnya, aku pernah buat item yang total kos dia almost 1 million. Tapi apa yang aku dapat? Terima kasih pun aku tak dengar. Apa tah lagi komisyen or insentif. Yang sedap company & account manager dan sekutu dengannya. Designer 1 sen pun takde. Apa tah lagi sumbangan ikhlas dari acc. Manager pada designer pun tak der. Hanya belanja makan pastu dah kenyang buang segalanya dalam mangkuk tandas. Kalau takder designer tak jalan kerja kau. Designer mungkin boleh buat kerja kau tapi kau belum tentu boleh buat kerja macam designerkan? Hargailah diorang tu. We work like a team. Kau keluar jumpa client aku kat sarang wat design sampai muntah, sampai 10 kali kena reject sampai confirm. So designer tak penting ker? Kadang-kadang kita jual hasil seni kita dekat online lagi dihargai kan. Bila client dapat barang , dorang akan bagi komen pasal dapat barang dalam keadaan yang baik, barang tu cantiklah, nanti nak order lagilah. Nak pormote bagai kita punya web / blog kat orang lain . Lepastu followers semakin ramai. Ramai orang yang 'Like' facebook kita. Bagi kata-kata semangat dan pujian. Rasanya kerja macam ni lagi bahagia kan? Dihargai. Kalau kat ofis, cantik cakap dalam hati. Tapi bila tak cantik design tu pung pang pung pang 1 company. Kesian kan?



Paling baru, company nak buat Family Day. Tapi aku rasa baik panggil Hari Kantin sebabnya kitorang kena beli T-shirt rm20 sehelai (bapak mahal!) pastu kena beli kupon rm5 sebab dia bagi sorang 1 kupon jer..nonsense kan? Pastu pastu suh plak Executive and above donate sekian-sekian untuk family day. Ni family day untuk staff ke bankrap day untuk staff ? Padan muka dorang sebab ramai yang tak hingin nak beli t-shirt tu. Kelakarkan company aku ni..


This entry just nak share dengan korang semua. Becerita sahaja. Kebanyakannya adalah pengalaman aku sendiri....Byee...


8 comments:

  1. kadang-kadang kan ryn, bile kite rase kite susah, di alam realiti lagi ramai orang yang lebih susah dari kite, kalau dari mata aku kalau aku bukan kawan kau, aku rase kau da cukup senang da berbanding orang lain.

    So tabah banyak2 ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ly,kau kan tau aku sorang yang tabah. eceh...memang ramai lagi yg susah berbanding aku. sebab tu aku bagi tau yang semua orang ada masalah lain-lain. ada jugak budak2 ofis yg tak close mcm aku ngn kau ingat aku ni terlalu senang tapi hakikatnya aku sorang je yg tau...

      Delete
  2. Rianna,

    Aku ingat ko keje situ sure gaji meletops sebab co. ko well known kan, brg pun gila mahal. Tak nak job hop ke? Try lah, sure boleh demand gaji. Mana tau rezeki Aisy & baby kan...

    Tapi betul ckp ko, aku dok asing mmg jimat. Sebln husbank aku spend dlm RM300 untuk brg dapur. Beras ko jgn ckp lah, beli 10 ke 15kg berbulan thn sampai aku rs dh xelok beras tue.

    Aku pnh gak stay dgn parent,tp lg jimat sb bg RM300 gak sebulan....maybe sb parent aku kj kan...

    Dua2 ada pros & cons tp lebih baik dok asing. Like you said, cukup xcukup kita pandai2 bajet. Aku & husband pun gaji mmg xlumayan tp still blh hidup, pakai mkn sme ckp :D

    Laily

    ReplyDelete
    Replies
    1. laily,
      ramai yg pikir mcm tu. kerja company INTERNATIONAL tp gaji ?????sedih.
      kalau kau nak tau, since aku kahwin lagi dh cari kerja lain tp takde rezki. now pregnant, kena tunggu lepas deliver plak nak sambung cr kerja lain. tak taulah dapat ke tak.
      susah senang kita sendirikan kalau duduk asing dengan family...

      Delete
  3. rianna, saya jumpe blog ni sebab hubby fashya cakap, member dia ada kenal dgn rianna sebab baju blogger tu sama dengan anak kita. hubby pun work as draftman, company pun ntahapa2...sama je nasib macam rianna..
    Sabarla ye... mungkin ada hikmah.

    Salam kenal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi fasya..salam kenal.

      sapa nama member hubby fasya tu yer?
      ingtkan company besar ni retilah jaga staff kan. tapi hampeh..

      thanks fasya dtg blog saya. nti saya follow awak yer.

      Delete
  4. rin... ape yang rin tulis tu ade juga sama mcm yaya. Org tengok title , designer tapi gaji ciput. serius ckp, semua designer sini dah 8 tahun pon masih bawah 3K. bonus, jgn harap nak 1-2bulan... half tu kira baik lah tu. lagi2 co 'ca ya nun alif', kerah idea tenaga kaw2 tapi gaji alahai ciput. sale person (mostly anak dia) komisyen beriban2. aku ni sebab dekat dengan rumah je ape2 hal auf tu ha senang nak jenguk ku tabahkan lah hati disini.so kesimpulannya... aku rasa, kebanyakkan designer melayu selalu kena buli.... aku rasa lah.

    btw, sebab tulah yaya buat partime tu. ramai orang appreciate kite. cuma risk yg kena ambil adalah bila benda tu bermusim...nanti hilang musimnya...hilanglah pendapatan kita. hanya pandangan yaya sahaja.

    ape2 pon..bertabahlah kawan2 yang seangkatan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaya...sebabkan anak kita gagahkan jua kan.
      baguslah yaya ada side income. rin ni ha..adoilah bila nak start . semua simpan dlm otak jer. bila nak kaluarkan ntah..
      tapi akan dibuat jugak satu hari nanti walaupun biasa2 punya biz. jgn stop tau ya..walaupun tak banyak yg dpt tp ada juga gunanya satu hari nanti.

      Delete